Surah 32: Sujud (Al-Sajdah)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[32:1] A. L. M. (Alif. Lam. Mim.)
[32:2] Buku yang tidak ada keraguan tentangnya, sebuah revelasi dari Tuhan semesta alam.
[32:3] Mereka berkata, "Dia mengada adakannya." Sesungguhnya, ini adalah kebenaran dari Tuhan kamu, untuk memberikan amaran kepada manusia yang tidak pernah menerima pemberi amaran sebelummu, supaya mereka mendapat bimbingan.
Tidak Ada Pengantara Di-Antara Allah Dan Kamu
[32:4] Allah Sahajalah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, dan segala gala diantara keduanya selama enam hari, dan memegang kesemua autoriti. Kamu tidak mempunyai apa pun disampingNya sebagai Tuhan, dan tidak juga bagi kamu mempunyai seorang perantara. Tidakkah kamu mahu mengambil perhatian?
[32:5] Segala urusan adalah dikuasai olehNya dari cekrawala dan bumi. KepadaNya, sehari adalah bersamaan seribu tahun kamu.
[32:6] Yang Mengetahui segala gala rahsia dan pengumuman; Yang Maha Kuat Lagi Maha Penyayang.
Asalnya Manusia
[32:7] Dia Sahajalah yang menyempurnakan setiap suatu ciptaanNya, dan memulakan dengan menciptakan manusia dari tanah liat.
[32:8] Lalu Dia meneruskan kejadiannya melalui sesuatu cecair yang rendah.
[32:9] Dia membentuknya dan meniup kedalam dari rohNya. Dan Dia memberikan kamu pendengaran, penglihatan dan 'akal fikiran; jarang sekali kamu berterima kasih dengannya.
[32:10] Mereka merasa hairan, "Sesudah kami hilang dari bumi, adakah kami akan diciptakan semula?" Lantas, berkenaan pertemuan dengan Tuhan mereka, mereka itu adalah orang orang yang ingkar.
[32:11] Katakanlah, "Kamu akan dimatikan oleh malaikat yang ditugaskan ditempat kamu, kemudian kepada Tuhan kamu sahajalah kamu akan dikembalikan."
Sudah Terlambat
[32:12] Jika hanya kalau kamu dapat melihat bagaimana orang orang yang bersalah itu apabila mereka tundukkan kepala kepala mereka kebawah dihadapan Tuhan mereka: "Tuhan kami, sekarang kami telah melihat dan kami telah mendengar. Hantarkanlah kami kembali dan kami akan berlaku benar. Kerana sekarang ini kami telah mendapat kepastian."
[32:13] Jika kami kehendaki, kami tentunya boleh memberikan tiap tiap rohnya bimbingan, tetapi itu telah ditetapkan bahwa Aku akan penuhkan Neraka dengan para jin dan manusia, semua sekali.
[32:14] Rasakanlah akibatnya dihari ini kerana kamu telah melupakannya; sekarang kami telah lupakan kamu. Kamu telah dikenakan hukuman yang bekekalan sebagai balasan bagi kerja kerja kamu sendiri.
[32:15] Hanyalah orang orang yang benar benar percaya kepada revelasi revelasi kami mereka itu adalah orang orang yang jatuh sujud apabila mendengarnya. Mereka mengagungkan dan memuji Tuhan mereka, dengan tidak ada sedikit pun kesombongan.
[32:16] Tubuh badan mereka bersedia untuk meninggalkan tempat tempat tidur mereka, supaya dapat menyembah Tuhan mereka, dengan penuh penghormatan dan harapan, dan dari peruntukkan peruntukkan kami kepada mereka, mereka mendermakan.
Syurga: Tidak Dapat Di-Perikan Kecantikannya
[32:17] Kamu tidak mempunyai idea bagaimana dan betapa nikmat dan kegirangan yang menantikan kamu sebagai ganjaran bagi kerja kerja (baik) kamu.
[32:18] Adakah seorang yang pecaya disamakan dengan seorang yang zalim? Mereka tidaklah sama.
[32:19] Bagi orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, mereka berhak mendapatkan Syurga yang berkekalan. Demikian itulah tempat tinggal mereka, sebagai balasan bagi kerja kerja mereka.
[32:20] Bagi orang orang yang zalim, destini mereka adalah Neraka. Setiap kali mereka cuba meninggalkannya,, mereka akan dipaksa balik. Mereka akan dikatakan, "Rasakanlah azab Neraka yang kamu pernah mengingkarkan."
Ambil Ingatan
[32:21] Kami biarkan mereka merasai siksaan yang kecil (didunia ini), sebelum mereka merasakan hukuman yang lebih besar (Akhirat), supaya mereka dapat (mengambil peringatan) dan membaiki diri.
[32:22] Siapakah yang paling zalim dari seorang yang apabila diingatkan dengan revelasi revelasi ini dari Tuhannya, dan berdegil dengan tidak memperdulikannya? Kami tentu sekali akan menghukum orang orang yang bersalah.
[32:23] Kami telah berikan Musa sebuah kitab - janganlah menyimpan sebarang keraguan tentang pertemuan denganNya - dan kami menjadikannya petunjuk bagi bani Israil.
[32:24] Kami melantik diantara mereka imam imam yang membimbing dengan mengikuti perintah perintah dari kami, kerana mereka itu sabar serta tabah hati dan telah mencapai keyakinan berkenaan revelasi revelasi kami.
[32:25] Hanya Tuhan engkau Sahajalah yang akan mengadili mereka diHari Kebangkitan kelak, berkenaan segala apa yang mereka pertikaikan.
[32:26] Tidakkah terlintas difikiran mereka berapa banyak generasi generasi yang telah kami hapuskan sebelum mereka? Mereka sekarang ini tinggal dan berjalan dirumah rumah keturunan keturunan mereka. Ini sepatutnya menjadi bukti bukti yang cukup. Tidakkah mereka dengar?
[32:27] Tidakkah mereka sedar yang kami membawa air ketempat tanah yang kering, dan mengeluarkan tanam tanaman dengannya untuk memberikan makanan kepada ternakkan mereka, begitu juga dengan mereka sendiri? Tidakkah mereka dapat melihat?
[32:28] Mereka mencabar: "Dimanakah kemenangan itu, jika sememangnya kamu yang benar?"
[32:29] Katakanlah, "Dihari apabila kemenangan itu datang, kepercayaan tidak akan memanfaatkan orang orang yang ingkar sebelum itu, dan tidak juga mereka itu akan diberikan peluang sekali lagi."
[32:30] Dari itu, janganlah perdulikan mereka dan tunggulah, mereka juga akan menunggukan.