Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 40: Pengampun (Ghafer)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[40:1] H. M. (Ha. Mim)

[40:2] Revelasi bagi kitab ini adalah dari Allah, yang Maha Kuat lagi Maha Mengetahui.

[40:3] Pengampun bagi dosa dosa, penerima taubat, amat tegas apabila mengenakan hukuman, dan mempunyai segala kuasa. Tidak ada tuhan disampingNya. KepadaNya sahajalah destini yang terakhir.

[40:4] Tiada siapa yang bertikaian tentang revelasi revelasi Allah melainkan orang orang yang ingkar. Janganlah menjadi gairah dengan kejayaan mereka yang ketara.

[40:5] Orang orang yang ingkar sebelum mereka adalah kaum Nuh, dan banyak lagi penentang penentang yang lain sesudah mereka. Tiap tiap komuniti telah menganiayai rasul mereka kerana keberkesanannya. Dan mereka bertikaian dengan kepalsuan, untuk mengalahkan kebenaran. Akibatnya, Aku akan menghukum mereka; dan betapa dahsyatnya hukumanKu!

[40:6] Lantas, keadilan bagi Tuhan kamu telah dicap keatas orang orang yang ingkar, yang mereka adalah penghuni penghuni Neraka.

Para Malaikat Berdoa' Untuk Orang Orang Yang Percaya

[40:7] Mereka yang berkhidmat kepada tahta dan semuanya mereka yang berada disekelilingnya mengagungkan dan memuji Tuhan mereka, dan percaya kepadaNya. Dan mereka meminta pengampunan untuk orang orang yang percaya: "Tuhan kami, belas kasihMu dan ilmu pengetahuanMu meliputi segala sesuatu. Ampunilah orang orang yang bertaubat dan mengikuti jalanMu, dan jauhkanlah mereka dari hukuman Neraka.

[40:8] "Tuhan kami, masukkanlah mereka didalam taman taman Adnin yang Engkau telah janjikan untuk mereka dan juga untuk ibu bapa ibu bapa mereka yang salih, pasangan pasangan, dan anak anak. Sesungguhnya Engkau sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.

[40:9] "Dan lindungilah mereka dari jatuh kedalam dosa. Sesiapa saja yang Engkau melindungi dari jatuh kedalam dosa, pada hari itu, telah mendapat belas kasih dariMu. Ini adalah kemenangan yang terbesar."

Allah Sahaja: Orang Orang Yang Ingkar Mengakui

[40:10] Orang orang yang ingkar akan dikatakan, "Kebencian Allah terhadap kamu lebih buruk lagi dari kebencian kamu sendiri terhadap diri diri kamu. Kerana kamu telah diundang untuk mempercayakan, tetapi kamu memilih untuk mengingkarkan."

Allah Sahaja: Orang Orang Yang Ingkar Mengalami Dua Kematian

[40:11] Mereka akan berkata, "Tuhan kami, Kau telah mematikan kami dua kali, and Engkau telah memberikan kami dua kehidupan; sekarang kami telah mengakui segala dosa dosa kami. Adakah sebarang jalan keluar?"

Allah Sahaja: Perhatikan Sebab SebabNya

[40:12] Ini adalah kerana apabila Allah SAHAJA yang diutarakan, kamu mengingkarkan, tetapi Apabila yang lainnya disebutkan disampingNya, kamu percaya. Dari itu, pengadilan Allah telah diisukan; Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

[40:13] Dia Sahajalah yang menunjukkan bukti buktiNya dengan tidak berhenti henti, dan menurunkan dari langit peruntukkan peruntukkan. Hanyalah orang orang yang benar benar menyerahkan diri dengan sepenuhnya kepada (Allah) sajalah yang akan dapat merenungkan.

[40:14] Dari itu, kamu mestilah mengabdikan penyembahan kamu benar benar kepada ALLAH SAHAJA, walaupun jika orang orang yang ingkar tidak menyukainya.

[40:15] Yang memiliki darjat darjat yang tertinggi dan Pemimpin yan memerintah seluruh tahta. Dia yang menurunkan inspirasi, membawa perintah perintahNya, kepada sesiapa saja yang Dia pilih diantara hamba hambaNya, untuk memberikan amaran tentang Hari Perhimpunan.

[40:16] Itulah harinya apabila setiap orang akan didedahkan dengan sepenuhnya; tidak ada seorang pun dari mereka yang dapat menyembunyikan sesuatu dari Allah. Kepunyaan siapakah segala kedaulatan pada hari itu? Kepada Allah, yang Esa, yang Maha Perkasa.

