Al-Quran 33:36 — Parti Parti (Al- Ahzab)
Tidak ada lelaki yang percaya ataupun wanita yang percaya, jika Allah dan rasulNya mengisukan sebarang perintah, mempunyai sebarang pilihan berkenaan perintah itu. Sesiapa saja yang tidak menta'ati Allah dan rasulNya telah tersesat jauh.
[33:35] Lelaki lelaki yang menyerah (kepada Allah), wanita wanita yang menyerah (kepada Allah), lelaki lelaki yang percaya, wanita wanita yang percaya, lelaki lelaki yang ta'at, wanita wanita yang ta'at, lelaki lelaki yang benar, wanita wanita yang benar, lelaki lelaki yang sabar, wanita wanita yang sabar, lelaki lelaki yang menghormati, wanita wanita yang menghormati, para penderma lelaki, para penderma wanita, lelaki lelaki yang berpuasa, wanita wanita yang berpuasa, lelaki lelaki yang suci, wanita wanita yang suci, dan lelaki lelaki yang mengagungkan Allah selalu dan wanita wanita yang mengagungkan; Allah telah menyediakan untuk mereka pengampunan dan ganjaran yang besar.
[33:37] Ingatlah yang kau berkata kepada seorang yang dirahmati oleh Allah, dan yang dirahmati olehmu, "Jagalah isterimu dan hormatilah Allah," dan kau sembunyikan didalam dirimu apa yang Allah mahu. Lantas, kau takutkan manusia sedangkan kau sepatutnya hanyalah takut kepada Allah. Apabila Zaid telah selesai dengan isterinya, kami menyuruh kau supaya berkahwin dengannya, supaya dijadikan sebagai tauladan yang lelaki dibolehkan mengahwini isteri yang telah diceraikan oleh anak angkatnya. Perintah Allah mestilah dilaksanakan.