Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 31: Luqman (Luqman)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[31:1] A. L. M. (Alif. Lam. Mim)

[31:2] (Huruf huruf) ini membentukkan bukti bukti bagi buku yang mempunyai hikmah (Kebijaksanaan).

[31:3] Petunjuk dan belas kasih untuk orang orang yang benar.

[31:4] Yang Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat), dan berkenaan Akhirat, mereka benar benar yakin.

[31:5] Mereka mengikuti petunjuk dari Tuhan mereka, dan mereka adalah pemenang pemenang.

[31:6] Diantara manusia, ada yang memegang Hadis yang tidak berasas, lantaran itu menyesatkan yang lainnya dari jalan Allah dengan tidak berilmu pengetahuan, dan mengambil mudah saja. Mereka ini akan menerima hukuman yang menghinakan.

[31:7] Dan apabila revelasi revelasi kami dibacakan kepada salah seorang dari mereka, dianya berpaling dengan kesombongan seolah olah dia tidak pernah mendengarkannya, seolah olah telinga telinga mereka adalah tuli. Janjikanlah dia dengan hukuman yang menyakitkan.

[31:8] Tentu sekali, orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar telah berhak untuk mendapatkan taman taman yang indah.

[31:9] Mereka akan tinggal didalamnya untuk selama lamanya. Ini adalah janji yang benar dari Allah. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.

[31:10] Dia menciptakan sekelian cekrawala dengan tidak bertiang yang mana kamu dapat melihatnya. Dia memantapkan diatas bumi penstabil penstabil (gunung gunung) supaya ianya tidak runtuh bersama sama kamu, dan Dia merebakkan diatasnya berbagai macam makhluk makhluk. Kami turunkan dari langit air untuk menumbuhkan berbagai macam tumbuh tumbuhan yang cantik cantik.

[31:11] Demikian itulah ciptaan dari Allah; tunjukkan kepadaku apa yang pujaan pujaan yang kamu ada adakan disampingNya itu telah menciptakan. Sesungguhnya, orang orang yang melampaui batas itulah yang telah tersesat jauh.

Kebijaksaan Luqman

[31:12] Kami telah memberikan Luqman kebijaksaan: "Kamu mestilah bersyukur kepada Allah." Sesiapa saja yang bersyukur hanyalah bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri. Bagi orang orang yang berpaling dari mensyukurinya, Allah tidak memerlukannya, Maha Terpuji.

[31:13] Ingatlah apabila Luqman berkata kepada anak lelakinya, untuk mengajarnya, "Wahai anak lelakiku, janganlah mengadakan sebarang pujaan pujaan disamping Allah; sesungguhnya menyekutukan (Allah) adalah ketidak adilan yang terbesar."

Rukun Yang Kedua

[31:14] Kami perintahkan manusia supaya memuliakan ibu bapa ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dia, dan kandungan itu menjadi berat dan bertambah berat. Ianya mengambil dua tahun (dalam jagaan rapi) sehinggalah bercerai susu. Kamu mestilah bersyukur kepadaKu, dan ibu bapa ibu bapa kamu. KepadaKu sahajalah destini yang terakhir.

[31:15] Jika mereka cuba memaksakan kau supaya mengadakan sebarang pujaan pujaan disampingKu, janganlah menta'ati mereka. Tetapi berterusanlah melayan mereka dengan sebaik baiknya didunia ini. Kamu mestilah mengikuti jalan orang orang yang telah menyerahkan diri diri mereka kepadaKu.Akhirnya, kamu semua akan kembali kepadaKu, lalu akan Aku beritahukan kepada kamu segala apa yang telah kamu lakukan.

Nasihat Dari Luqman

[31:16] "Wahai anakku, ketahuilah walaupun suatu perkara yang sekecil biji sawi, jauh didalam batu, biar pun ianya disekelian cekrawala ataupun dibumi, Allah akan mengeluarkannya. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Mulia lagi Maha Perhatin.

[31:17] "Wahai anak lelakiku, kamu mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat). Kamu mestilah menganjurkan kebaikan dan melarang kejahatan, dan sentiasalah bersabar dalam menghadapi kesukaran. Ini semua adalah sikap yang termulia.

[31:18] "Janganlah kamu berkelakuan sombong terhadap manusia, dan janganlah juga kamu menjelajah dimuka bumi dengan bermegah megah. Sesungguhnya Allah tidak suka orang orang sombong yang menunjuk nunjuk.

[31:19] "Berjalanlah dengan merendahkan diri dan rendahkan suaramu - seburuk buruk suara adalah suara keldai."

[31:20] Tidakkah kamu lihat yang Allah telah komitkan untuk kamu servis dari segala apa yang disekelian cekrawala dan bumi, dan telah mencucuri kamu dengan rahmat dariNya - terang terangan dan yang tersembunyi? Namun, ada dari manusia yang bertengkar berkenaan Allah tanpa berilmu pengetahuan, dengan tidak dapat bimbingan, dan dengan tidak mendapatkan penerangan dari kitab.