Bersedialah Untuk Hari Yang Besar

[40:17] Pada hari itu, setiap tiap roh akan dibalas mengikut segala apa saja yang telah diusahakan. Tidak ada ketidak adilan pada hari itu. Sesungguhnya, Allah amat cekap apabila menghitung.

Tidak Ada Perantaraan

[40:18] Berikanlah mereka amaran tentang hari yang telah dipastikan, apabila hati hati akan merasa kegerunan, dan banyak yang akan merasa menyesal. Orang orang yang melampaui batas tidak akan mempunyai kawan dan tidak juga seorang perantara pun untuk dita'ati.

[40:19] Dia amat sedar akan hal hal yang mana mata mata tidak dapat melihat, dan segala sesuatu yang minda minda merahsiakan.

[40:20] Allah yang mengadili dengan seksama, sementara pujaan pujaan yang mereka bermohon disampingNya tidak akan dapat mengadilkan sesuatu apa pun. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

[40:21] Tidakkah mereka menjelajahi bumi dan perhatikan akibat akibat bagi orang orang yang sebelum mereka? Mereka itu lebih lagi kuat dari mereka, dan lebih lagi produktif dibumi. Tetapi Allah menghukum mereka oleh kerana dosa dosa mereka, dan tidak ada apa pun yang dapat melindungi mereka dari Allah.

[40:22] Itu adalah kerana para rasul mereka datang kepada mereka dengan membawa bukti bukti, tetapi mereka mengingkarkannya. Akibatnya, Allah menghukum mereka. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Kuat, dan tegas apabila melaksanakan hukuman.

Musa

[40:23] Kami menghantarkan Musa dengan membawa tanda tanda kami dan autoriti yang nyata.

[40:24] Kepada Fir'aun, Haman, dan Qarun. Tetapi mereka berkata, "Ahli magik; seorang pembohong."

[40:25] Dan apabila dia menunjukkan kepada mereka kebenaran dari kami, mereka berkata, "Bunuhlah anak anak lelaki orang orang yang percaya bersama dia, dan biarkan anak anak perempuan mereka." Lantas, perancangan orang orang yang ingkar selalunya zalim.

Musa Menentang Fir'aun

[40:26] Fir'aun berkata, "Biarkan aku membunuh Musa, and biarkan dia bermohon kepada Tuhannya. Aku bimbang jangan sampai dia korupkan agama kamu, ataupun merebakkan kejahatan keseluruh bumi."

[40:27] Musa berkata, "Aku memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, dari setiap penyombong yang tidak mempercayakan Hari Perhitungan.

Allah Tidak Membimbing Para Pembohong

[40:28] Seorang lelaki yang percaya diantara orang orang Fir'aun, yang menyembunyikan keimanannya, berkata, "Mana mungkin kamu boleh membunuh seorang lelaki yang hanya kerana berkata, 'Tuhanku adalah Allah,' dan dia telah menunjukkan kamu bukti bukti yang jelas dari Tuhan kamu? Jika dia seorang pembohong, itu adalah urusannya, dan jika dia itu benar, kamu akan memanfaatkan janji janjinya. Tentu sekali, Allah tidak akan membimbing sebarang pelampau dan pembohong.

[40:29] "Wahai kaumku, hari ini kamu telah mempunyai kerajaan dan kekuasaan. Tetapi siapa yang dapat menolong kami terhadap hukuman Allah, jika semestinya ianya datang kepada kami?" Fir'aun berkata, "Kamu hanya boleh mengikuti apa yang aku nampak layak; aku akan membimbing kamu hanya kejalan yang betul."

[40:30] Seorang yang percaya itu berkata, "Wahai kaumku, aku takut kamu akan menerima nasib yang sama seperti penentang penentang yang terdahulu.

[40:31] "Penentang penentang bagi Nuh, dan 'Ad, Thamud, dan lainnya yang datang sesudah mereka. Sesungguhnya, Allah tidak menginginkan sebarang ketidak adilan kepada manusia.

[40:32] "Wahai kaumku, aku takutkan bagi kamu diHari Penghimpunan.

[40:33] "Itulah harinya apabila kamu berkeinginan supaya dapat berpusing balik dan lari.Tetapi tidak ada siapapun dapat melindungi kamu terhadap Allah. Sesiapa saja Allah biarkan sesat, tidak ada siapapun yang boleh membimbingnya."

