Surah 41: Perincian (Fussilat)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[41:1] H. M. (Ha Mim.)
[41:2] Sebuah revelasi dari yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[41:3] Sebuah kitab yang ayat ayatnya mengandungi kesempurnaan dan terperinci, didalam Quran yang berbahasa Arab, bagi manusia yang tahu.
[41:4] Pembawa bagi berita berita baik, dan juga sebagai pemberi amaran. Bagaimana pun, kebanyakan dari mereka berpusing balik; mereka tidak mahu mendengarkan.
[41:5] Mereka berkata, "Minda minda kami telah tetap, telinga telinga kami telah menjadi tuli dengan mesej, dan penghalang telah memisahkan kami darimu. Buatlah apa saja yang kau mahu, dan begitu juga dengan kami."
[41:6] Katakanlah, "Aku tidak lebih dari seorang manusia seperti kamu, yang telah diinspirasikan bahwa Tuhan kamu adalah tuhan yang Esa. Kamu mestilah mengabdikan diri diri kamu kepadaNya sahaja, dan mintalah pengampunanNya. Malang sungguh bagi penyembah penyembah pujaan.
[41:7] "Yang tidak memberikan derma yang diwajibkan (Zakat), dan berkenaan Akhirat, mereka orang orang yang mengingkarkan."
[41:8] Bagi orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, mereka sepatutnya mendapat ganjaran yang baik.
[41:9] Katakanlah, "Kamu mengingkari kepada yang Maha Esa yang menciptakan bumi selama dua hari, dan kamu mengada adakan pujaan pujaan yang disamakan denganNya, walaupun Dia sahajalah Tuhan semesta alam."
[41:10] Dia meletakkan penstabil penstabil (gunung gunung), menjadikannya produktif, dan Dia yang mengukurkan peruntukkan peruntukkannya selama empat hari, untuk memuaskan keperluan keperluan bagi segala penduduk penduduk.
[41:11] Lalu Dia berpaling kepada langit, apabila ianya masih lagi berupa gas, dan mengatakan kepadanya, dan kepada bumi, "Datanglah kepada kewujudan, redha ataupun tidak meredhai." Mereka berkata, "Kami datang dengan redha."
[41:12] Lantas, Dia menyelesaikan tujuh cekrawala dalam masa dua hari, dan mengadakan undang undang disetiap tiap cekrawala. Dan kami menghiaskan cekrawala yang terendah sekali dengan lampu lampu, dan meletakkan penjaga penjaga disekelilingnya. Demikian itulah reka bentuk dari yang Maha Kuat lagi Maha Mengetahui.
Amaran
[41:13] Jika mereka berpaling, maka katakanlah, "Aku memberikan kamu amaran tentang malapetaka seperti mana malapetaka yang telah menghapuskan kaum 'Ad dan Thamud."
[41:14] Para rasul mereka datang kepada mereka, seperti mana sebelum dan sesudah mereka, dengan mengatakan, "Kamu janganlah sembah melainkan Allah." Mereka berkata, "Kalaulah Tuhan kami kehendaki, Dia boleh menghantar kan para malaikat. Kami mengingkari apa yang kamu katakan."
[41:15] Bagi (kaum) 'Ad, mereka itu berlaku sombong diatas bumi, menentang kebenaran, dan berkata, "Siapakah yang lebih berkuasa dari kami?" Tidakkah mereka sedar bahwasanya Allah, yang menciptakan mereka itu, lebih lagi berkuasa dari mereka? Mereka tidak bersyukur dengan revelasi revelasi kami.
[41:16] Akibatnya, kami turunkan angin taufan keatas mereka, buat beberapa hari hari yang dahsyat. Lantas kami menimpakan mereka dengan hukuman yang menghina dikehidupan ini, dan hukuman diAkhirat kelak lebih lagi menghina kan; mereka tidak akan mendapat kemenangan.
[41:17] Bagi kaum Thamud, kami memberikan mereka petunjuk, tetapi mereka memilih kebutaan dari petunjuk. Akibatnya, mala petaka dan hukuman yang memalukan menghapuskan mereka, oleh kerana apa yang mereka telah usahakan.
[41:18] Kami sentiasa menyelamatkan orang orang yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar.
[41:19] Harinya akan datang apabila musuh musuh Allah akan dihimpunkan keapi neraka, dengan dipaksa.
[41:20] Sejurus saja mereka berada disana, pendengaran mereka sendiri, mata mata, dan kulit kulit akan menjadi saksi kepada apa yang telah mereka lakukan.
Video Rekod
[41:21] Mereka akan berkata kepada kulit kulit mereka, "Kenapalah kamu menjadi saksi untuk menentang kami?" Mereka akan menjawab, "Allah yang menjadikan kami bercakap; Dia sahajalah yang menyebabkan segalanya berkata kata. Dia sahajalah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan sekarang kamu telah dikembalikan kepadaNya."
