Surah 30: Orang Orang Rom (Al-Room)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[30:1] A. L. M. (Alif. Lam. Mim.)
[30:2] Pasti sekali orang orang Rom akan dikalahkan.
[30:3] Dibumi yang terdekat. Selepas kekalahan mereka, mereka akan bangkit kembali dengan kemenangan.
[30:4] Didalam beberapa tahun. Demikianlah keputusan dari Allah, bagi kedua duanya didalam ramalan yang pertama, dan kedua. Pada hari itu, orang orang yang percaya akan kegirangan.
[30:5] Dengan kemenangan dari Allah. Dia memberikan kemenangan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.
Terlalu Asyik Dengan Kehidupan Yang Salah
[30:6] Demikian itulah perjanjian Allah - dan Allah tidak pernah memungkiri janjiNya - tetapi kebanyakan manusia tidak ketahui.
[30:7] Mereka hanya mengambil berat tentang perkara perkara dunia yang dapat dilihat oleh mereka, sementara, tidak sedar sepenuhnya dengan Akhirat.
[30:8] Kenapa tidak mereka merenungkan keadaan diri mereka sendiri? Allah tidak menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, dan segala gala diantara keduanya itu, melainkan dengan tujuan yang tertentu, dan ajal kehidupan yang telah ditetapkan. Bagaimana pun, kebanyakan dari manusia, berkenaan pertemuan dengan Tuhan mereka, tetap mengingkarinya.
[30:9] Tidakkah mereka menjelajah dimuka bumi dan perhatikan akibatnya orang orang yang terdahulu dari mereka? Mereka pernah menjadi lebih berkuasa, lebih mewah,dan lebih lagi produktif dibumi. Para rasul mereka datang kepada mereka dengan membawa tanda tanda yang jelas. Akibatnya, bukan Allah Sahajalah yang menyalahkan mereka, sebaliknya, mereka yang telah menzalimi roh roh mereka sendiri.
[30:10] Akibatnya orang orang yang komit kejahatan pastilah akan mendapatkan kejahatan juga. Itu adalah kerana mereka mengingkari revelasi revelasi Allah, dan mencemuhkannya.
Pemuja Pemuja Akan Menafikan Pujaan Pujaan Mereka
[30:11] Allah Sahajalah yang meinisiasikan ciptaan dan mengulanginya. Akhirnya, kepadaNya sajalah kamu akan dikembalikan.
[30:12] Pada hari apabila Waktu itu berlaku, orang orang yang bersalah akan terperanjat.
[30:13] Pujaan Pujaan mereka tidak akan mempunyai kuasa untuk menjamin bagi pihak mereka; sebaliknya, mereka akan menafikan pujaan pujaan mereka.
[30:14] Pada hari apabila Waktu itu berlaku, mereka akan menjadi golongan yang terpisah.
[30:15] Bagi orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, mereka akan berada diSyurga, kegirangan.
[30:16] Bagi orang orang yang ingkar, dan mengingkari revelasi revelasi kami dan pertemuan diAkhirat, mereka akan berkekalan dengan siksaan untuk selama lamanya.
Ingatlah Allah Selalu
[30:17] Dari itu, kamu mestilah mengagungkan Allah apabila kamu berehat diwaktu malam, dan apabila kamu bangun diwaktu pagi.
[30:18] Segala kepujian adalah hanya untukNya disekelian cekrawala dan bumi, sepanjang malam hari, begitu juga dipertengahan hari bagi kamu.
[30:19] Dia menjadikan hidup dari yang mati, dan menjadikan mati dari yang hidup, dan Dia menghidupkan semula tanah setelah ianya mati; kamu adalah serupa cara kebangkitannya.
Perkahwinan: Institusi Ilahi
[30:20] Diantara bukti buktiNya adalah yang Dia menciptakan kamu dari debu, dan kamu yang membiakkan manusia.
[30:21] Diantara bukti buktiNya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan pasangan dari kalangan kamu sendiri, supaya mendapatkan ketenangan dan rasa puas hati diantara satu sama lainnya, dan Dia letakkan didalam hati hati kamu rasa kasih dan penjagaan terhadap pasangan pasangan kamu. Didalam ini, ada terdapat beberapa bukti bukti yang cukup bagi manusia yang boleh memikirkan.
Banyak Lagi Bukti Bukti
[30:22] Diantara bukti buktiNya adalah penciptaan sekelian cekrawala dan bumi, dan berlainan dalam tuturan bahasa kamu dan warna warna kamu. Ini, adalah tanda tanda bagi orang orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.
[30:23] Diantara bukti buktiNya adalah apabila kamu tidur diwaktu malam ataupun siang hari, dan pekerjaan yang kamu jalankan untuk mendapatkan rezeki rezeki dariNya. Dalam keadaan ini, ada tanda tanda yang cukup bagi orang orang yang dapat mendengarkan.
