Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 29: Laba Laba (Al-'Ankaboot)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[29:1] A. L. M. (Alif. Lam. Mim.)

Percubaan Mandatori

[29:2] Adakah manusia itu berfikir yang mereka hanya dibiarkan saja untuk berkata, "Kami percaya," dengan tidak diberikan ujian?

[29:3] Kami telah mencuba orang orang yang sebelum mereka, kerana Allah hendak membezakan orang orang yang benar, dan Dia hendak mendedahkan mereka yang pembohong.

[29:4] Adakah orang orang yang mengkomit dosa dosa berfikir yang mereka itu akan dapat memperbodoh bodohkan kami? Salah sungguh pengadilan mereka.

[29:5] Sesiapa saja yang berharapkan untuk bertemu dengan Allah, (mestilah ketahui) pertemuan yang sedemikian dengan Allah pasti sekali akan berlaku. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

[29:6] Sesiapa yang berjuang, berjuang kerana kebaikan mereka sendiri. Sesungguhnya, Allah tidak memerlukan sesiapa pun.

[29:7] Sesiapa yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, pasti sekali kami akan menghapuskan dosa dosa mereka, dan pasti sekali akan memberikan mereka ganjaran yang melimpah kerana pekerjaan pekerjaan baik yang mereka lakukan.

Kamu Mestilah Memuliakan Ibu Bapa Ibu Bapa Kamu

[29:8] Kami menyuruh manusia supaya memuliakan ibu bapa ibu bapa mereka. Tetapi jika mereka cuba memaksakan kamu untuk mengada adakan pujaan pujaan disampingKu, janganlah menta'ati mereka. KepadaKu sahajalah tempat kembali kamu yang terakhir, kemudian Aku akan memberitahukan segala apa yang telah kamu lakukan.

[29:9] Orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, pasti sekali kami akan masukkan mereka bersama sama dengan orang orang yang benar.

Kawan Di-Masa Senang

[29:10] Diantara manusia ada dari kalangan orang orang yang berkata, "Kami percaya kepada Allah," tetapi apabila saja mereka mengalami penderitaan dijalan Allah, mereka menyamakan penindasan manusia dengan hukuman Allah. Tetapi jika rahmat dari Tuhanmu datang kepada kau, mereka berkata, "Kami telah bersama sama kamu." Tidakkah Allah amat menyedari apa yang tersirat jauh didalam fikiran manusia?

[29:11] Allah pasti sekali akan membezakan orang orang yang percaya, dan Dia akan tentu sekali mendedahkan orang orang hypokrit.

[29:12] Orang orang yang ingkar berkata kepada orang orang yang percaya, "Jika kamu mengikuti cara kami, kami akan bertanggung jawab diatas dosa dosa kamu." Tidak benar; mereka tidak akan dapat menanggung sebarang dosa dosa mereka. Mereka adalah pembohong.

[29:13] Malahan, mereka akan memikul dosa dosa mereka sendiri, dan ditambahkan dengan beban dosa dosa orang lain yang mana mereka dipertanggungjawabkan. Pasti sekali, pada Hari Kebangkitan kelak mereka akan ditanyakan berkenaan dakwaan dakwaan palsu mereka.

Nuh

[29:14] Kami menghantarkan Nuh kepada kaumnya, dan dia tinggal bersama sama mereka selama satu ribu tahun, dikurangkan lima puluh. Kemudiannya, mereka telah dikenakan banjir kerana keterlaluan mereka.

[29:15] Kami selamatkan dia dan orang orang yang bersama samanya didalam bahtera, dan kami jadikan itu sebagai pengajaran bagi semua manusia.

Ibrahim

[29:16] Ibrahim berkata kepada kaumnya, "Kamu mestilah sembah Allah, dan hormatilah Dia. Ini adalah lebih baik bagi kamu, jika hanya kamu mengetahui.

Allah: Satu-satunya Sumber Rezeki

[29:17] Apa yang kamu sembah selain Allah adalah berhala-berhala yang tidak berkuasa; kamu telah menciptakan suatu dusta. Berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah tidak memiliki sebarang rezeki untuk kamu. Oleh itu, kamu hendaklah mencari rezeki hanya dari Allah. Kamu hendaklah menyembahNya sahaja, dan bersyukur kepadaNya; kepadaNya adalah kepulangan terakhir kamu.

