Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 35:44 — Yang Meinsiasikan Ciptaan (Fater)

Tidakkah mereka menjelajahi bumi dan perhatikan akibat yang terjadi kepada orang orang yang mendahului mereka? Malahan mereka itu lebih kuat dari mereka. Tidak ada apa pun yang dapat disembunyikan dari Allah sama ada disekelian cekrawala mahupun dibumi. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

[35:43] Mereka berlaku sombong dibumi, dan melakukan perancangan yang jahat, dan rancangan jahat mereka itu hanya berbalik kepada orang orang yang merancangkannya. Mestikah mereka mengharapkan sesuatu yang serupa seperti nasib orang orang yang telah melakukan sama seperti mereka pada masa yang lalu? Kamu akan dapati yang sistem (sunnah) Allah itu tidak pernah bertukaran; kamu akan dapati yang sistem Allah itu tidak pernah berubah.

[35:45] Jika Allah menghukum manusia kerana dosa dosa mereka, Dia tidak akan meninggalkan suatu makhluk pun diatas bumi. Tetapi Dia tangguhkan mereka buat masa yang telah ditetapkan. Apabila saja masanya telah sampai, maka sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Melihat akan hamba hambaNya.