Al-Quran 39:48 — Kumpulan Orang Ramai (Al-Zumar)
Segala pekerjaan pekerjaan dosa yang mereka telah usahakan akan ditunjukkan kepada mereka, dan segala perkara yang mereka pernah mencemuhkan akan datang menghantui mereka.
[39:47] Jika orang orang yang melampaui batas itu mempunyai segala galanya dibumi, walaupun dua kali lebih banyak, mereka akan bersedia untuk memberikan kesemuanya demi untuk mengelakkan dari hukuman yang dahsyat pada Hari Kebangkitan kelak. Mereka akan ditunjukkan oleh Allah apa yang tidak pernah mereka menjangkakan.
[39:49] Jika manusia telah dikenakan kesukaran, dia bermohon kepada kami, sejurus saja kami kurniakan rahmat keatasnya, dia berkata, "Aku mendapatkan ini kerana kepintaranku!" Sesungguhnya, ini hanyalah satu cubaan, tetapi kebanyakan dari mereka tidak mengetahuinya.