Siapakah Rasul Yang Terakhir? Sifat Tragik Manusia

[40:34] Yusuf telah datang kepada kamu sebelum itu dengan membawa revelasi revelasi yang jelas, tetapi kamu berterusan menyimpan keraguan dengan mesejnya. Lalu, apabila dia telah wafat kamu berkata, "Allah tidak akan menghantar sebarang rasul yang lain sesudah dia. (Dia adalah rasul yang akhir)!" Lantas, Allah membiarkan sesat orang orang yang melampaui batas, dan yang meragukan.

[40:35] Mereka bertikaian tentang revelasi revelasi Allah, dengan tidak berasas. Ini adalah suatu sifat yang amat dibenci oleh Allah dan juga oleh orang orang yang percaya. Lantas, Allah menutupkan hati hati setiap tiap penyombong yang zalim.

[40:36] Fir'aun berkata, "Wahai Haman, binakan untukku menara yang tinggi, supaya dapat aku sampai untuk menemukan.

[40:37] "Aku hendak sampai kecekrawala, dan cuba melihatkan tuhannya Musa. Aku percaya yang dia itu pembohong." Lantas, itulah pekerjaan jahat dari Fir'aun dihiaskan benar pada mata matanya, maka dia telah dijauhkan dari mengikuti kejalan ( benar). Perancangan Fir'aun sebenarnya adalah jahat.

[40:38] Seorang yang percaya itu berkata, "Wahai kaumku, ikutilah aku, dan aku akan membimbing kamu kejalan yang benar.

[40:39] "Wahai kaumku, kehidupan yang pertama ini hanyalah illusi yang sementara, sesungguhnya, Akhirat adalah tempat tinggal yang berkekalan."

Urusan Yang Terbaik

[40:40] Sesiapa saja yang melakukan dosa akan dibalas hanya untuk itu saja, dan sesiapa saja yang mengerjakan pekerjaan pekerjaan yang benar - lelaki ataupun perempuan - sementara mempercayai, ini akan dimasukkan kedalam Syurga dimana mereka akan menerima segala peruntukkan peruntukkan dengan tidak terhad.

Seorang Mesir Yang Percaya Berdebatan Dengan Orang Orangnya

[40:41] "Wahai orang orangku, sementara aku mengundang kamu kepada keselamatan, kamu pula yang mengundangku keneraka.

[40:42] "Kamu mengundangku supaya menjadi tidak bersyukur kepada Allah, dan mengada adakan pujaan pujaan disampingNya yang aku tidak mengakuinya. Aku mengundang kamu kepada yang Maha Kuat lagi Maha Pengampun.

[40:43] "Tidak diragukan lagi apa yang kamu mengundangkan aku untuk mengerjakan tidaklah berasas didunia ini, dan tidak juga diAkhirat, kerana tempat kembali kami adalah kepada Allah, dan bagi orang orang yang melampaui batas telah menerima api neraka.

[40:44] "Suatu hari kamu akan teringat apa yang telah aku katakan kepada kamu sekarang ini. Aku tinggalkan keputusan dalam hal ini kepada Allah; sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Melihat kepada sekelian manusia."

[40:45] Lalu Allah melindunginya dari perancangan jahat mereka, sementara orang orang Fir'aun telah menerima siksaan yang amat dahsyat.

Sementara Di-Dalam Kubur: Berterusan Dengan Mimpi Ngeri

[40:46] Neraka akan ditunjukkan kepada mereka siang dan malam, dan diHari Kebangkitan kelak: "Masukkan orang orang Fir'aun kedalam azab yang amat dahsyat sekali."

[40:47] Sedang mereka bertengkaran didalam Neraka, pengikut pengikut akan berkata kepada pemimpin pemimpin mereka, "Kami pernah menjadi pengikut pengikut kamu, bolehkah kamu selamatkan kami sebarang bahagian dari Neraka ini?"

[40:48] Pemimpin pemimpin akan berkata, "Kami semuanya berada didalamnya bersama sama. Allah telah mengadili diantara manusia."

Sudah Terlambat

[40:49] Orang orang yang didalam api neraka akan berkata kepada penjaga penjaga Neraka, "Panggilah Tuhan kamu supaya dapat mengurangkan siksaan bagi kami, walaupun hanya satu hari."

[40:50] Mereka akan berkata, "Tidakkah kamu menerima para rasul kamu yang menyampaikan kepada kamu mesej mesej yang jelas?" Mereka akan menjawab, "Ya kami pernah menerima." Mereka akan berkata, "Maka mohonlah (berapa banyak yang kamu inginkan); permohonan orang orang yang ingkar selalunya sia sia belaka."