Allah: Adalah Sumber Segala Peruntukkan

[29:18] Jika kamu ingkar, generasi generasi sebelum kamu juga mengingkarinya. Fungsi rasul yang sebenarnya hanyalah untuk menyampaikan (mesej).

Pelajarilah Asal Kehidupan

[29:19] Tidakkah mereka melihat bagaimana Allah meinisiasikan segala ciptaan, kemudian mengulanginya? Ini adalah mudah bagi Allah melakukannya.

[29:20] Katakanlah, "Jelajahlah dimuka bumi dan carilah asal kehidupan." Lantas, dengan kehendak Allah akan diinisiasikan segala ciptaan diAkhirat juga. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Berkuasa.

[29:21] Dia sahajalah yang mengutuk dengan siksaan kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya, dan mencucuri belas kasihNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Akhirnya, kepadaNya sahajalah kamu akan dipulangkan.

[29:22] Tidak ada sesiapa pun yang akan terlepas dari fakta fakta ini, dibumi ataupun dilangit, dan kamu tidak ada sesiapa pun disamping Allah sebagai Tuhan dan Tuan.

[29:23] Sesiapa yang mengingkari revelasi revelasi Allah, dan pertemuan denganNya, telah berputus asa dari belas kasihKu. Mereka akan menerima hukuman yang menyakitkan.

Kembali Kepada Ibrahim

[29:24] Satu satunya respons dari kaumnya adalah mereka menyatakan, "Bunuhlah dia, ataupun bakarlah dia. "Tetapi Allah menyelamatkan dia dari api. Ini sepatutnya menjadi pengajaran bagi orang orang yang percaya.

Desakan Sosial: Kemusnahan Yang Nyata

[29:25] Dia berkata, "Kamu menyembah disamping Allah pujaan pujaan yang tidak ada kuasa oleh kerana desakan dari masyarakat, hanya untuk memeliharakan perhubungan persahabatan diantara kamu dikehidupan ini. Tetapi pada Hari Kebangkitan kelak, kamu akan menafikan satu sama lain, dan menyumpah satu sama lain. Destini kamu adalah Neraka, dimana kamu tidak dapat menolong satu sama lain."

[29:26] Lut percaya kepadanya dan berkata, "Aku akan berhijrah kepada Tuhanku. Dia adalah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana."

[29:27] Kami berikannya Ishak dan Ya'kub, kami melantik kepada keturunannya kenabian dan dan memberikan kitab kitab, kami kurniakannya dengan ganjaran yang penuh dikehidupan ini, dan diAkhirat juga sudah tentu dia akan bersama sama dengan orang orang yang benar.

Lut

[29:28] Lut berkata kepada kaumnya, "Kamu telah komit suatu perbuatan yang keji sekali, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun didunia ini sebelum kamu.

[29:29] "Kamu mempraktikkan sek dengan lelaki, kamu mengkomit rompakan dijalan raya, dan kamu membiarkan bermacam macam maksiat dilakukan didalam masyarakat kamu." Respons yang diberikan oleh kaumnya dengan berkata, "Bawalah kepada kami hukuman Allah itu, jika sememangnya kamu yang benar."

[29:30] Dia berkata, "Tuhanku, berikanlah aku kemenangan terhadap orang orang yang zalim ini."

Para Malaikat Melawat Ibrahim dan Lut

[29:31] Apabila para rasul kami datang kepada Ibrahim dengan membawa berita berita baik (tentang kelahiran Ishak), mereka juga berkata, "Kami didalam perjalanan untuk menghapuskan orang orang bagi bandar itu (Sodom). Kerana orang orangnya telah berlaku zalim."

[29:32] Dia berkata, "Tetapi Lut tinggal disana." Mereka berkata, "Kami amat sedar akan sesiapa yang tinggal didalamnya. Tentu sekali akan kami selamatkan dia dan keluarganya, melainkan isterinya; dia akan dibinasakan."

[29:33] Apabila para rasul kami datang ketempat Lut, mereka telah dianiayai, dan dia merasa malu dengan kehadiran mereka. Tetapi mereka berkata, "Janganlah takut, dan janganlah risau. Kami akan selamatkan kau dan keluargamu, melainkan isterimu; dia akan dibinasakan.

[29:34] "Kami akan turunkan mala petaka dari langit keatas orang orang didalam bandar ini kerana kezaliman mereka."

[29:35] Kami biarkan berdirinya beberapa kebinasaan kepunyaan mereka, untuk dijadikan sebagai pengajaran yang nyata bagi orang orang yang faham.

