Al-Quran 34:14 — Sheba (Saba')
Apabila ketetapan waktu matinya telah tiba, mereka tidak sedar langsung tentang kematiannya. Itupun tidaklah sehingga satu dari binatang binatang cuba memakan tongkatnya, dan dia pun jatuh, barulah para jin sedar yang dia telah mati. Lantas mereka sedar jika sekiranya mereka betul betul tahu tentang ghaib, mereka tentu sekali akan berhenti dari bekerja kuat sejurus saja kematiannya.
[34:13] Mereka membuat untuknya apa saja yang dia kehendaki -tempat tempat persembahan, patung patung, kolam yang dalam, dan periuk periuk yang berat untuk masakan. Wahai keluarga Daud, bekerjalah (untuk kebenaran) bagi menunjukkan kesyukuranmu. Hanya sedikit dari hamba hambaKu yang tahu bersyukur.
[34:15] Tanah air Sheba pernah menjadi lambang yang menakjubkan, dengan dua taman taman disebelah kanan dan kiri. Makanlah peruntukkan peruntukkan dari Tuhan kamu, dan bersyukurlah kepadaNya- tanah yang baik, dan Tuhan yang pengampun.