Al-Quran 41:44 — Perincian (Fussilat)
Jika kami menjadikan Quran ini kebahasa bukan Arab mereka akan mengatakan, "Kenapa pula ianya diturunkan kedalam bahasa begitu?" Sama ada ianya adalah bahasa Arab ataupun bukan bahasa Arab, katakanlah, "Bagi orang orang yang percaya, ianya adalah sebagai petunjuk dan penawar. Dan bagi orang orang yang ingkar, mereka itu akan menjadi tuli dan buta kepadanya, seolah olah mereka itu telah diperkenalkan dari jauh."
[41:43] Apa yang telah dikatakan kepadamu adalah seperti mana yang telah diperkata kan dengan tepatnya kepada para rasul yang terdahulu. Tuhan kamu mempunyai pengampunan, dan Dia juga mempunyai hukuman yang amat menyakitkan.
[41:45] Kami telah memberikan kepada Musa kitab dan ianya telah dipertikaikan. Jika tidaklah kerana keputusan dari Tuhan kamu yang telah ditetapkan, mereka akan diadilkan dengan segera. Sesungguhnya, mereka telah menyimpan terlalu banyak keraguan.