Di-Jamin Kemenangan; Di-Sini Dan Selama Lamanya

[40:51] Pasti sekali, kami akan memberikan kemenangan kepada para rasul kami dan kepada orang orang yang percaya, baik didunia ini dan dihari apabila para saksi dihimpunkan.

[40:52] Pada hari itu, orang orang ingkar yang memohan maaf tidak akan memanfaatkan mereka. Mereka telah dikenakan kutukkan; mereka akan mendapatkan destini yang amat azab sekali.

Pelajari Dari Sejarah

[40:53] Kami telah memberikan Musa petunjuk, dan menjadikan bani Israil mewarisi kitab.

[40:54] (Sejarah mereka) adalah pengajaran dan peringatan bagi orang orang yang mempunyai kecerdasan.

[40:55] Dari itu, bersabarlah, kerana janji Allah adalah benar, dan mintalah pengampunan bagi dosa dosa kamu, dan agungilah dan pujilah Tuhan kamu malam dan siang.

[40:56] Tentu sekali, orang orang yang bertengkaran berkenaan revelasi revelasi Allah dengan tidak mempunyai bukti telah menunjukkan kesombongan yang tersembunyi didalam dada dada mereka, dan mereka tidak akan menyedarinya. Dari itu, mintalah perlindungan dari Allah, sesungguhnya Dia sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Pembinaan Semesta Alam Yang Amat Mengkagumkan

[40:57] Ciptaan bagi sekelian cekrawala dan bumi lebih lagi mengerunkan daripada mencipta manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

[40:58] Yang buta dan yang melihat tidaklah sama. Tidak juga orang orang yang percaya dan yang membuat kerja yang benar disamakan dengan pendosa pendosa. Jarang sekali kamu dapat merenungkan.

[40:59] Pasti sekali, Waktu itu (Hari Pengadilan) sedang mendatang, tiada keraguan tentangnya, tetapi kebanyakan dari manusia tidak mempercayainya.

Rayuan: Satu Cara Penyembahan

[40:60] Tuhan kamu berkata, "Bermohonlah kepadaKu, dan Aku akan merespons kepadaMu. Tentu sekali, orang orang yang terlalu sombong untuk menyembahKu akan masuk keNeraka, dengan dipaksa."

[40:61] Allah Sahajalah yang menjadikan malam supaya kamu dapat rehat didalamnya, dan siang hari itu terang. Allah telah mengkurniakan berbagai macam rahmat keatas manusia, tetapi kebanyakan dari manusia itu tidak tahu berterima kasih.

[40:62] Demikian itulah Allah Tuhan kamu, Pencipta bagi segala sesuatu. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Bagaimana kamu boleh dilencongkan?

[40:63] Perlencongan adalah orang orang yang tidak mempedulikan revelasi revelasi Allah.

[40:64] Allah Sahajalah yang memberikan bumi untuk menjadikan tempat kediaman bagi kamu, dan langit satu struktor yang mengkagumkan, dan Dia membentukkan kamu, dan membentukkan kamu dengan cukup sempurna. Dia Sahajalah yang mengadakan untuk kamu peruntukkan peruntukkan yang baik. Demikian itulah Allah Tuhan kamu; yang Maha Tinggi adalah Allah, Tuhan bagi semesta alam.

[40:65] Dia sahajalah yang Hidup; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kamu mestilah sembah Dia sahaja, mengabdikan agama kamu betul betul kepadaNya sahaja. Segala kepujian bagi Allah, Tuhan bagi semesta alam.

Sebelum Allah Merahmati Keatasnya, Muhammad Pernah Menyembah Pujaan Pujaan

[40:66] Katakanlah, "Aku telah disuruh supaya jangan lagi menyembah pujaan pujaan yang kamu sembah disamping Allah, setelah revelasi revelasi yang jelas telah datang kepadaku dari Tuhanku. Aku telah diperintahkan untuk menyerahkan diriku dengan sepenuhnya kepada Tuhan semesta alam."

[40:67] Dia Sahajalah yang menciptakan kamu dari debu, dan kemudiannya dari cecair yang halus, dan kemudian dari gantungan embrio, lalu Dia membawa kamu keluar sebagai bayi, lalu Dia membiarkan kamu menjadi dewasa, kemudian kamu menjadi tua - ada dari kamu yang mati dahulu. Kamu telah diberikan umur yang telah ditetapkan, supaya kamu dapat memahaminya.