[41:22] Tidak ada cara lain bagi kamu untuk bersembunyi dari pendengaran kamu sendiri, mata mata kamu, ataupun kulit kulit kamu. Sebenarnya, kamu berfikir yang Allah tidak menyedari betapa banyak yang telah kamu lakukan.
[41:23] Cara pemikiran yang begini berkenaan Tuhan kamu itulah yang akan menyebabkan kamu jatuh, dan kamu akan menjadi orang orang yang rugi.
[41:24] Jika mereka berterusan dengan cara mereka, Neraka akan menjadi destini mereka, dan jika mereka cuba membuat alasan, mereka tidak akan dapat kelepasan.
Teman Teman Jin
[41:25] Kami telah tetapkan untuk mereka teman teman yang menghiaskan baik dimata mata mereka akan segala apa yang telah mereka lakukan. Lantaran itu, mereka berakhir dengan dikenakan nasib yang serupa seperti komuniti komuniti dari para jin dan manusia, yang juga dari kalangan orang orang yang rugi.
[41:26] Orang orang yang mengingkarkan berkata, "Janganlah dengarkan Quran ini dan putarbelitkannya, supaya kamu berjaya."
[41:27] Kami tentu sekali akan mengenakan orang orang yang ingkar ini dengan hukuman yang dahsyat. Tentu sekali akan kami membalas mereka kerana kerja kerja jahat mereka.
[41:28] Demikian itulah balasan yang menunggu musuh musuh Allah. Neraka akan menjadi tempat tinggal mereka yang berkekalan; balasan yang adil kerana tidak mempedulikan revelasi revelasi kami.
Pada Hari Pengadilan
[41:29] Orang orang yang ingkar akan berkata, "Tuhan kami, tunjukkanlah kami diantara dua bangsa - para jin dan manusia - yang telah menyesatkan kami, supaya dapat kami memijak mijakkan mereka dibawah kaki kaki kami, dan menjadikan mereka yang paling kebawah."
Kebahagiaan Yang Sempurna: Sekarang Dan Selama Lamanya
[41:30] Orang orang yang mengumumkan: "Tuhan kami adalah Allah," lalu menjalani kehidupan yang benar, para malaikat turun keatas mereka: "Kamu mestilah jangan merasa takut, dan jangan juga kamu mesti bersedih. Bergembiralah dengan berita berita baik yang Syurga itu telah dikhaskan untuk kamu.
[41:31] "Kami adalah pihak berikatan kamu dikehidupan ini, dan juga diAkhirat. Kamu akan mendapat segala apa yang kamu inginkan didalamnya; kamu akan mendapatkan apa yang kamu mahukan.
[41:32] "(Demikian itu kepunyaan kamu) tempat tinggal yang terakhir, dari yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Orang Orang Yang Menyerah Sepenuhnya Kepada (Allah)
[41:33] Siapakah yang boleh mengatakan perkataan perkataan yang lebih baik dari seorang yang mengundang kepada Allah, dan membuat kerja kerja yang benar, dan mengatakan, "Aku adalah seorang yang menyerahkan diriku sepenuhnya kepada (Allah)?"
[41:34] Tidaklah sama respons yang baik dengan respons yang tidak baik. Kamu mestilah menggunakan cara respons yang terbaik. Lantas, seorang yang pernah menjadi musuh kamu, mungkin akan menjadi rakan karib kamu.
[41:35] Tidak ada seorang pun yang dapat mencapaikan ini melainkan orang orang yang sabar dan tabah hati. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mencapaikan ini melainkan orang orang yang sangat beruntung.
Apabila Syaitan Menggoda Kamu
[41:36] Apabila syaitan membisikkan suatu idea kepada kamu, kamu mestilah memintakan perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Bukti Bukti Dari Allah
[41:37] Diantara bukti buktiNya adalah malam dan siang hari, matahari dan bulan. Janganlah sujud kepada matahari, dan jangan juga kepada bulan; kamu mestilah jatuh sujud kepada Allah yang telah menciptakan mereka, jika sememangnya benar benar kamu menyembahNya sahaja.
[41:38] Jika mereka terlalu sombong untuk melakukan itu, maka orang orang yang dekat kepada Tuhan kamu mengagungkanNya malam dan siang hari, dengan tidak sedikit pun merasa penat.
[41:39] Diantara bukti buktiNya adalah kamu melihat tanah itu tetap, lalu, apabila saja kami menghujaninya dengan air, ianya bergerak dengan kehidupan. Tentu sekali, yang Maha Esa yang menghidupkannya dapat menghidupkan yang mati. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Berkuasa.
