Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 34:13 — Sheba (Saba')

Mereka membuat untuknya apa saja yang dia kehendaki -tempat tempat persembahan, patung patung, kolam yang dalam, dan periuk periuk yang berat untuk masakan. Wahai keluarga Daud, bekerjalah (untuk kebenaran) bagi menunjukkan kesyukuranmu. Hanya sedikit dari hamba hambaKu yang tahu bersyukur.

[34:12] Kepada Sulayman kami komitkan angin supaya berkhidmat kepadanya, dalam perjalanan satu bulan mendatang dan satu bulan lagi untuk pemergian. Dan kami jadikan pancuran minyak terpancut keluar untuknya. Juga, para jin bekerja untuknya dengan izin dari Tuhannya. Sesiapa dari mereka yang tidak mempedulikan perintah perintah kami, kami menghukumnya dengan siksaan yang amat dahsyat.

[34:14] Apabila ketetapan waktu matinya telah tiba, mereka tidak sedar langsung tentang kematiannya. Itupun tidaklah sehingga satu dari binatang binatang cuba memakan tongkatnya, dan dia pun jatuh, barulah para jin sedar yang dia telah mati. Lantas mereka sedar jika sekiranya mereka betul betul tahu tentang ghaib, mereka tentu sekali akan berhenti dari bekerja kuat sejurus saja kematiannya.