Al-Quran 29:32 — Laba Laba (Al-'Ankaboot)
Dia berkata, "Tetapi Lut tinggal disana." Mereka berkata, "Kami amat sedar akan sesiapa yang tinggal didalamnya. Tentu sekali akan kami selamatkan dia dan keluarganya, melainkan isterinya; dia akan dibinasakan."
[29:31] Apabila para rasul kami datang kepada Ibrahim dengan membawa berita berita baik (tentang kelahiran Ishak), mereka juga berkata, "Kami didalam perjalanan untuk menghapuskan orang orang bagi bandar itu (Sodom). Kerana orang orangnya telah berlaku zalim."
[29:33] Apabila para rasul kami datang ketempat Lut, mereka telah dianiayai, dan dia merasa malu dengan kehadiran mereka. Tetapi mereka berkata, "Janganlah takut, dan janganlah risau. Kami akan selamatkan kau dan keluargamu, melainkan isterimu; dia akan dibinasakan.