Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 35: Yang Meinsiasikan Ciptaan (Fater)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[35:1] Segala kepujian bagi Allah, yang meinisiasikan sekelian cekrawala dan bumi, dan yang melantikkan para malaikat menjadi para rasul dengan bersayap - dua, tiga dan empat (sayap sayap). Dia menambahkan ciptaan mengikut kehendakNya. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Berkuasa.

[35:2] Apabila Allah mencurahkan manusia dengan belas kasih, tidak ada kuasa dapat menahannya. Dan jik Dia menahannya, tidak ada kuasa selain Dia, dapat memberikannya. Sesungguhnya Dia sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.

[35:3] Wahai manusia, ingatlah rahmat Allah keatas kamu. Adakah sebarang pencipta selain dari Allah yang dapat memberikan peruntukkan peruntukkan untuk kamu dari cekrawala dan bumi? Tidak ada tuhan yang lain disampingNya. Bagaimanakah kamu boleh dilencongkan?

[35:4] Jika mereka mengingkarimu, para rasul sebelum kau pun telah diingkari. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang menguasai segala sesuatu.

[35:5] Wahai manusia, perjanjian Allah adalah benar; dari itu, janganlah dikhayalkan dengan kehidupan yang rendah ini. Janganlah sampai dapat dilencongkan dari Allah dengan cara illusi.

[35:6] Syaitan itu adalah musuh kamu, maka perlakukanlah dia sebagai seorang musuh. Dia hanya menjemput kumpulannya menjadi penghuni penghuni Neraka.

[35:7] Orang orang yang ingkar telah dikenakan hukuman yang dahsyat, dan orang orang yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar berhak mendapat pengampunan dan ganjaran yang besar.

[35:8] Perhatikanlah seorang yang pekerjaan jahatnya dinampakkan baik dimata matanya, sehingga dia berfikir itu adalah baik. Lantas Allah yang menyesatkan sesiapa saja yang berkehendakkan (tersesat), dan Dia membimbing sesiapa saja berkehendakkan (petunjuk). Dari itu, janganlah bersedih terhadap mereka. Sesungguhnya, Allah amat mengetahui segala apa yang mereka lakukan.

[35:9] Allah Sahajalah yang menghantarkan angin angin untuk menggerakkan awan awan, dan kami membawa mereka menuju ketanah tanah yang kering, dan menghidupkan tanah tanah yang sedemikian setelah mereka itu mati. Lantas, itu adalah kebangkitan.

Segala Kemuliaan punyaan Allah

[35:10] Sesiapa yang mencari kemuliaan sepatutnya ketahui kepunyaan Allah segala kemuliaan. KepadaNya naiknya segala perkataan perkataan yang baik baik, dan Dia yang meninggikan kerja kerja yang baik. Bagi orang orang yang merancangkan kerja kerja jahat, mereka akan dikenakan hukuman yang dahsyat; perancangan orang orang yang sedemikian itu akan ditakdirkan dengan kegagalan.

Allah Berkuasa Sepenuhnya

[35:11] Allah yang menciptakan kamu dari debu, kemudian dari cecair yang halus, kemudian Dia membiakkan kamu melalui pasangan pasangan kamu. Tidak ada wanita yang mengandung, dan tidak juga yang melahirkan, dengan tidak dari Ilmu pengetahuanNya. Tidak ada siapapun akan hidup dengan kehidupan yang panjang, dan tidak ada sesiapa pun yang hidupnya disingkatkan, melainkan dengan mengikuti rekod yang telah wujud terlebih dahulu. Ini adalah mudah bagi

Allah.Menghargai kebesaran Allah

[35:12] Dua lautan itu tidaklah sama; satunya adalah segar dan enak, sementara yang satunya lagi adalah masin dan tidak boleh diminum. Dari keduanya kamu makan daging yang lembut, dan mengeluarkan barang kemas untuk dipakai. Dan kamu melihat kapal kapal belayar melalui mereka, mencari peruntukkan peruntukkannya, supaya kamu dapat menghargainya.

[35:13] Dia memasukkan malam kedalam siang, dan memasukkan siang kedalam malam. Dia telah komitkan matahari dan bulan untuk berkhidmat buat jangka masa yang telah ditentukan. Demikian itulah Allah Tuhan kamu; KepunyaanNya semua kerajaan. Sebarang pujaan pujaan yang kamu ada adakan disampingNya tidak mempunyai walaupun kulit biji bijian.

