Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 39: Kumpulan Orang Ramai (Al-Zumar) — Tilawah dan bacaan Al-Quran

Sura 39: The Throngs (Al-Zumar)

YouTube · 20:39

Surah 39: Kumpulan Orang Ramai (Al-Zumar)

[39:1] Revelasi bagi kitab ini, adalah dari Allah, yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.

[39:2] Kami telah turunkan kepadamu kitab ini, dengan kebenaran; kamu mestilah sembah Allah; dengan mengabdikan agamamu kepadaNya sahaja.

[39:3] Sudah pasti, agama mestilah diabdikan kepada Allah sahaja. Orang orang yang mengada adakan pujaan pujaan disampingNya berkata, "Kami memuja mereka hanyalah untuk mendekatkan diri diri kami kepada Allah; kerana mereka mempunyai kedudukan yang lebih baik!" Allah akan mengadili tentang pertikaian pertikaian mereka. Sesungguhnya, Allah tidak akan membimbing pembohong pembohong sedemikian, pengingkar pengingkar.

[39:4] Jika Allah berkeinginan untuk mempunyai seorang anak lelaki, tentunya dia boleh memilih sesiapa saja yang dikehendakiNya diantara ciptaan ciptaanNya. Maha Suci bagiNya; Dia adalah Allah, yang Maha Esa, yang Maha Tinggi.

[39:5] Dia sahajalah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi dengan sebenarnya. Dia yang menggulungkan malam keatas siang hari, dan menggulungkan siang hari keatas malam. Dia komitkan matahari dan bulan, tiap tiap satu berjalan bagi masa yang telah dihadkan. Sudah pasti, Dia sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Pengampun.

[39:6] Dia menciptakan kamu dari seorang, lalu mencipta darinya pasangannya. Dia turunkan untuk kamu lapan jenis ternakan. Dia menciptakan kamu didalam rahim rahim ibu kamu, ciptaan demi ciptaan, didalam keadaan yang gelap. Demikian itu adalah Allah Tuhan kamu. KepunyaanNya segala kedaulatan. Tidak ada tuhan yang lain disampingNya. Bagaimanakah kamu boleh dilencongkan?

[39:7] Jika kamu mengingkarinya, Allah tidak memerlukan sesiapa pun. Tetapi Dia tidak suka melihat hamba hambaNya membuat keputusan yang salah. Jika kamu memutuskan untuk bersyukur, Dia meredhai kamu. Tidak ada roh akan menanggung dosa dosa sebarang roh yang lain. Akhirnya, kepada Tuhan kamu pengembalian kamu, lalu Dia akan memberithukan kepada kamu segala apa yang kamu telah lakukan. Dia amat sedar apa yang tersemat jauh didalam minda minda kamu.

Al-Quran: Perjanjian Terakhir — Surah 39