[30:24] Diantara bukti buktiNya adalah yang Dia menunjukkan kamu petir sebagai sumber ketakutan, dan juga harapan, dan kemudian Dia menghantarkan air dari langit untuk menghidupkan semula tanah yang sudah mati. Dalam ini, adalah tanda tanda yang cukup bagi orang orang yang faham.
[30:25] Diantara bukti buktiNya adalah cekrawala dan bumi sedang berdiri mengikut pengaturanNya. Akhir sekali, apabila Dia memanggil kamu keluar dari bumi, dengan satu panggilan saja, kamu akan keluar dengan segera.
[30:26] KepunyaanNya segala apa yang berada disekelian cekrawala dan bumi; kesemuanya tunduk menuruti perintah dariNya.
[30:27] Dan Dialah Sahaja yang meinisiasikan segala ciptaan, kemudian mengulanginya; bahkan ini adalah lebih mudah bagiNya. KepunyaanNya persamaan yang amat menakjubkan, disekelian cekrawala dan bumi, dan sesungguhnya, Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.
Penyekutuan Yang Tidak Munasabah
[30:28] Dia tunjukkan kepada kamu contoh didalam ini dari kalangan kamu sendiri: Adakah kamu mengangkat pembantu pembantu ataupun pekerja pekerja bawahan kamu keperingkat dimana mereka akan menyaingi kamu, sehinggakan ketaraf dimana kamu memberikan mereka penghormatan yang melebihi dari apa yang sepatutnya diberikan kepada kamu? Lantas kami menerangkan revelasi revelasi kepada manusia yang faham.
[30:29] Sesungguhnya, orang orang yang melampaui batas itu telah mengikuti pendapat pendapat mereka sendiri, tanpa berilmu pengetahuan. Siapakah yang boleh membimbing orang orang yang telah disesatkan oleh Allah? Tidak ada sesiapa pun yang akan dapat menolong mereka.
Monoteisme: Naluri Semula Jadi
[30:30] Dari itu, kamu mestilah mengabdikan diri diri kamu kepada agama monoteisme yang sebenar. Demikian itu adalah naluri semula jadi manusia yang diletakkan oleh Allah. Ciptaan yang sedemikian dari Allah itu tidak pernah akan berubah. Ini adalah agama yang sempurna, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
[30:31] Kamu mestilah menyerahkan diri diri kamu kepadaNya, menghormatiNya, Mengerjakan Sembahyang (Salat ), dan - apa saja yang kamu lakukan - jangan sekali kali kamu jatuh kedalam menyekutukan (Allah).
Sekta Sekta Di-Kutuk
[30:32] (Jangan sembah pujaan) seperti orang orang yang memecah belahkan agama mereka kepada sekta sekta; tiap tiap kumpulan bergembira dengan apa yang mereka perolehi.
Kawan Kawan Masa Senang
[30:33] Apabila kesukaran mengenai manusia, mereka berbalik kepada Tuhan mereka, dengan mengabdikan diri diri mereka dengan sepenuhnya kepadaNya. Tetapi apabila saja Dia mencucuri mereka dengan belas kasih, ada dari mereka kembali dengan menyekutukan (Allah).
[30:34] Biarkanlah mereka menjadi tidak bersyukur dengan apa yang telah kami berikan kepada mereka. Nikmatilah untuk sementara waktu saja; tentu sekali kamu akan ketahui
[30:35] Adakah kami yang memberikan mereka autoriti dengan memberikan alasan yang kuat diatas penyekutuan mereka?
[30:36] Apabila kami kurniakan belas kasih kepada manusia, mereka bergembira dengannya. Tetapi apabila kesukaran menimpa mereka, akibat dari kerja kerja mereka sendiri, mereka berputus asa.
[30:37] Tidakkah mereka sedar yang Allah menambahkan peruntukkan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki, ataupun mengurangkannya? Ini sepatutnya menjadi pengajaran bagi orang orang yang percaya.
[30:38] Dari itu, kamu mestilah memberikan kepada saudara mara bahagian dari hak mereka (derma), begitu juga dengan orang orang miskin, dan pengembara. Ini adalah lebih baik bagi orang orang yang bersungguh sungguh ingin mencari keredhaan Allah dengan jujur; mereka itu adalah orang orang yang menang.
[30:39] Riba' yang diamalkan untuk menambahkan kekayaan manusia, tidak akan mendapat apa apa dari Allah. Tetapi jika kamu memberi derma, untuk mencari keredhaan Allah, inilah orang orangnya yang akan menerima ganjaran yang berganda banyaknya.
Siapakah Yang Lebih Patut Di-Sembah
[30:40] Allah Sahajalah yang menciptakan kamu. Dia Sahajalah yang mengadakan rezeki rezeki untuk kamu. Dia Sahajalah yang mematikan kamu. Dia Sahajalah yang membangkitkan kamu semula. Bolehkah sebarang dari pujaan pujaan kamu melakukan ini semua? Maha Suci bagiNya. Dia terlalu amat tinggi untuk mempunyai pasangan pasangan.