Pujaan Pujaan Sebenarnya Tidak Mempunyai Kuasa

[35:14] Jikalau kamu memanggil mereka, mereka tidak dapat mendengarkan kamu, walaupun jika mereka dapat mendengarkan kamu, mereka tidak akan dapat merespons kepada kamu. Pada Hari Kebangkitan kelak, mereka akan menafikan kamu. Tidak ada sesiapa yang boleh memberitahukan kepada kamu seperti yang Maha Mengetahui.

[35:15] Wahai manusia, kamulah orang orang yang memerlukan Allah, sementara Allah tidak memerlukan sesiapapun, yang Maha Terpuji.

[35:16] Jika Dia kehendaki, Dia boleh menghapuskan kamu dan menggantikan dengan ciptaan yang baru.

[35:17] Ini tidaklah terlalu susah untuk Allah.

[35:18] Tidak ada roh yang akan menanggung dosa dosa roh yang lain. Jika roh roh yang dibebani dengan dosa dosa bermohon kepada yang lainnya untuk memikul sebahagian dari bebannya, tidak ada roh yang akan dapat memikulkan sebarang bahagian darinya, walaupun jika mereka itu bersaudara. Orang orang yang dapat mengambil peringatan dengan amaranmu itu hanyalah mereka yang menghormati Tuhan mereka, walaupun mereka didalam keadaan bersendirian, dan Mengerjakan Sembahyang (Salat). Sesiapa saja yang menyuci kan rohnya, hanya melakukan untuk kebaikan dirinya sendiri. Kepada Allah sahajalah destini yang terakhir.

[35:19] Yang buta dan yang melihat tidaklah serupa.

[35:20] Tidak juga kegelapan dan cahaya.

[35:21] Tidak juga kesejukkan untuk mendapatkan keteduhan; dari panasnya matahari.

[35:22] Tidak juga yang hidup dan yang mati; Allah sahajalah yang menyebabkan sesiapa saja yang Dia kehendaki untuk mendengarkan. Kau tidak akan dapat menjadikan pendengar pendengar bagi orang orang yang berada didalam kubur kubur.

[35:23] Engkau tidak lebih dari seorang pemberi amaran.

Rasul Allah Yang Di-Janjikan

[35:24] Kami telah menghantarkanmu dengan membawa kebenaran, pembawa berita berita baik juga sebagai pemberi amaran. Tiap tiap komuniti mestilah menerima seorang pemberi amaran.

[35:25] Jika mereka mengingkarkanmu, orang orang sebelum mereka pun telah mengingkarinya juga. Para rasul mereka datang kepada mereka dengan bukti bukti yang jelas, dan Zabur, kitab kitab yang memberi pentunjuk.

[35:26] Kemudiannya, Aku menghukum orang orang yang ingkar; betapa dahsyatnya hukumanKu!

Ciptaan Allah Yang Berwarna Warni

[35:27] Tidakkah kamu sedar yang Allah menurunkan air dari langit, dimana kami mengeluarkan buah buahan yang beranika warna? Demikian juga gunung gunung mempunyai warna warna yang berlainan; puncak puncaknya ada yang putih, ataupun merah, ataupun lain warnanya. Dan burung burung gagak adalah hitam.

[35:28] Juga, manusia, binatang binatang, dan ternakan yang datang dengan berbagai warna warna. Inilah sebabnya orang orang yang benar benar menghormati Allah adalah mereka itu orang orang yang berilmu pengetahuan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Pengampun.

[35:29] Tentu sekali, orang orang yang membaca buku Allah, Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan dari peruntukkan peruntukkan kami kepada mereka dibelanjakan - secara rahsia dan diumumkan- telah terlibat didalam pelaburan yang tidak akan merugikan.

[35:30] Dia akan memberikan mereka ganjaran yang mewah, dan akan menggandakan rahmatNya keatas mereka. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Menghargai.

Quran:Penyempurnaan Bagi Semua Kitab Kitab

[35:31] Apa yang telah dinyatakan kepadamu didalam kitab ini adalah benar, penyempurnaan bagi semua kitab kitab yang terdahulu. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Perihatin terhadap hamba hambaNya, lagi Maha Melihat.

[35:32] Kami mewariskan kitab dari generasi kegenerasi, dan kami izinkan sesiapa saja yang kami pilih diantara hamba hamba kami untuk menerimanya. Kemudiannya, sesetengah dari mereka itu telah menzalimi roh roh mereka, yang lain mendukungnya hanya pada sebahagian masa, sementara yang lain lagi amat berminat dengan membuat kerja kebaikan dengan mengikuti kehendak Allah; ini adalah kemenangan yang amat besar.

