Al-Quran 29:31 — Laba Laba (Al-'Ankaboot)
Apabila para rasul kami datang kepada Ibrahim dengan membawa berita berita baik (tentang kelahiran Ishak), mereka juga berkata, "Kami didalam perjalanan untuk menghapuskan orang orang bagi bandar itu (Sodom). Kerana orang orangnya telah berlaku zalim."
[29:30] Dia berkata, "Tuhanku, berikanlah aku kemenangan terhadap orang orang yang zalim ini."
[29:32] Dia berkata, "Tetapi Lut tinggal disana." Mereka berkata, "Kami amat sedar akan sesiapa yang tinggal didalamnya. Tentu sekali akan kami selamatkan dia dan keluarganya, melainkan isterinya; dia akan dibinasakan."