Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 33:52 — Parti Parti (Al- Ahzab)

Disebalik kategori yang disebutkan kepada kau, kau tidak dilarang untuk mengahwini sebarang wanita wanita yang lainnya, dan tidak juga boleh kau menggantikan isteri yang baru (dari kategori kategori yang dilarang), walaupun kau amat tertarik dengan kecantikan mereka. Kau mestilah berpuas hati dengan apa yang telah dihalalkan untuk kamu. Sesungguhnya, Allah amat melihat akan segala sesuatu.

[33:51] Kamu bolehlah berlaku lemah lembut untuk menjauhi salah seorang dari mereka, dan kau bolehlah mendekati salah seorang dari mereka. Jika kau berbaik semula dengan salah seorang yang kau telah renggangkan, kamu tidak mengkomit kesilapan. Dengan cara ini, mereka akan berasa gembira, tidak akan menderita, dan akan merasa puas hati dengan apa yang kau aturkan dengan adilnya untuk mereka. Allah tahu apa yang ada didalam hati hati kamu. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.

[33:53] Wahai orang orang yang percaya, janganlah masuk dirumah rumah nabi melainkan jika kamu diberikan keizinan untuk makan, dan janganlah kamu memaksakan untuk dijemput dengan cara apapun. Jika kamu dijemput, bolehlah kamu masuk. Apabila kamu sudah selesai makan, kamu mestilah pulang; janganlah mengadakan perbualan yang berlarutan. Ini akan mengganggu nabi, dan dia amatlah malu untuk memberitahukan kamu. Tetapi Allah tidaklah malu untuk menyatakan kebenaran. Jika kamu hendak menanyakan sesuatu kepada isteri isterinya, tanyalah mereka dibelakang sekatan. Ini adalah lebih suci bagi hati hati kamu dan juga hati hati mereka. Janganlah kamu menyinggung perasaan rasul Allah. Kamu tidak boleh mengahwini isteri isterinya selepas dia, kerana ini akan menjadi suatu kesalahan yang besar disisi Allah.