Shu'ib

[29:36] Kepada Midyan kami menghantarkan saudara mereka Shu'ib. Dia berkata, "Wahai kaumku, kamu mestilah sembah Allah dan berusahalah untuk mendapatkan Hari Akhirat, dan janganlah menjelajah dimuka bumi ini dengan melakukan korup."

[29:37] Mereka mengingkarinya dan, akibatnya, gempa bumi menghapuskan mereka; mereka telah dibiarkan mati didalam rumah rumah mereka diwaktu pagi.

[29:38] Begitu juga, 'Ad dan Thamud (telah dihapuskan). Ini telah dijadikan kenyataan kepada kamu melalui bekas runtuhan mereka. Syaitan telah menghiasi baik akan kerja kerja mereka dimata mata mereka, dan telah melencongkan mereka dari jalan yang benar, walaupun mereka mempunyai mata mata.

Sistem Allah Yang Tidak Akan Berubah

[29:39] Juga Qarun, Fir'aun dan Haman; Musa datang kepada mereka dengan membawa tanda tanda yang terang. Tetapi mereka berterusan mengkomit penindasan dibumi. Akibatnya, mereka tidak dapat elak (dari hukuman).

[29:40] Semua orang orang yang ingkar itu telah dibinasakan akibat dari dosa dosa mereka. Ada yang kami hapuskan dengan angin kencang, ada yang kami hapuskan dengan gempa bumi, ada yang kami biarkan ditelan bumi,dan ada yang kami tenggelamkan. Bukanlah Allah yang menzalimi mereka; malahan merekalah yang telah menzalimi roh roh mereka sendiri.

Labah Labah

[29:41] Aligori bagi orang orang yang menerima tuan tuan lain disamping Allah adalah umpama labah labah dan rumahnya; sesungguhnya selemah lemahnya diantara sekelian rumah rumah adalah rumah labah labah, jika hanya mereka mengetahuinya.

[29:42] Allah amat mengetahui sepenuhnya apa saja mereka sembah disampingNya itu sebenarnya tidak ada. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

[29:43] Kami adakan contoh contoh ini untuk manusia, dan tidak ada siapa yang mensyukurinya melainkan orang orang yang berilmu pengetahuan.

[29:44] Allah telah menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, dengan sebenarnya. Ini memberikan bukti yang cukup bagi orang orang yang percaya.

Mengerjakan Sembahyang (Salat)

[29:45] Kau mestilah membaca apa yang telah diturunkan kepadamu dari kitab, dan Mengerjakan Sembahyang (Salat), kerana Mengerjakan Sembahyang itu mencegah dari kejahatan dan maksiat. Tetapi mengingati Allah (melalui sembahyang) adalah objektif yang paling mustahak. Sesungguhnya, Allah amat mengetahui segala apa yang kamu lakukan.

Satu Allah / Satu Agama

[29:46] Janganlah bertengkaran dengan pengikut pengikut kitab (Yahudi, Kristian dan Muslim) melainkan dengan cara yang terbaik- melainkan jika mereka itu melampaui batas - maka katakanlah, "Kami percaya apa yang telah diturunkan kepada kami dan apa yang telah diturunkan kepada kamu, dan tuhan kami juga tuhan kamu adalah satu dan yang sama; kepadaNya sahajalah kami serahkan diri diri kami."

[29:47] Kami telah turunkan kitab ini kepadamu, dan orang orang yang kami rahmati dengan kitab yang terdahulu akan mempercayainya. Juga, ada sedikit dari kalangan orang orangmu akan mempercayainya. Sesungguhnya, orang orang yang tidak mempedulikan revelasi revelasi kami itu adalah pengingkar pengingkar yang sebenarnya.

Quran: Mukjizat Bagi Muhammad

[29:48] Kau tidak membaca kitab kitab yang terdahulu, tidak juga kau menulisnya dengan tanganmu. Sekiranya hal ini telah berlaku, sudah tentu orang orang yang ingkar itu mempunyai alasan untuk menyimpan keraguan.

[29:49] Sebenarnya, revelasi revelasi ini telah menjadi jelas didalam dada dada orang orang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Hanyalah orang orang yang zalim sajalah yang tidak mempedulikan revelasi revelasi kami.

[29:50] Mereka berkata, "Jika hanya mukjizat mukjizat dapat datang kepadanya dari Tuhannya!" Katakanlah, "Semua mukjizat mukjizat datang dari Allah; Aku tidak lain hanyalah pemberi amaran yang jelas."

