Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 34: Sheba (Saba')

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[34:1] Segala kepujian bagi Allah - yang mempunyai segala galanya disekelian cekrawala dan bumi; segala kepujian juga untukNya diAkhirat. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Bijaksana lagi Maha Perihatin.

[34:2] Dia tahu segala gala yang masuk didalam bumi, dan segalanya yang keluar darinya dan segalanya yang turun dari langit, dan segala gala yang memanjat kedalamnya. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.

[34:3] Orang orang yang ingkar telah berkata, "Waktu itu tidak akan berlaku!" Katakanlah, "Pasti sekali- demi Tuhanku - ianya tentu sekali akan datang kepada kamu. Dia sahajalah yang Maha Mengetahui akan masa depan. Tidak juga walaupun seberatnya atom dapat disembunyikan dariNya, biarpun disekelian cekrawala ataupun dibumi. Tidak juga sekecil dari itu, ataupun lebih besar (dapat disembunyikan). Semuanya ada didalam rekod yang nyata."

[34:4] Pasti sekali, Dia akan memberi ganjaran kepada orang orang percaya yang menjalani kehidupan yang benar. Mereka inilah yang berhak mendapat pengampunan dan peruntukkan yang mewah.

[34:5] Bagi orang orang yang berterusan mencabar revelasi revelasi kami, mereka akan dikenakan siksaan yang menyakitkan dan terhina.

[34:6] Itu adalah bukti bagi orang orang yang dirahmati dengan ilmu pengetahuan bahwa revelasi yang diturunkan dari Tuhan kamu kepada kamu ini adalah benar, dan ianya membimbing kejalan yang Maha Kuat lagi Maha Terpuji.

[34:7] Orang orang yang ingkar telah berkata, "Biarkan kami tunjukkan kepada kamu seorang lelaki yang mengatakan kepada kamu bahawasanya setelah kamu berkecai kamu akan diciptakan semula.

[34:8] "Sama ada dia mengada adakan pembohongan berkenaan Allah, ataupun dia itu gila." Sesungguhnya, orang orang yang mengingkarkan Akhirat telah menerima hukuman yang amat azab, mereka itu yang telah tersesat jauh.

[34:9] Tidakkah mereka melihat segala gala yang berada didepan mereka dan dibelakang mereka, dilangit dan dibumi? Jika kami kehendaki, kami boleh menyebabkan bumi menelan mereka, ataupun menyebabkan benda benda dari langit jatuh keatas mereka. Ini sepatutnya menjadi bukti yang cukup bagi setiap hamba yang ta'at.

Daud Dan Sulayman

[34:10] Kami kurniakan Daud dengan rahmat dari kami: "Wahai gunung gunung, menyerahlah bersamanya, dan kamu juga, wahai burung burung." Kami lembutkan besi untuknya.

[34:11] "Kamu bolehlah membuat perisai perisai yang cukup sesuai digunakan, dan bekerjalah untuk kebenaran. Apa saja yang kamu lakukan, Aku melihat semuanya itu."

Padang Minyak Yang Pertama

[34:12] Kepada Sulayman kami komitkan angin supaya berkhidmat kepadanya, dalam perjalanan satu bulan mendatang dan satu bulan lagi untuk pemergian. Dan kami jadikan pancuran minyak terpancut keluar untuknya. Juga, para jin bekerja untuknya dengan izin dari Tuhannya. Sesiapa dari mereka yang tidak mempedulikan perintah perintah kami, kami menghukumnya dengan siksaan yang amat dahsyat.

[34:13] Mereka membuat untuknya apa saja yang dia kehendaki -tempat tempat persembahan, patung patung, kolam yang dalam, dan periuk periuk yang berat untuk masakan. Wahai keluarga Daud, bekerjalah (untuk kebenaran) bagi menunjukkan kesyukuranmu. Hanya sedikit dari hamba hambaKu yang tahu bersyukur.

