Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 39: Kumpulan Orang Ramai (Al-Zumar)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[39:1] Revelasi bagi kitab ini, adalah dari Allah, yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.

[39:2] Kami telah turunkan kepadamu kitab ini, dengan kebenaran; kamu mestilah sembah Allah; dengan mengabdikan agamamu kepadaNya sahaja.

Pujaan Pujaan Sebagai Pengantara Pengantara: Mitos Biasa

[39:3] Sudah pasti, agama mestilah diabdikan kepada Allah sahaja. Orang orang yang mengada adakan pujaan pujaan disampingNya berkata, "Kami memuja mereka hanyalah untuk mendekatkan diri diri kami kepada Allah; kerana mereka mempunyai kedudukan yang lebih baik!" Allah akan mengadili tentang pertikaian pertikaian mereka. Sesungguhnya, Allah tidak akan membimbing pembohong pembohong sedemikian, pengingkar pengingkar.

[39:4] Jika Allah berkeinginan untuk mempunyai seorang anak lelaki, tentunya dia boleh memilih sesiapa saja yang dikehendakiNya diantara ciptaan ciptaanNya. Maha Suci bagiNya; Dia adalah Allah, yang Maha Esa, yang Maha Tinggi.

Bentuk Bumi

[39:5] Dia sahajalah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi dengan sebenarnya. Dia yang menggulungkan malam keatas siang hari, dan menggulungkan siang hari keatas malam. Dia komitkan matahari dan bulan, tiap tiap satu berjalan bagi masa yang telah dihadkan. Sudah pasti, Dia sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Pengampun.

[39:6] Dia menciptakan kamu dari seorang, lalu mencipta darinya pasangannya. Dia turunkan untuk kamu lapan jenis ternakan. Dia menciptakan kamu didalam rahim rahim ibu kamu, ciptaan demi ciptaan, didalam keadaan yang gelap. Demikian itu adalah Allah Tuhan kamu. KepunyaanNya segala kedaulatan. Tidak ada tuhan yang lain disampingNya. Bagaimanakah kamu boleh dilencongkan?

Percaya Demi Untuk Kebaikan Kamu Sendiri

[39:7] Jika kamu mengingkarinya, Allah tidak memerlukan sesiapa pun. Tetapi Dia tidak suka melihat hamba hambaNya membuat keputusan yang salah. Jika kamu memutuskan untuk bersyukur, Dia meredhai kamu. Tidak ada roh akan menanggung dosa dosa sebarang roh yang lain. Akhirnya, kepada Tuhan kamu pengembalian kamu, lalu Dia akan memberithukan kepada kamu segala apa yang kamu telah lakukan. Dia amat sedar apa yang tersemat jauh didalam minda minda kamu.

[39:8] Apabila manusia telah disakiti, dia bermohon kepada Tuhannya, dengan penuh keikhlasan mengabdikan diri kepadaNya. Tetapi sejurus saja apabila Dia merahamatinya, dia melupakan permohonannya yang dahulu, dan mengada adakan pujaan pujaan untuk disamakan dengan Allah dan menyesatkan yang lainnya dari jalanNya. Katakanlah, "Bergembiralah dengan keingkaran kau untuk sementara waktu; kau telah mendapatkan neraka."

[39:9] Tidakkah lebih baik menjadi seorang dari orang orang yang bertaffakur diwaktu malam, sujud dan berjaga, dan mengambil berat tentang Akhirat, dan mencari belas kasih dari Tuhan mereka? Katakanlah, "Adakah orang orang yang tahu sama dengan orang orang yang tidak tahu?" Hanya orang orang yang mempunyai kecerdasan saja dapat mengambil perhatian.

[39:10] Katakanlah, "Wahai hamba hambaKu yang percaya, kamu mestilah menghormati Tuhan kamu." Bagi orang orang yang mengerjakan kebaikan didunia ini, ganjaran yang baik. Bumi Allah amatlah luas, dan orang orang yang sabar dan tabah hati akan menerima ganjaran mereka dengan mewahnya, dengan tidak terhad.

Allah Sahaja

[39:11] Katakanlah, "Aku telah diperintahkan untuk menyembah Allah, dan mengabdikan agama betul betul kepadaNya sahaja.

