Surah 36: Ya Sin (Ya Sin)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[36:1] Y. S. (Ya Sin)
[36:2] Dan Quran yang penuh dengan hikmah (kebijaksanaan).
[36:3] Pasti sekali, kau (Rashad) adalah salah satu dari para rasul.
[36:4] Kejalan yang lurus.
[36:5] Revelasi revelasi ini adalah dari yang Maha Kuat lagi Maha Penyayang.
[36:6] Untuk memberikan amaran kepada manusia yang mana ibu bapa ibu bapa mereka tidak pernah diberikan amaran, dari itu, mereka tidak sedar.
[36:7] Ianya telah ditetapkan yang kebanyakan dari mereka tidak akan percaya.
[36:8] Kerana kami telah meletakkan disekeliling leher leher mereka itu dengan belenggu belenggu, sampai kedagu dagu mereka. Akibatnya, mereka telah terkunci didalam keingkaran mereka.
[36:9] Dan kami letakkan penghalang didepan mereka, dan penghalang dibelakang mereka, dan lantas, kami tudungi mereka; mereka tidak akan dapat melihat.
[36:10] Itu adalah serupa saja sama ada kau memberikan amaran kepada mereka ataupun tidak, mereka tidak akan dapat mempercayainya.
[36:11] Kau akan hanya boleh didengarkan oleh orang orang yang mendukung mesej ini, dan yang menghormati yang Maha Pengasih - walaupun apabila mereka bersendirian. Berikanlah berita berita baik kepada mereka berkenaan pengampunan dan ganjaran yang mewah.
[36:12] Pasti sekali akan kami menghidupkan yang mati, dan kami telah rekodkan segala apa yang telah mereka lakukan dikehidupan ini, begitu juga akibat akibat yang berterusan sesudah kematian mereka kelak. Segala galanya telah kami kirakan didalam rekod yang nyata.
Mengingkari Para Rasul: Tragik Yang Biasa Bagi Manusia
[36:13] Tunjukkan untuk mereka contoh bagi manusia didalam satu komuniti yang menerima para rasul.
[36:14] Apabila kami hantarkan kepada mereka dua orang (para rasul), mereka mengingkari mereka itu. Maka kami menyokong mereka itu dengan yang ketiga. Mereka berkata, "Kami adalah para rasul (Allah) kepada kamu."
[36:15] Mereka berkata, "Kamu tidaklah lebih dari manusia seperti kami. Yang Maha Pengasih tidak menurunkan suatu apa pun. Kamu adalah pembohong."
[36:16] Mereka berkata, "Tuhan kami tahu yang kami ini telah dihantarkan kepada kamu.
[36:17] "Misi kami hanyalah untuk menyampaikan mesej."
[36:18] Mereka berkata, "Kami menganggap kamu sebagai petanda yang buruk. Melainkan jika kamu berhenti, tentu sekali akan kami melemparkan kamu dengan batu, ataupun mengenakan kamu dengan hukuman yang menyakitkan."
[36:19] Mereka berkata, "Petanda buruk kamu itu terpulanglah kepada respons kamu, sekarang kamu telah diingatkan. Sesungguhnya, kamu adalah orang orang yang melampaui batas."
[36:20] Seorang lelaki datang dari penghujung yang lain dari bandar, mengatakan, "Wahai orang orangku, ikutilah para rasul.
[36:21] "Ikutlah kepada orang orang yang tidak memintakan kamu sebarang bayaran, dan yang telah mendapat petunjuk.
[36:22] "Kenapa mesti aku tidak menyembah yang Esa yang meinisiasikanku, dan kepadaNya sahajalah tempat kembali kamu yang terakhir?
[36:23] "Mestikah aku mengadakan disamping Dia tuhan tuhan? Jika yang Maha Pengasih kehendaki sebarang kemudharatan untukku, perantaraan mereka tidak akan dapat menolongku sedikit pun, tidak juga mereka dapat menyelamatkanku.
[36:24] "Dalam keadaan yang demikian, tentunya aku akan menjadi orang yang sesat dengan sepenuhnya.
[36:25] "Aku telah mempercayai Tuhan kamu; tolonglah dengarkanku."
Orang Orang Yang Benar Terus Ke-Syurga
[36:26] (Pada masa kematiannya) dia telah dikatakan, "Masuklah keSyurga." Dia berkata, "Kalaulah sekiranya orang orangku ketahui.
[36:27] "Yang Tuhanku telah mengampuniku, dan menjadikan aku dimuliakan."
[36:28] Kami tidak turunkan keatas orang orangnya, sesudah dia, askar askar dari langit; kami tidak perlu untuk menghantarkan mereka turun.