[30:41] Mala petaka telah merebak keseluruh daratan dan laut, disebabkan apa yang telah dikomitkan oleh manusia. Lantas Dia biarkan mereka merasai akibat dari kerja kerja sebahagian dari mereka, supaya mereka dapat kembali (kepada pekerjaan yang benar).
Belajar Dari Sejarah
[30:42] Katakanlah, "Jelajahilah dimuka bumi dan perhatikan akibat akibat dari orang orang yang sebelum kamu." Kebanyakan dari mereka itulah yang menyekutukan (Allah).
[30:43] Dari itu, kamu mestilah mengabdikan diri diri kamu dengan keseluruhannya kepada agama yang sempurna ini, sebelum harinya tiba yang mana Allah akan menjadikan ianya tidak boleh dielakkan lagi. Pada hari itu, mereka akan menjadi terperanjat.
[30:44] Sesiapa saja yang ingkar, keingkarannya hanya menjejaskan roh rohnya sendiri, sementara orang orang yang menjalani kehidupan yang benar, melakukannya untuk menguatkan dan membangunkan roh roh mereka sendiri.
[30:45] Kerana Dia akan memberikan ganjaran yang melimpah ganda kepada orang orang yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar dengan segala kemurahanNya. Dia tidak mencintai orang orang yang ingkar.
[30:46] Diantara bukti buktiNya adalah Dia menghantarkan angin dengan petanda yang baik, untuk mencucuri kamu dengan belas kasihNya, dan mengizinkan kapal kapal belayar berlari dilautan dengan mengikut peraturan peraturanNya, dan untuk kamu mencari kurnianNya (melalui perdagangan), supaya dapat kamu bersyukur.
Orang Orang Yang Percaya Di-Jamin Dengan Kemenangan
[30:47] Kami telah menghantarkan para rasul sebelum kau kepada orang orang mereka, dengan tanda tanda yang nyata. Kemudiannya, kami menghukum orang orang yang melampaui batas. Itu adalah tugas kami untuk memberikan kemenangan kepada orang orang yang percaya.
[30:48] Allah Sahajalah yang menghantarkan angin angin, untuk menggerakkan awan awan, supaya merebak keseluruh langit dengan mengikuti kehendakNya. Lalu Dia melonggokkan awan awan diatas satu sama lain, dan kamu lihat hujan turun darinya. Apabila ianya jatuh keatas siapa jua yang Dia pilih diantara hamba hambaNya, mereka kegirangan.
[30:49] Sebelum ianya diturunkan kepada mereka, mereka telah berputus asa.
[30:50] Kamu mestilah bersyukur dengan belas kasih dari Allah yang berterusan, dan bagaimana Dia menghidupkan semula tanah yang telah pun mati. Dia tentu sekali dengan pastinya akan membangkitkan yang mati. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Berkuasa.
[30:51] Kalaulah kami menghantarkan kepada mereka sebaliknya ribut berpasir kuning, mereka akan tentunya berterusan mengingkarkan.
[30:52] Kau tidak akan dapat menjadikan yang mati, tidak juga yang pekak, mendengarkan panggilan, apabila saja mereka berpusing balik.
[30:53] Tidak juga dapat kau membimbing sibuta dari kesesatan mereka. Kamu hanya boleh dapat didengarkan oleh orang orang yang percaya dengan revelasi revelasi kami, dan bercadang untuk menyerahkan diri diri mereka (kepada Allah).
Kehidupan Ini Amatlah Singkat
[30:54] Allah Sahajalah yang menciptakan kamu berkeadaan lemah, dan memberikan kamu selepas kelemahan itu kekuatan, dan digantikan selepas kekuatan kelemahan dan rambut yang beruban. Dia mencipta apa saja yang Dia kehendaki. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
[30:55] Dihari apabila Waktu itu berlaku, yang bersalah akan bersumpah yang mereka itu tinggal (didunia ini) hanyalah sejam. Begitulah bagaimana salahnya mereka.
[30:56] Orang orang yang dirahmati dengan ilmu pengetahuan dan iman akan berkata, "Kamu telah tinggal, mengikut dekri dari Allah, sampai keHari Kebangkitan. Sekarang, ini adalah Hari Kebangkitan, tetapi kamu gagal untuk mengenalinya."
[30:57] Dari itu, tidak ada kemaafan, dihari itu, akan memanfaatkan orang orang yang melampaui batas, tidak juga mereka akan mendapatkan kelepasan.
[30:58] Lantas, kami telah memberikan berbagai contoh kepada manusia didalam Quran ini. Namun, begitu, walau bagaimana cara bukti yang kau tunjukkan kepada orang orang yang ingkar itu, mereka berkata, "Kau pembawa kepalsuan."
Campur Tangan Dari Ilahi
[30:59] Lantaran itu Allah menutupkan hati hati orang orang yang tidak mengetahui.
[30:60] Dari itu, kau mestilah sabar dan tabah hati - kerana perjanjian Allah itu adalah benar - dan janganlah membiarkan dirimu ditakut takutkan oleh orang orang yang tidak memperolehi kepastian.