[39:12] "Dan aku telah diperintahkan untuk menjadi orang orang yang sungguh sungguh menyerahkan diri sepenuhnya kepada (Allah)."

[39:13] Katakanlah, "Aku takut, jika aku mengingkari Tuhanku, hukuman pada hari yang besar."

[39:14] Katakanlah, "Allah Sahajalah yang aku sembah, mengabdikan agamaku sungguh sungguh kepadaNya sahaja.

[39:15] Dari itu, sembahlah apa saja yang kamu inginkan disampingNya." Katakanlah, "Orang orang yang benar benar rugi adalah mereka yang merugikan roh roh mereka, dan keluarga mereka, pada Hari Kebangkitan kelak." Sudah pasti, ini adalah kerugian yang sebenarnya.

[39:16] Mereka akan mendapatkan kepulan api diatas mereka, dan dibawah mereka. Lantas Allah mengingatkan hamba hambaNya: Wahai hamba hambaKu, kamu mestilah menghormatiKu.

[39:17] Bagi orang orang yang meninggalkan penyembahan pujaan pujaan, dan mengabdikan diri diri mereka dengan sepenuhnya kepada Allah sahaja, mereka berhak mendapat kegembiraan. Berikanlah berita berita yang baik kepada hamba hambaKu.

Ikutilah Perkataan Dari Allah

[39:18] Mereka adalah orang orang yang meniliti semua perkataan perkataan, lalu mengikuti yang terbaik. Inilah orang orangnya yang mendapatkan petunjuk dari Allah; inilah orang orangnya yang mempunyai kecerdasan.

[39:19] Menyentuh keadaan orang orang yang patut menerima hukuman, bolehkah kau menolong orang orang yang telah berada didalam Neraka?

Orang Orang Yang Benar

[39:20] Bagi orang orang yang menghormati Tuhan mereka, mereka akan mempunyai rumah rumah besar diatas rumah rumah besar dibinakan untuk mereka, dengan air sungai sungai yang mengalir. Ini adalah janji Allah, dan Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.

[39:21] Tidakkah kamu lihat yang Allah menurunkan air dari langit, lalu menempatkannya didalam kolam kolam dibawah bumi dan mengeluarkannya tumbuh tumbuhan yang berbagai warna warni, lalu mereka itu tumbuh hinggakan bertukar menjadi kuning, dan Dia menukarkan mereka menjadi tumbuh tumbuhan yang kering? Ini sepatutnya menjadi peringatan bagi orang orang yang mempunyai kecerdasan.

[39:22] Jika Allah mengamankan sebuah hati dipenuhi dengan penyerahan (kepada Allah), dia akan mengikuti cahaya dari Tuhannya. Dari itu, malang sungguh bagi orang orang yang hati hati mereka menjadi keras terhadap mesej Allah; mereka telah jauh tersesat.

Hadis Terbaik

[39:23] Allah telah menurunkan didalam ini Hadis yang terbaik; sebuah buku yang konsisten, dan yang menunjukkan dua jalan (keSyurga dan Neraka). Kulit kulit orang orang yang menghormati Tuhan mereka mengedut kerananya, kemudian kulit kulit mereka dan hati hati mereka menjadi lembut untuk mesej Allah. Demikian itulah petunjuk dari Allah; Dia mengurniakannya keatas sesiapa saja yang Dia kehendaki. Bagi orang orang yang telah disesatkan oleh Allah, tidak ada apa yang dapat membimbing mereka.

[39:24] Apakah yang lebih baik dari menyelamatkan wajah seseorang dari hukuman yang amat dahsyat pada Hari Kebangkitan kelak? Orang orang yang melampau batas itu akan dikatakan, "Rasakan akibatnya bagi segala apa yang kamu telah usahakan."

[39:25] Yang lainnya sebelum mereka telah mengingkarkan dan, akibatnya, mereka dikenakan dengan siksaan apabila saja mereka tidak menjangkakan.

[39:26] Allah telah mengutuk mereka dengan kehinaan dikehidupan ini, dan hukuman diAkhirat kelak lebih lagi dahsyatnya, jika hanya mereka ketahui.

Quran: Maknanya Tidak Kabur

[39:27] Kami telah tunjukkan kepada mereka berbagai macam contoh tauladan didalam Quran ini, supaya mereka dapat merenungkan.