[36:29] Semuanya, hanya satu tiupan, lalu mereka pun menjadi kaku.
Mengingkari Para Rasul: Tragik Yang Biasa Bagi Manusia
[36:30] Betapa malangnya keadaan manusia! Setiap kali seorang rasul datang kepada mereka, mereka sentiasa mencemuhnya.
[36:31] Tidakkah mereka melihat berapa banyak generasi generasi yang telah kami hapuskan sebelum mereka, dan bagaimana mereka tidak akan dapat kembali semula kepada mereka?
[36:32] Setiap satu dari mereka akan dihimpunkan dihadapan kami.
Tanda Tanda Dari Allah
[36:33] Satu tanda bagi mereka adalah tanah yang mati: kami hidupkannya semula dan mengeluarkan darinya, bijian bijian untuk makanan mereka.
[36:34] Kami tumbuhkan didalamnya taman taman bagi pokok pokok kurma, dan anggur anggur, dan kami yang menyebabkan mata air mata air terpancut keluar didalamnya.
[36:35] Ini adalah untuk memberikan mereka buah buahan, dan membiarkan mereka supaya membuat perkilangan dengan tangan tangan mereka sendiri apa saja yang mereka perlukan. Dapatkah mereka berterima kasih?
[36:36] Maha Suci kepada yang Esa yang menciptakan berbagai bagai tumbuh tumbuhan dari bumi, begitu juga dengan diri diri mereka, dan ciptaan ciptaan yang lain yang mereka tidak pun ketahui.
[36:37] Tanda yang lainnya untuk mereka adalah malam: kami mengambil siang hari darinya, dimana mereka berada didalam kegelapan.
[36:38] Matahari berada ditempat yang telah ditetapkan, mengikuti kepada pengaturan dari yang Maha Kuat lagi Maha Mengetahui.
[36:39] Bulan telah kami bentukkan supaya kelihatan dalam keadaan berperingkat peringkat, sehingga ianya menjadi seperti penyarung tua yang melengkung.
[36:40] Matahari tidak akan dapat bersamaan dengan bulan - malam dan siang tidak pernah menyimpang - tiap tiap dari mereka sedang terapung didalam orbit masing masing.
Rekaan Kapal Yang Pertama
[36:41] Tanda yang lain bagi mereka ialah kami membawa keturunan keturunan mereka diatas bahtera yang penuh sarat.
[36:42] Dan menciptakan yang sama untuk mereka menaikinya.
[36:43] Jika kami kehendaki, kami boleh menenggelamkan mereka, supaya teriakkan mereka tidak kedengaran, tidak juga mereka dapat diselamatkan.
[36:44] Sebaliknya, kami mencucuri mereka dengan belas kasih, dan membiarkan mereka bergembira buat sementara waktu.
[36:45] Namun demikian, apabila dikatakan kepada mereka, "Pelajarilah dari masa lalu kamu, bagi mengerjakan kebaikan dimasa depan, supaya kamu mendapat belas kasih,"
[36:46] Walaupun apa cara bukti sekalipun diberikan kepada mereka dari Tuhan mereka, mereka itu dengan konsistennya tidak memperdulikannya.
[36:47] Apabila dikatakan kepada mereka, "Berilah dari rezeki rezeki Allah yang telah diberikan kepada kamu," orang orang yang ingkar itu berkata kepada orang orang yang percaya, "Kenapa mesti kami memberi kepada orang orang yang Allah boleh memberikan makanan, jika Dia sangat menghendaki? Kamu benar benar telah tersesat jauh."
[36:48] Mereka juga mencabar, "Bilakah perjanjian itu akan berlaku, jika kamu yang benar?"
[36:49] Semuanya yang akan mereka lihat hanyalah satu tiupan yang akan dapat merangkumi mereka, sementara mereka sedang bertikaian.
[36:50] Bahkan mereka tidak mempunyai kesempatan untuk membuat wasiat, dan tidak juga mereka akan mendapat kesempatan untuk kembali kepada orang orang mereka.
[36:51] Terumpit akan ditiupkan, lalu mereka pun akan dibangkitkan dari kubur dan berpergian kepada Tuhan mereka.
[36:52] Mereka akan berkata, "Malang sungguh bagi kami. Siapakah yang membangkitkan kami dari kematian kami? Ini adalah apa yang telah dijanjikan oleh yang Maha Pengasih para rasul itu sesungguhnya benar."
[36:53] Semuanya mengambil masa hanya satu tiupan, lalu mereka pun dihimpunkan dihadapan kami.
[36:54] Pada hari itu, tidak ada satu roh pun akan dizalimi walau sedikit pun. Kamu akan dibayar dengan tepat sekali diatas segala apa yang telah kamu lakukan.