[29:51] Tidakkah cukup sebuah mukjizat yang kami turunkan kepadamu buku ini, sedang dibacakan kepada mereka? Ini sesungguhnya adalah belas kasih dan peringatan untuk orang orang yang percaya.

[29:52] Katakanlah, "Cukuplah Allah sahaja sebagai saksi diantara aku dan kamu. dan Dia sahajalah yang ketahui apa apa yang ada disekelian cekrawala dan bumi. Tentu sekali, orang orang yang percaya kepada kepalsuan dan tidak percaya kepada Allah adalah yang benar benar rugi."

Mereka Semua Di-Dalam Neraka

[29:53] Mereka mencabarmu supaya membawa hukuman! Jika tidak kerana masa ketentuan yang telah dijanjikan, siksaan sudah pasti akan datang kepada mereka dengan serta merta. Tentu sekali, ianya akan datang kepada mereka dengan tiba tiba, apabila saja mereka tidak menyangkakannya.

[29:54] Mereka mencabarmu supaya membawakan hukuman! Sedangkan Neraka telah pun mengelilingi orang orang yang ingkar.

[29:55] Harinya akan tiba apabila siksaan akan menyelubuhi mereka, dari atas mereka dan dari bawah kaki kaki mereka; Dia akan berkata, "Rasakanlah akibat dari kerja kerja kamu."

Berhijrah Kerana Allah

[29:56] Wahai hamba hambaKu yang percaya, bumiKu amatlah luas, maka sembahlah Aku.

[29:57] Tiap tiap jiwa akan merasai mati, dan kepada kamilah kamu akhirnya akan dikembalikan.

[29:58] Bagi orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, tentu sekali akan kami tempatkan mereka didalam Syurga, dengan rumah rumah besar dan air sungai sungai yang mengalir. Mereka akan tinggal berkekalan didalamnya untuk selama lamanya. Betapa indahnya anugerah bagi pekerja pekerja.

[29:59] Merekalah orang orang yang sabar dan tabah hati, dan meletakkan kepercayaan kepada Tuhan mereka.

[29:60] Banyaknya makhluk yang tidak membawa peruntukkannya, Allah sahajalah yang mengadakan untuk ianya, dan juga untuk kamu. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Kebanyakan Orang Orang Yang Percaya Di-Takdirkan Ke-Neraka

[29:61] Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, dan meletakkan matahari dan bulan bagi menjalankan servis untuk kamu," mereka akan berkata, "Allah." Kenapa pula mereka melencong?

[29:62] Allah Sahajalah yang menambahkan peruntukkan bagi sesiapa saja yang Dia pilih diantara makhlukNya, dan menahannya. Sesungguhnya, Allah amat sedar akan segala sesuatu.

[29:63] Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang menurunkan air dari langit, untuk menghidupkan bumi yang mati," mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Maha Suci Allah." Kebanyakan mereka itu tidak mengerti.

Aturkan Semula Keutamaan Kamu

[29:64] Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah bermegah megah dan permainan saja, sementara tempat tinggal diAkhirat itu adalah kehidupan yang sebenar, jika hanya mereka ketahui.

[29:65] Apabila mereka belayar diatas kapal, mereka bermohon kepada Allah dengan mengabdikan doa' doa' mereka kepadaNya sahaja. Tetapi apabila saja Dia selamatkan mereka ketepi daratan, mereka kembali kepada menyekutukan (Allah).

[29:66] Biarkanlah mereka mengingkarkan apa yang telah kami berikan kepada mereka, dan biarkanlah mereka menikmatinya buat sementara waktu; tentunya nanti mereka akan dapat ketahui.

[29:67] Tidakkah mereka dapat melihat yang kami telah memantapkan sebuah Tempat Suci yang kami jadikan ianya terjamin, sementara semua disekelilingnya manusia yang sentiasa didalam keadaan bahaya? Masih mahukah mereka juga percaya dengan kepalsuan, dan menolak rahmat dari Allah?

[29:68] Siapakah yang amat jahat dari seorang yang mengada adakan penipuan dan diatributkannya kepada Allah, ataupun mengingkari kebenaran apabila ianya datang kepadanya? Tidakkah Neraka hukuman yang paling adil untuk orang orang yang ingkar?

[29:69] Bagi orang orang yang berjuang untuk kami, kami akan tentu sekali membimbing mereka kejalan kami. Sudah pasti, Allah ada bersama sama orang orang yang bertakwah.