[39:28] Sebuah Quran berbahasa Arab, dengan tidak ada kekaburan, supaya mereka menjadi orang orang yang benar.

[39:29] Allah menunjukkan contoh bagi seorang lelaki yang menghadapi sekutu sekutu yang bertikaian (Hadis), dibandingkan dengan seorang lelaki yang menghadapi hanya satu sumber yang konsisten (Quran). Adakah mereka itu sama? Segala kepujian bagi Allah; kebanyakan dari mereka itu tidak mengetahuinya.

Hadis: Kekufuran Yang Besar

[39:30] Kau (Muhammad) tentu sekali akan mati, sama seperti mereka itu semuanya akan mati.

[39:31] Pada Hari Kebangkitan kelak, dihadapan Tuhan kamu, kesemua kamu akan bertikaian sesama sendiri.

[39:32] Siapakah yang paling zalim dari seorang yang atributkan kebohongan kepada Allah, sementara mengingkari kebenaran yang telah datang kepadanya? Tidakkah Neraka balasan yang adil untuk orang orang yang ingkar?

Quran: Kebenarannya Telah Di-Pastikan

[39:33] Bagi orang orang yang mempromosikan kebenaran, dan mempercayai kepadanya, mereka adalah orang orang yang benar.

[39:34] Mereka akan mendapatkan apa saja yang mereka inginkan, disisi Tuhan mereka. Demikian itu adalah ganjaran bagi orang orang yang benar.

[39:35] Allah menghilangkan dosa dari pekerjaan pekerjaan mereka, dan memberi ganjaran yang mewah kerana kerja kerja baik mereka.

Soalan Yang Nyata

[39:36] Tidakkah Allah sahaja mencukupi bagi hamba hambaNya? Mereka menakut nakutkan kamu dengan pujaan pujaan yang mereka ada adakan disampingNya. Sesiapa saja yang Allah telah membiarkan sesat, tidak ada suatu apa pun dapat membimbingnya.

[39:37] Dan sesiapa jua yang Allah membimbing, tidak ada apa pun yang dapat menyesatkannya. Tidakkah Allah yang Maha Kuat lagi Maha Pembalas?

Mereka Mempercayai Allah, Namun Demikian Mereka Masih Juga Ke-Neraka

[39:38] Jika kamu tanyakan mereka, "Siapakah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi?" mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Kenapa pula kamu mengada adakan pujaan pujaan disamping Allah? Jika Allah menghendaki sebarang kesukaran untukku, bolehkah mereka meringankan kesukaran yang sedemikian? Dan jika Dia kehendaki dengan merahmatiku, bolehkah mereka menghalang rahmat yang sedemikian?" Katakanlah, "Allah sahaja cukuplah bagiku." KepadaNya sahajalah orang orang yang yakin mesti meletakkan keyakinannya.

[39:39] Katakanlah, "Wahai orang orangku, lakukanlah yang terbaik dan aku akan juga melakukan yang terbaik untuk diriku; tentu sekali kamu akan mengetahuinya.

[39:40] "(Kamu akan mengetahui) siapakah yang akan dikenakan hukuman yang memalukan, dan akan menerima siksaan yang berkekalan."

[39:41] Kami telah turunkan kitab melaluimu untuk manusia, dengan kebenaran. Maka, sesiapa saja yang mendapat petunjuk telah mendapat bimbingan bagi kebaikan dirinya sendiri, dan sesiapa saja yang telah tersesat kesesatannya hanyalah akan menjejaskan dirinya sendiri. Kau bukanlah penyokong mereka.

[39:42] Allah akan mematikan roh roh mereka apabila sampai akhir kehidupan mereka, dan juga waktu tidur mereka. Lantas, Dia mengambil kembali beberapa dari mereka semasa tidur mereka, sementara yang lainnya dibiarkan berterusan dengan kehidupan sehinggalah akhirnya masa yang telah ditetapkan. Ini sepatutnya menjadi pengajaran bagi orang orang yang dapat merenungkan.

Mitos Bagi Perantaraan

[39:43] Adakah mereka mencipta perantara perantara untuk menjadi orang tengah diantara mereka dan Allah? Katakanlah, "Bagaimana jika mereka tidak mempunyai sebarang kuasa, tidak juga kefahaman?"