[36:55] Penghuni penghuni Syurga akan, pada hari itu, sibuk dengan kegirangan.
[36:56] Mereka tinggal bersama sama pasangan pasangan dibawah teduhan yang indah, menikmati perabut perabut yang sangat selesa.
[36:57] Mereka akan mendapatkan buah buahan didalamnya; mereka akan mendapat apa saja yang mereka inginkan.
[36:58] Sapaan dengan kesejahteraan dari Tuhan yang Maha Penyayang.
[36:59] Bagi kamu, wahai yang bersalah, kamu akan diketepikan.
Syaitan Adalah Sebagai Pilihan Alternatif
[36:60] Tidakkah Aku telah membuat perjanjian dengan kamu, wahai anak anak Adam, supaya kamu janganlah menyembah syaitan? Kerana dia adalah musuh kamu yang nyata?
[36:61] Dan kamu mestilah hanya menyembah Aku sahaja? Ini adalah jalan yang benar.
[36:62] Dia telah menyesatkan ramai ribuan dari kamu. Tidakkah kamu mempunyai kefahaman?
[36:63] Ini adalah Neraka yang telah dijanjikan kepada kamu.
[36:64] Hari ini kamu akan dibakar didalamnya, akibatnya dari keingkaran kamu.
[36:65] Pada hari itu, kami akan patrikan mulut mulut mereka; tangan tangan dan kaki kaki mereka akan menjadi saksi kepada segala apa yang telah mereka lakukan.
[36:66] Jika kami kehendaki, kami boleh menudungi mata mata mereka dan, akibatnya, apabila mereka mencari jalan, mereka tidak akan dapat melihatnya.
[36:67] Jika kami kehendaki, kami boleh bekukan mereka disuatu tempat; lantas, mereka tidak akan dapat bergerak kedepan, tidak juga kebelakang.
[36:68] Sesiapa saja yang kami izinkan dengan kehidupan yang panjang, kami jadikan dia kembali menjadi lemah. Tidakkah mereka faham?
[36:69] Apa yang kami mengajarkan kepadanya (rasul) bukanlah syair, dan bukan juga dia seorang (penyair). Ini sesungguhnya adalah bukti yang amat mengkagumkan, dan Quran yang nyata.
[36:70] Untuk diajarkan kepada orang orang yang hidup, dan untuk mendedahkan orang orang yang ingkar.
[36:71] Tidakkah mereka melihat yang kami menciptakan untuk mereka, dengan tangan tangan kami sendiri, ternakan yang mereka punyai?
[36:72] Dan kami tundukkan mereka itu bagi mereka; sesetengah mereka tunggang, dan setengahnya lagi mereka makan.
[36:73] Mereka memperolehi manfaat yang lain juga dari mereka, dan juga sebagai minuman. Tidakkah mereka boleh bersyukur?
Pujaan Pujaan Yang Tidak Berkuasa
[36:74] Mereka telah mengada adakan disamping Allah tuhan tuhan yang lain, mungkin mereka boleh memberi pertolongan kepada mereka!
[36:75] Sebaliknya, mereka tidak boleh menolong mereka; mereka akhirnya hanyalah berkhidmat kepada mereka sebagai askar askar yang ta'at.
[36:76] Dari itu, janganlah bersedih dengan perkataan perkataan mereka. Kami amat mengetahui segala apa yang mereka sembunyikan dan segala apa yang mereka umumkan.
[36:77] Tidakkah manusia itu melihat yang kami telah menciptakan dia dari setitik yang halus lalu dia bertukar menjadi musuh yang nyata?
[36:78] Dia mengutarakan soalan kepada kami - sementara melupai ciptaannya yang mula mula - "Siapakah yang boleh membangkitkan tulang tulang sesudah mereka telah menjadi busuk?"
[36:79] Katakanlah, "Yang Esa yang meinisiasikan mereka pada mulanya akan membangkitkan mereka. Dia sahajalah yang amat sedar akan segala ciptaan."
[36:80] Dia Sahajalah yang menciptakan untuk kamu, dari pokok pokok yang menghijau, sebagai bahan bakaran yang mana kamu membakarnya untuk mendapatkan cahaya.
[36:81] Tidakkah yang Esa yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi boleh menciptakan semula yang serupa? Ya sesungguhnya; Dia sahajalah yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.
[36:82] Apa yang Dia lakukan untuk melaksanakan sebarang perintah adalah dengan berkata kepadanya, "Jadi" dan itu sajalah.
[36:83] Dari itu, Maha suci bagi yang Esa dimana ditangannya adalah kedaulatan diatas segala galanya, dan kepadaNya sahajalah kamu akan dikembalikan.