Al-Quran 29:52 — Laba Laba (Al-'Ankaboot)
Katakanlah, "Cukuplah Allah sahaja sebagai saksi diantara aku dan kamu. dan Dia sahajalah yang ketahui apa apa yang ada disekelian cekrawala dan bumi. Tentu sekali, orang orang yang percaya kepada kepalsuan dan tidak percaya kepada Allah adalah yang benar benar rugi."
[29:51] Tidakkah cukup sebuah mukjizat yang kami turunkan kepadamu buku ini, sedang dibacakan kepada mereka? Ini sesungguhnya adalah belas kasih dan peringatan untuk orang orang yang percaya.
[29:53] Mereka mencabarmu supaya membawa hukuman! Jika tidak kerana masa ketentuan yang telah dijanjikan, siksaan sudah pasti akan datang kepada mereka dengan serta merta. Tentu sekali, ianya akan datang kepada mereka dengan tiba tiba, apabila saja mereka tidak menyangkakannya.