[39:44] Katakanlah, "Segala perantaraan kepunyaan Allah." KepunyaanNya segala kedaulatan bagi sekelian cekrawala dan bumi, kemudian kepadaNya kamu akan dikembalikan.

Kriteria Yang Terbesar

[39:45] Apabila Allah Sahaja disebutkan, hati hati orang orang yang tidak percayakan Akhirat merasa kecut dengan kebencian. Tetapi apabila saja yang lain disebutkan disampingNya, mereka merasa puas hati.

[39:46] Umumkanlah: "Tuhan kami, yang Meinisiasikan sekelian cekrawala dan bumi, yang Maha Mengetahui segala rahsia rahsia dan pengumuman pengumuman, Engkau sahajalah yang Maha Esa yang mengadilkan diantara hamba hambaMu berkenaan segala pertikaian mereka."

[39:47] Jika orang orang yang melampaui batas itu mempunyai segala galanya dibumi, walaupun dua kali lebih banyak, mereka akan bersedia untuk memberikan kesemuanya demi untuk mengelakkan dari hukuman yang dahsyat pada Hari Kebangkitan kelak. Mereka akan ditunjukkan oleh Allah apa yang tidak pernah mereka menjangkakan.

[39:48] Segala pekerjaan pekerjaan dosa yang mereka telah usahakan akan ditunjukkan kepada mereka, dan segala perkara yang mereka pernah mencemuhkan akan datang menghantui mereka.

Sifat Manusia Yang Suka Berubah

[39:49] Jika manusia telah dikenakan kesukaran, dia bermohon kepada kami, sejurus saja kami kurniakan rahmat keatasnya, dia berkata, "Aku mendapatkan ini kerana kepintaranku!" Sesungguhnya, ini hanyalah satu cubaan, tetapi kebanyakan dari mereka tidak mengetahuinya.

[39:50] Orang orang yang sebelum mereka telah mengatakan yang serupa, dan pendapatan pendapatan mereka tidak dapat menolong mereka walau sedikit pun.

[39:51] Mereka telah menderita akibat kerja kerja jahat yang mereka telah lakukan. Begitu juga, orang orang yang melampaui batas diantara generasi terkini akan menderita akibat dari kerja kerja jahat yang mereka lakukan; mereka tidak akan dapat melepaskan diri.

[39:52] Tidakkah mereka sedar yang Allah sahajalah yang menambahkan peruntukkan kepada sesiapa saja yang Dia pilih, dan menahannya? Ini adalah pengajaran pengajaran bagi orang orang yang percaya.

Belas Kasih Dari Allah Yang Tidak Terbatas

[39:53] Umumkanlah: "Wahai hamba hambaKu yang telah melampaui batas, janganlah berputus asa dari belas kasih Allah. Kerana Allah mengampuni segala dosa dosa. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

[39:54] Kamu mestilah menta'ati Tuhan kamu, dan menyerahlah kepadaNya sepenuhnya, sebelum hukuman menguasai kamu, lalu kamu tidak akan dapat ditolong.

[39:55] Dan ikutilah jalan yang terbaik yang telah ditunjukkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum hukuman menguasai kamu dengan tiba tiba apabila kamu tidak sekali kali menjangkakannya.

[39:56] Supaya tidak ada satu roh pun akan berkata, "Betapa menyesalnya aku ini kerana tidak mempedulikan perintah perintah Allah; pasti sekali aku adalah salah satu diantara pengejek pengejek."

[39:57] Ataupun berkata, "Kalaulah Allah membimbingku tentunya aku akan bersama sama dengan orang orang yang benar."

[39:58] Ataupun berkata, apabila ia melihat hukuman, "Jika aku mendapat peluang sekali lagi, aku akan melakukan pekerjaan yang benar."

[39:59] Sungguh benar (kau telah diberikan peluang yang cukup). Bukti buktiKu telah datang kepada kamu, tetapi kamu mengingkarkan mereka, berlaku sombong, dan menjadi orang orang yang ingkar.

[39:60] Pada Hari Kebangkitan kelak kamu akan melihat wajah wajah mereka yang menipu berkenaan Allah diselubungi dengan keazaban. Tidakkah Neraka yang paling tepat hukumannya bagi orang orang yang sombong?