Mengikut Ibu Bapa Ibu Bapa Dengan Membuta Tuli: Tragidi Yang Biasa

[31:21] Apabila mereka dikatakan, "Ikutilah revelasi revelasi dari Allah ini," mereka berkata, "Tidak, kami hanyalah mengikuti apa yang kami dapati dilakukan oleh ibu bapa ibu bapa kami." Bagaimana kalau syaitan yang mengarahkan mereka kepada siksaan Neraka?

31:13 Apakah perasaan anda jika sekiranya anda menjaga seorang bayi, memberikan kepadanya ilmu pengetahuan yang terbaik, dan mengadakan persedian untuk masa depan, akhirnya dia berpaling dan bersyukur kepada orang lain bukannya anda? Tentunya ini adalah satu penyekutuan dan ketidak adilan.

[31:22] Orang orang yang menyerahkan diri diri mereka dengan sepenuhnya kepada Allah, sementara menjalani kehidupan yang benar, telah berpegang kepada ikatan yang paling kuat. Kerana Allah yang menguasai dengan sepenuhnya akan segala suatu.

[31:23] Bagi orang orang yang ingkar, janganlah bersedih dengan keingkaran mereka. Kepada kami sahajalah tempat kembali mereka yang terakhir, lalu akan kami beritahukan mereka segala apa yang telah mereka lakukan. Sesungguhnya, Allah amat sedar segala apa yang terpendam jauh didalam fikiran mereka.

[31:24] Kami biarkan mereka bergembira untuk sementara waktu, lalu komitkan mereka kepada siksaan yang dahsyat.

Mereka Percaya Kepada Allah

[31:25] Jika kamu tanyakan mereka, "Siapakah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi," mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Segala kepujian bagi Allah." Namun, kebanyakan dari mereka itu tidak mengetahuinya.

[31:26] Kepunyaan Allah segala galanya disekelian cekrawala dan bumi. Sesungguhnya, Allah Sahajalah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Inilah Segala Perkataan Perkataan Yang Kita Perlukan

[31:27] Jika kesemuanya pokok pokok dibumi dijadikan pena, dan lautan bertukar menjadi tinta, dan ditambahkan dengan tujuh lagi lautan, perkataan perkataan Allah tidak akan kehabisan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha kuat lagi Maha Bijaksana.

[31:28] Ciptaan dan kebangkitan bagi kesemuanya kamu adalah sama sepertinya seorang. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Allah Sahajalah Wajar Di-Sembah.

[31:29] Tidakkah kamu sedar yang Allah memasukkan malam kepada siang hari dan memasukkan siang hari kepada malam, dan Dia telah komitkan matahari dan bulan untuk menjalankan servisnya untuk kamu, masing masing berjalan diorbitnya sendiri sampai masa yang telah ditetapkan, dan Allah amat perihatin atas segala apa yang kamu lakukan?

[31:30] Ini membuktikan yang Allah adalah benar, sementara sebarang pujaan pujaan yang mereka ada adakan disampingNya itu adalah kepalsuan, dan sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

[31:31] Tidakkah kamu lihat yang kapal kapal belayar diatas laut, membawa peruntukkan peruntukkan dari Allah, untuk menunjukkan kepada kamu beberapa bukti buktiNya? Sesungguhnya, ini semua sepatutnya dijadikan bukti yang cukup bagi sesiapa saja yang sabar dan yang tahu bersyukur.

[31:32] Apabila ombak ombak yang kencang mengelilingi mereka, mereka bermohon kepada Allah, dengan mengabdikan doa' doa' mereka dengan penuh keikhlasan kepadaNya sahaja. Tetapi sejurus saja Dia menyelamatkan mereka kepantai, ada diantara mereka berpaling. Tidak ada sesiapa yang berpaling dari revelasi revelasi kami melainkan orang orang yang khianat, dan yang tidak tahu bersyukur.

[31:33] Wahai manusia, kamu mestilah menghormati Tuhan kamu, dan takutlah akan harinya apabila bapa tidak akan dapat menolong anaknya sendiri, dan tidak juga sianak dapat menolong bapanya.Tentu sekali, perjanjian Allah itu adalah benar. Dari itu, janganlah dilalaikan oleh kehidupan ini; dan janganlah dilalaikan dari Allah hanya kerana illusi.

Perkara Perkara Yang Boleh Jadi Kita Tahu Ataupun Boleh Jadi Tidak

[31:34] Disisi Allah ada segala ilmu pengetahuan berkenaan Waktu (akhirnya dunia). Dia sahajalah yang menurunkan hujan, dan Dia sahajalah yang mengetahui kandungan kandungan didalam rahim. Tidak ada satu roh pun yang akan ketahui apa yang akan berlaku keatasnya pada keesok hari, dan tidak ada sesiapa pun yang mengetahui bumi manakah yang dia (lelaki) dan dia (perempuan) akan mati. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Perihatin.