Orang Orang Yang Percaya

[35:33] Mereka akan memasuki taman taman Adnin, dimana mereka akan dihiasi dengan gelang gelang emas dan mutiara mutiara, dan pakaian pakaian mereka didalamnya akan diperbuat dari sutera.

[35:34] Mereka akan berkata, "Kepujian bagi Allah kerana telah menghilangkan segala kebimbangan kami. Sesungguhnya, Tuhan kami sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Menghargai.

[35:35] "Dia telah memasukkan kami kedalam tempat tinggal yang indah dan kekal, dengan kurniaNya. Tidak pernah kami merasa bosan didalamnya, dan tidak juga kami merasa penat."

Orang Orang Yang Ingkar

[35:36] Bagi orang orang yang ingkar, mereka telah dikenakan api dari Neraka, dimana mereka tidak akan ditamatkan dengan kematian, begitu juga dengan hukuman yang tidak berhenti untuk mereka. Lantas, kami membalas orang orang yang tidak tahu bersyukur.

[35:37] Mereka akan menjerit didalamnya, "Tuhan kami, jika kau keluarkan kami dari sini, kami akan bekerja untuk kebaikan, dan bukan kerja yang telah kami lakukan." Tidakkah kami memberikan kamu kesempatan hidup yang panjang, dengan amaran yang berterusan bagi orang orang yang dapat merenungkan? Tidakkah kamu menerima pemberi amaran? Dari itu,rasakan (akibatnya). Orang orang yang melampaui batas itu tidak akan dapat seorang pun sebagai penolong.

[35:38] Allah sahajalah yang Maha Mengetahui tentang masa depan bagi sekelian cekrawala dan bumi. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Mengetahui segala yang terpendam jauh didalam minda minda.

Orang Orang Yang Menang dan Orang Orang Yang Gagal

[35:39] Dia sahajalah yang menjadikan kamu pewaris pewaris dibumi. Sesudah itu sesiapa saja yang memilih untuk mengingkarinya telah hanya menjejaskan diri diri mereka sendiri. Ketidak kepercayaan orang orang yang ingkar itu hanyalah menambahkan kebencian Tuhan terhadap mereka. Ketidak kepercayaan orang orang yang ingkar itu telah menjatuhkan mereka lebih dalam kepada kerugian.

[35:40] Katakanlah, "Pertimbangkanlah pujaan pujaan yang kamu ada adakan disamping Allah; tunjukkan kepadaku apa yang diatas bumi telah mereka ciptakan." Adakah mereka itu mempunyai sebarang perkongsian disekelian cekrawala? Sudahkah kami memberikan mereka sebuah buku dimana didalamnya ada yang tidak diragukan? Sesungguhnya, apa yang telah dijanjikan oleh orang orang yang melampaui batas kepada satu sama lain itu tidaklah lebih dari illusi.

[35:41] Allah sahajalah yang memegang sekelian cekrawala dan bumi, supaya mereka itu tidak hilang. Jika sekiranya sesiapa saja yang memegang mereka itu, mereka pasti sekali akan menghilang. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Mengasihani lagi Maha Pengampun.

Untuk Menguji Mereka

[35:42] Mereka bersumpah kepada Allah dengan seriusnya sekiranya jika pemberi amaran datang kepada mereka, mereka pasti sekali akan mendapat petunjuk yang lebih baik lagi dari penghimpunan yang lainnya! Bagaimanapun, sekarang pemberi amaran telah pun datang kepada mereka, ini hanyalah menjatuhkan mereka lebih lagi kedalam kebencian.

[35:43] Mereka berlaku sombong dibumi, dan melakukan perancangan yang jahat, dan rancangan jahat mereka itu hanya berbalik kepada orang orang yang merancangkannya. Mestikah mereka mengharapkan sesuatu yang serupa seperti nasib orang orang yang telah melakukan sama seperti mereka pada masa yang lalu? Kamu akan dapati yang sistem (sunnah) Allah itu tidak pernah bertukaran; kamu akan dapati yang sistem Allah itu tidak pernah berubah.

[35:44] Tidakkah mereka menjelajahi bumi dan perhatikan akibat yang terjadi kepada orang orang yang mendahului mereka? Malahan mereka itu lebih kuat dari mereka. Tidak ada apa pun yang dapat disembunyikan dari Allah sama ada disekelian cekrawala mahupun dibumi. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

[35:45] Jika Allah menghukum manusia kerana dosa dosa mereka, Dia tidak akan meninggalkan suatu makhluk pun diatas bumi. Tetapi Dia tangguhkan mereka buat masa yang telah ditetapkan. Apabila saja masanya telah sampai, maka sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Melihat akan hamba hambaNya.