Ilmu Pengetahuan Para Jin Terhad

[34:14] Apabila ketetapan waktu matinya telah tiba, mereka tidak sedar langsung tentang kematiannya. Itupun tidaklah sehingga satu dari binatang binatang cuba memakan tongkatnya, dan dia pun jatuh, barulah para jin sedar yang dia telah mati. Lantas mereka sedar jika sekiranya mereka betul betul tahu tentang ghaib, mereka tentu sekali akan berhenti dari bekerja kuat sejurus saja kematiannya.

[34:15] Tanah air Sheba pernah menjadi lambang yang menakjubkan, dengan dua taman taman disebelah kanan dan kiri. Makanlah peruntukkan peruntukkan dari Tuhan kamu, dan bersyukurlah kepadaNya- tanah yang baik, dan Tuhan yang pengampun.

[34:16] Mereka berpaling dan, akibatnya, kami siramkan keatas mereka banjir yang dahsyat, dan kami gantikan dua taman taman mereka kepada dua taman taman yang mengeluarkan buah buahan yang rasanya tidak enak dimakan, tumbuh tumbuhan yang berduri dan tuaian yang tidak mencukupi.

[34:17] Lantas, kami membalas mereka kerana keingkaran mereka. Tidakkah kami membalas hanyalah kepada orang orang yang ingkar saja?

[34:18] Kami tempatkan diantara mereka dan komuniti komuniti yang kami rahmati lain wahah, dan kami selamatkan perjalanan diantara mereka: "Berjalanlah didalamnya pada siang siang hari dan pada malam malam hari dengan penuh keselamatan."

[34:19] Tetapi mereka (tidak bersyukur) dan mencabar: "Tuhan kami, kami tidak peduli jika Engkau tambahkan jarak perjalanan perjalanan kami (dengan tidak ada sebarang perhentian)." Lantas, mereka telah menzalimi roh roh mereka sendiri. Akibatnya, kami jadikan mereka sejarah, dan selerakkan mereka menjadi komuniti komuniti yang kecil diseluruh bumi. Ini sepatutnya menjadi pengajaran bagi orang orang yang sabar, dan bersyukur.

Syaitan Mendapat Bilangan Yang Ramai

[34:20] Syaitan dapati yang mereka itu bersedia memenuhi harapan harapannya. Mereka mengikutinya, melainkan sebilangan kecil orang orang yang beriman.

Objektif: Adakah Kita Percaya Kepada Akhirat?

[34:21] Dia tidak pernah ada kuasa diatas mereka. Tetapi kami lantas membezakan orang orang yang percaya kepada Akhirat dari orang orang yang meragukannya. Tuhan kamu sahajalah yang mempunyai kuasa sepenuhnya keatas setiap sesuatu.

[34:22] Katakanlah, "Bermohonlah kepada pujaan pujaan yang kamu ada adakan disamping Allah. Mereka tidak mempunyai walau sebiji atom sekalipun disekelian cekrawala ataupun dibumi. Mereka tidak mempunyai persekutuan didalamnya, tidak juga yang Dia mengizinkan mereka menjadi pembantu pembantuNya."

Tidak Ada Perantaraan

[34:23] Perantaraan denganNya akan menjadi sia sia, melainkan jika ianya berkebetulan dengan kehendakNya. Apabila akhirnya minda minda mereka telah aman semula, dan mereka bertanya, "Apakah yang Tuhan kamu katakan," mereka akan berkata, "Yang benar." Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

[34:24] Katakanlah, "Siapakah yang memberikan kamu segala peruntukkan peruntukkan, disekelian cekrawala dan bumi?" Katakanlah, "Allah," dan "Sama ada kami ataupun kamu yang dibimbing, ataupun telah tersesat jauh."

[34:25] Katakanlah, "Kamu tidak akan bertanggungjawab diatas jenayah jenayah kami, dan tidak juga kami yang akan bertanggungjawab dengan segala apa yang kamu lakukan."