[41:40] Tentu sekali, orang orang yang memutarbelitkan revelasi revelasi kami tidak akan dapat sembunyi dari kami. Adakah seorang yang dicampakkan kedalam Neraka lebih baik, ataupun seorang yang datang dengan terjamin pada Hari Kebangkitan? Lakukanlah apa saja yang kamu inginkan; Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Melihat segala apa yang kamu lakukan.
Mukjizat Matematika Bagi Quran
[41:41] Orang orang yang mengingkari bukti bukti dari Quran setelah ianya datang kepada mereka, telah juga mengingkari buku yang Mulia.
[41:42] Tidak ada kepalsuan akan dapat memasukinya, pada masa lalu ataupun pada masa yang akan datang; sebuah revelasi dari yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji. Rasul Allah Yang Di-Janjikan
Rasul Allah Perjanjian*
[41:43] Apa yang telah dikatakan kepadamu adalah seperti mana yang telah diperkata kan dengan tepatnya kepada para rasul yang terdahulu. Tuhan kamu mempunyai pengampunan, dan Dia juga mempunyai hukuman yang amat menyakitkan.
Bahasa Tidak Ada Kena Mengena.
[41:44] Jika kami menjadikan Quran ini kebahasa bukan Arab mereka akan mengatakan, "Kenapa pula ianya diturunkan kedalam bahasa begitu?" Sama ada ianya adalah bahasa Arab ataupun bukan bahasa Arab, katakanlah, "Bagi orang orang yang percaya, ianya adalah sebagai petunjuk dan penawar. Dan bagi orang orang yang ingkar, mereka itu akan menjadi tuli dan buta kepadanya, seolah olah mereka itu telah diperkenalkan dari jauh."
[41:45] Kami telah memberikan kepada Musa kitab dan ianya telah dipertikaikan. Jika tidaklah kerana keputusan dari Tuhan kamu yang telah ditetapkan, mereka akan diadilkan dengan segera. Sesungguhnya, mereka telah menyimpan terlalu banyak keraguan.
[41:46] Sesiapa saja yang melakukan kerja kerja yang benar, telah melakukan untuk kebaikannya sendiri, dan sesiapa saja yang mengerjakan kerja kerja yang jahat hanyalah menjejaskan dirinya sendiri. Tuhan kamu tidak pernah melakukan ketidak adilan terhadap manusia.
Pujaan Pujaan Menafikan Pengikut Pengikut Mereka
[41:47] DenganNya adalah ilmu pengetahuan tentang Waktu itu (akhirnya dunia). Tidak ada buah buahan yang akan terkeluar dari sarung sarung mereka, dan tidak juga sebarang wanita yang mengandung ataupun yang melahirkan, dengan tidak dari pengetahuanNya. Harinya akan tiba apabila Dia akan menanyakan mereka: "Dimanakah pujaan pujaan yang kamu mengada adakan disambingKu?" Mereka akan berkata,"Kami mengumumkan kepada Engkau bahwasanya tidak ada seorang pun dari kami yang bersaksikan tentang itu."
[41:48] Pujaan pujaan yang mereka telah memujanya akan menafikan mereka, dan mereka akan sedar bahwasanya mereka tidak akan dapat melepaskan diri lagi.
Kawan Di-Waktu Senang
[41:49] Manusia itu tidak pernah penat dari memohon kepada barang barang yang baik baik. Dan apabila kesukaran menimpanya, dia menjadi putus asa dan keresahan.
[41:50] Dan apabila kami merahmatinya sesudah menderitai beberapa kesukaran, dia berkata, "Ini kepunyaanku. Aku tidak percaya yang Waktu akan pernah berlaku. Walaupun jika aku akan dipulangkan kepada Tuhanku, aku akan mendapat lebih baik lagi disisiNya." Sudah pasti, kami akan memberitahukan kepada orang orang yang ingkar berkenaan segala pekerjaan pekerjaan mereka, dan akan mengkomitkan mereka kepada hukuman yang amat dahsyat sekali.
[41:51] Apabila kami merahmati manusia, dia berpaling jauh, dan mengikuti arus yang jauh dan lebih jauh lagi, dan apabila dia menderita dengan sebarang kesukaran, dia bermohon sekuat kuatnya.
[41:52] Umumkanlah, "Apa kata jika ini adalah benar benar dari Allah, lalu kamu bercadang untuk mengingkarkannya? Siapakah yang paling sesat dari orang orang yang telah mengambil keputusan untuk menentang ini?"
Ramalan Yang Besar
[41:53] Kami akan tunjukkan kepada mereka bukti bukti kami dikaki kaki cekrawala, dan didalam diri diri mereka sendiri, sehingga mereka akan sedar yang ini adalah satu kebenaran. Tidakkah Tuhan kamu sahaja mencukupi, sebagai saksi diatas segala sesuatu?
[41:54] Sesungguhnya, mereka sedang meragukan berkenaan pertemuan dengan Tuhan mereka. Dia sahajalah yang amat sedar akan segala sesuatu.