[39:61] Dan Allah akan menyelamatkan orang orang yang telah memelihara ketakwahan; Dia akan menganugerahkan mereka. Tidak ada kesusahan akan mengena mereka, dan tidak juga mereka akan merasai sebarang kesedihan.

[39:62] Allah adalah yang Maha Pencipta bagi segala sesuatu, dan Dia sahajalah yang menguasai dengan sepenuhnya akan segala sesuatu.

[39:63] KepunyaanNya segala keputusan keputusan disekelian cekrawala dan bumi, dan orang orang yang mengingkarkan revelasi revelasi dari Allah adalah yang paling rugi.

[39:64] Katakanlah, "Adakah selain dari Allah yang kamu menggesa aku untuk menyembah, wahai kamu orang orang yang jahil?"

Semua Kebajikan Akan Terbatal Oleh Kerana Menyembah Pujaan

[39:65] Ianya telah diturunkan kepadamu, dan kepada orang orang sebelum kamu sekiranya jika kau mengkomit penyembahan pujaan, segala pekerjaan pekerjaan kau akan dibatalkan, dan kamu akan menjadi orang orang yang rugi.

[39:66] Dari itu, kamu mestilah sembah Allah sahaja, dan bersyukurlah.

Kebesaran Allah

[39:67] Mereka tidak akan boleh menduga kebesaran Allah. Seluruh bumi adalah didalam genggamanNya pada Hari Kebangkitan kelak. Sebenarnya, seluruh alam semesta terlipat didalam tangan kananNya. Maha Suci bagiNya; Dia adalah amat terlalu tinggi keatas dari memerlukan sebarang sekutu sekutu.

Hari Pengadilan

[39:68] Terumpit akan ditiupkan, dimana setiap sesuatu disekelian cekrawala dan bumi akan menjadi pengsan, melainkan orang orang yang akan dipilih oleh Allah. Maka ianya akan ditiupkan pada hari lain, dimana mereka semua akan dibangkitkan, memerhatikan.

[39:69] Maka bumi pun akan bersinar dengan cahaya dari Tuhannya. Rekod akan diumumkan, para nabi dan para saksi akan dibawa kedepan. Setiap orang akan diadili dengan seksama, dengan tidak sedikitpun ketidak adilan.

[39:70] Setiap roh akan dibayar dari apa saja yang dilakukan, kerana Dia amat sedar dengan sepenuhnya akan segala sesuatu yang mereka telah lakukan.

Orang Orang Yang Ingkar

[39:71] Orang orang yang ingkar akan dibawa keNeraka dengan kumpulan orang ramai. Apabila mereka berada disitu, pintu pintunya pun dibukakan, penjaga penjaganya akan berkata, "Tidakkah kamu menerima para rasul dari kalangan kamu, yang membacakan kepada kamu revelasi revelasi dari Tuhan kamu, dan memberi kamu amaran berkenaan pertemuan dihari ini?" Mereka akan berkata, "Ya memang benar. Tetapi perkataan 'azab' telah dicapkan keatas orang orang yang ingkar."

[39:72] Ia akan dikatakan, "Masuklah kepintu pintu Neraka, dimana kamu akan tinggal selama lamanya." Betapa malangnya destini untuk orang orang yang sombong.

Orang Orang Yang Percaya

[39:73] Orang orang yang menghormati Tuhan mereka akan dibawa keSyurga dengan kumpulan beramai ramai. Apabila mereka berada disitu, dan pintu pintu terbuka, penjaga penjaganya akan berkata, "Kesejahteraan bagi kamu; kamu telah berjaya. Dari itu, kamu tinggal didalamnya untuk selama lamanya."

[39:74] Mereka akan berkata, "Segala kepujian bagi Allah, yang telah menunaikan janjiNya kepada kami, dan menjadikan kami pewaris dibumi, menikmati Syurga sebagaimana yang kami senangi." Betapa indahnya ganjaran bagi para pekerja!

[39:75] Kamu akan melihat yang para malaikat terapung disekeliling tahta, mengagung dan memuji Tuhan mereka. Selepas pengadilan yang sewajarnya telah diisukan kepada semua, ia akan diumumkan: "Segala kepujian bagi Allah, Tuhan bagi semesta alam."