[34:26] Katakanlah, "Tuhan kami akan kumpulkan kami semua dihadapanNya, lalu Dia akan Mengadili diantara kita dengan seksamanya. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Pengadil lagi Maha Mengetahui.

[34:27] Katakanlah, "Tunjukkanlah kepadaku pujaan pujaan yang kamu telah ada adakan sebagai sekutu sekutuNya!" Katakanlah, "Tidak; Dia sahajalah Allah, yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana."

Rasul Allah Yang Di-Janjikan

[34:28] Kami telah menghantar kau (wahai Rashad) kepada semua manusia, pembawa berita berita baik, begitu juga sebagai pemberi amaran, tetapi kebanyakan manusia tidak ketahui.

[34:29] Mereka mencabar, "Bilakah perjanjian ini akan berlaku, jika sememangnya kamu yang benar?"

[34:30] Katakanlah, "Kamu mempunyai masa yang telah ditentukan, pada hari yang ditentukan itu, yang mana kamu tidak boleh melambatkan dengan satu jam, ataupun mempercepatkannya."

[34:31] Orang orang yang ingkar telah berkata, "Kami tidak akan mempercayai Quran ini, tidak juga dengan kitab kitab yang dahulu."Jika kamu dapat menggambarkan orang orang yang melampaui batas itu apabila mereka berdiri dihadapan Tuhan mereka! Mereka akan bertikaian sesama sendiri kebelakang dan kedepan. Pengikut pengikut akan berkata kepada ketua ketua mereka, "Jika ini bukannya disebabkan oleh kamu, kami telah pun menjadi orang orang yang percaya."

Di-Hari Kebangkitan

[34:32] Ketua ketua akan berkata kepada orang orang yang mengikuti mereka, "Adakah kami orang yang melencongkan kamu dari petunjuk sesudah ianya datang kepada kamu?" Tidak; itu adalah kerana kamu sendiri yang zalim."

[34:33] Pengikut pengikut akan berkata kepada ketua ketua mereka, "Itu adalah kamu yang merancang siang dan malam, dan memerintahkan kami supaya tidak mensyukuri Allah, dan mengada adakan pujaan pujaan yang disetarafkan denganNya." Mereka akan ditimpa dengan penyesalan, apabila mereka melihat siksaan, yang mana kami akan gantungkan belenggu disekeliling leher leher mereka yang mengingkarkan. Tidakkah mereka itu dibalas dengan adilnya bagi apa yang telah mereka lakukan?

Setiap Kali!

[34:34] Setiap kali apabila kami menghantarkan pemberi amaran kepada sebuah komuniti, ketua ketua dari komuniti itu akan berkata, "Kami mengingkari mesej yang kau membawanya bersama."

[34:35] Mereka juga berkata, "Kami lebih lagi kuat, dengan mempunyai banyak wang dan anak anak, dan kami tidak akan dihukum."

[34:36] Katakanlah, "Tuhanku Sahajalah yang menguasai segala peruntukkan peruntukkan; Dia memberikan peruntukkan peruntukkan kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya, ataupun mengurangkannya, tetapi kebanyakan dari manusia tidak ketahui."

[34:37] Bukanlah wang kamu ataupun anak anak kamu yang membawa kamu dekat kepada kami. Hanyalah orang orang yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar akan menerima anugerah diatas kerja kerja mereka, yang digandakan dengan banyaknya. Bertempat didalam Surga mereka akan hidup dengan penuh aman.

[34:38] Bagi orang orang yang konsisten mencabar revelasi revelasi kami, mereka akan berada didalam siksaan yang berkekalan.

[34:39] Katakanlah, "Tuhanku Sahajalah yang menguasai semua peruntukkan peruntukkan; Dia yang menambahkan peruntukkan peruntukkan kepada sesiapa saja yang Dia pilih dari antara hamba hambanya, ataupun mengurangkannya. Apa saja yang kamu belanjakan (kerana Allah), Dia akan menganugerahkan kepada kamu dengannya; Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Pemberi yang terbaik."

