Al-Quran 34:31 — Sheba (Saba')
Orang orang yang ingkar telah berkata, "Kami tidak akan mempercayai Quran ini, tidak juga dengan kitab kitab yang dahulu."Jika kamu dapat menggambarkan orang orang yang melampaui batas itu apabila mereka berdiri dihadapan Tuhan mereka! Mereka akan bertikaian sesama sendiri kebelakang dan kedepan. Pengikut pengikut akan berkata kepada ketua ketua mereka, "Jika ini bukannya disebabkan oleh kamu, kami telah pun menjadi orang orang yang percaya."
[34:30] Katakanlah, "Kamu mempunyai masa yang telah ditentukan, pada hari yang ditentukan itu, yang mana kamu tidak boleh melambatkan dengan satu jam, ataupun mempercepatkannya."
[34:32] Ketua ketua akan berkata kepada orang orang yang mengikuti mereka, "Adakah kami orang yang melencongkan kamu dari petunjuk sesudah ianya datang kepada kamu?" Tidak; itu adalah kerana kamu sendiri yang zalim."