[40:68] Dia sahajalah yang menguasai kehidupan dan kematian. Untuk menjadikan sesuatu itu terjadi, Dia hanyalah berkata kepadanya, "Jadi," dan terjadilah ia.

[40:69] Tidakkah kamu perhatikan orang orang yang bertikaian terhadap bukti bukti dari Allah, dan bagaimana mereka telah dilencongkan?

[40:70] Mereka itulah orang orangnya yang telah mengingkarkan kitab, dan dengan mesej mesej yang kami telah hantarkan beserta para rasul kami. Dari itu, tentu sekali mereka akan dapat ketahui.

[40:71] Belenggu belenggu akan dipasangkan disekeliling leher leher mereka, dan rantai rantai akan digunakan untuk menyerat mereka.

[40:72] Kedalam bahang panas yang menjulang, kemudian kedalam Api, mereka akan dibakar.

[40:73] Mereka akan ditanyakan, "Dimanakah pujaan pujaan yang kamu pernah menyembah,

Mereka Menyembah Yang Tidak Ada

[40:74] "disamping Allah?" Mereka akan berkata, "Mereka telah tinggalkan kami. Sebenarnya, apabila kami menyembah mereka, kami telah menyembah yang tiada."Itulah sebabnya mengapa Allah biarkan orang orang yang ingkar itu tersesat.

[40:75] Ini adalah kerana kamu pernah bergembira dengan doktrin doktrin yang palsu, dibumi, dan kamu pernah memperomosikan mereka.

[40:76] Masuklah dipintu pintu Gehenna, dimana kamu akan tinggal berkekalan didalamnya. Betapa azabnya destini untuk orang orang yang sombong.

[40:77] Kau mestilah bersabar, kerana janji Allah adalah benar. Sama ada kami tunjukkan kepada kamu (siksaan) yang kami telah janjikan kepada mereka, ataupun kami matikan kau sebelum itu, mereka akan dikembalikan kepada kami.

Autoratif Dari Allah Untuk Mukjizat Matematik Di-Dalam Quran

[40:78] Kami telah menghantarkan para rasul sebelummu - ada dari mereka yang kami sebutkan kepada kamu, dan ada yang kami tidak sebutkan kepada kamu. Tidak ada satu rasul pun yang akan dapat menunjukkan sebarang mukjizat dengan tidak mendapat autoratif dari Allah. sejurus saja pengadilan Allah telah diisukan, dan kebenaran akan menguasai, maka para pemalsu akan terdedah dan dihina.

[40:79] Allah Sahajalah yang menciptakan binatang ternakan untuk kamu; ada yang kamu tunggang dan ada yang kamu makan.

[40:80] Mereka juga mengadakan untuk kamu tambahan kemanfaatan yang dapat memuaskan banyak bagi keperluan keperluan kamu. Diatas mereka, begitu juga diatas kapal kapal, kamu diangkatkan.

[40:81] Lantas Dia menunjukkan kepada kamu bukti buktiNya. Mana satukah dari bukti bukti Allah yang boleh kamu menafikan?

[40:82] Tidakkah mereka menjelajahi dibumi dan perhatikan akibat akibatnya orang orang yang telah mendahului mereka? Mereka itu pernah menjadi lebih besar dari segi bilangan, kekuasaan yang lebih besar, dan mempunyai harta peninggalan yang lebih banyak dibumi. Namun demikian, segala kejayaan kejayaan tidak dapat menolong mereka walau sedikit pun.

[40:83] Apabila para rasul mereka datang kepada mereka dengan membawa bukti bukti yang jelas, mereka bergembira dengan ilmu pengetahuan yang mereka telah warisi, dan perkara perkara yang mereka cemuhkan itulah yang akan menyebabkan kejatuhan mereka.

Ilahi Sahaja

[40:84] Kemudiannya, apabila mereka melihat siksaan kami mereka berkata, "Sekarang kami telah percaya kepada ALLAH SAHAJA, dan sekarang kami mengingkari penyembahan pujaan yang pernah kami amalkan."

Sudah Terlambat

[40:85] Kepercayaan mereka ketika itu tidak dapat menolong mereka walau sedikit pun, setelah mereka melihat siksaan dari kami. Demikian itulah sistem Allah yang telah dimantapkan untuk berurusan dengan makhluk makhlukNya; orang orang yang ingkar itu selalunya akan dibinasakan.