[34:40] Dihari apabila kami menghimpunkan mereka semua, Dia akan berkata kepada para malaikat, "Adakah ini orang orang yang menyembah kamu?"

[34:41] Mereka akan berkata, "Maha Suci Engkau. Engkau sahajalah Tuhan dan Tuan kami, dan bukannya mereka. Sebaliknya, mereka itu menyembah para jin; kebanyakan mereka itu percaya kepada mereka."

[34:42] Pada hari itu, kamu tidak mempunyai kuasa untuk menolong ataupun melukakan satu sama lain, dan kami akan katakan kepada orang orang yang melampaui batas itu, "Rasakan siksaan Neraka yang pernah kamu mengingkari."

Mukjizat Matematika Di-Dalam Quran

[34:43] Apabila bukti bukti kami dibacakan kepada mereka, dengan cukup jelas, mereka berkata, "Ini hanyalah dari seorang lelaki yang ingin memalingkan kamu dari apa yang ibu bapa ibu bapa kamu sembah." Mereka juga berkata, "Ini adalah pembohongan pembohongan yang direka rekakan." Orang orang yang ingkar juga mengatakan berkenaan kebenaran yang datang kepada mereka, "Ini adalah magik yang terang terangan."

[34:44] Kami tidak berikan mereka buku yang lain untuk dipelajari, tidak juga kami menghantarkan kepada mereka sebelummu pemberi amaran yang lain.

[34:45] Orang orang sebelum mereka mengingkarkan, walaupun mereka tidak melihat satu persepuluh dari (mukjizat) yang telah kami berikan kepada generasi ini, apabila mereka mengingkari para rasulKu, betapa dahsyatnya hukumanKu!

Rasul Allah Yang Di-Janjikan

[34:46] Katakanlah, "Aku minta kepada kamu supaya melakukan satu perkara: Abdikanlah diri diri kamu kepada Allah, berpasangan ataupun bersendirian, dan renungkanlah. Kawan kamu (Rashad) tidaklah gila. Dia adalah pemberi amaran yang nyata kepada kamu, hanya sebelum munculnya hukuman yang dahsyat."

[34:47] Katakanlah, "Aku tidak meminta dari kamu sebarang pembayaran; kamu bolehlah menyimpannya. Bayaranku hanya datang dari Allah. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang menyaksikan semua perkara."

[34:48] Katakanlah, "Tuhanku sahajalah yang menyebabkan kebenaran dapat diatasi, Dia sahajalah yang Maha Mengetahui akan segala gala rahsia."

[34:49] Katakanlah, "Kebenaran telah datang; sementara kepalsuan tidak akan dapat meinisiasikan segala galanya, tidak juga mengulanginya."

[34:50] Katakanlah, "Jika aku telah sesat, kesesatan itu terjadi kerana kelemahanku sendiri. Dan jika aku dibimbing, itu adalah kerana Tuhanku telah meinspirasikan. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat."

[34:51] Jika hanya dapat kamu melihat mereka apabila ketakutan yang amat sangat menyerang mereka; ketika itulah mereka tidak akan dapat melepaskan diri, maka mereka akan dibawa pergi dengan paksaan.

[34:52] Barulah mereka berkata, "Sekarang kami telah mempercayainya," tetapi ianya sudah terlambat.

[34:53] Mereka telah mengingkarinya pada masa lalu; sebaliknya mereka telah mengambil keputusan untuk memegang kuat dengan pendapat sendiri dan tekaan.

[34:54] Akibatnya, mereka telah dihalangi dari segala apa yang mereka idamkan. Ini adalah nasib yang serupa seperti rakan seperjuangan mereka dari generasi generasi yang dahulu. Mereka telah menyimpan terlalu banyak keraguan.