Al-Quran 33:51 — Parti Parti (Al- Ahzab)
Kamu bolehlah berlaku lemah lembut untuk menjauhi salah seorang dari mereka, dan kau bolehlah mendekati salah seorang dari mereka. Jika kau berbaik semula dengan salah seorang yang kau telah renggangkan, kamu tidak mengkomit kesilapan. Dengan cara ini, mereka akan berasa gembira, tidak akan menderita, dan akan merasa puas hati dengan apa yang kau aturkan dengan adilnya untuk mereka. Allah tahu apa yang ada didalam hati hati kamu. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.
[33:50] Wahai nabi, kami menjadikan halal bagimu keatas isteri isterimu yang mana kau telah membayar mas kahwin mereka, ataupun apa yang kau telah punyai, yang telah diizinkan untukmu oleh Allah. Dan juga sah bagimu untuk mengahwini anak anak perempuan adik beradik lelaki kepada bapamu, anak anak perempuan adik beradik perempuan kepada bapamu, anak anak perempuan adik beradik lelaki kepada ibumu, anak anak perempuan adik beradik perempuan kepada ibumu, dan yang berhijrah bersama samamu. Juga, jika perempuan yang percaya memberikan dirinya kepada nabi dengan- merelakan mas kahwinnya - nabi bolehlah mengahwininya dengan tidak perlu membayarkan mas kahwin, jika sekiranya dia setuju. Bagaimanapun, kerelaannya berkenaan mas kahwin hanyalah diizinkan bagi nabi sahaja, dan bukannya untuk orang orang percaya yang lain. Kami telah mendekrikan hak hak mereka berkenaan pasangan pasangan mereka ataupun apa yang mereka telah punyai. Ini adalah untuk memeliharakan kamu dari rasa malu. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:52] Disebalik kategori yang disebutkan kepada kau, kau tidak dilarang untuk mengahwini sebarang wanita wanita yang lainnya, dan tidak juga boleh kau menggantikan isteri yang baru (dari kategori kategori yang dilarang), walaupun kau amat tertarik dengan kecantikan mereka. Kau mestilah berpuas hati dengan apa yang telah dihalalkan untuk kamu. Sesungguhnya, Allah amat melihat akan segala sesuatu.