Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 42: Perundingan (Al-Shoora)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[42:1] H. M. (Ha. Mim.)

[42:2] 'A. S. Q. ('Ain. Sin. Qaf.)

[42:3] Meinspirasikan kepadamu, dan orang orang sebelummu, sesungguhnya Allah adalah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.

[42:4] KepunyaanNya segala yang berada disekelian cekrawala dan segala galanya dibumi, dan Dia sahajalah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

[42:5] Sekelian cekrawala diatas mereka hampir hampir berkecai, kerana menghormatiNya, dan para malaikat memuji dan mengagungkan Tuhan mereka, dan mereka memintakan pengampunan untuk manusia dibumi. Sebenarnyalah, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[42:6] Orang orang yang mengada adakan tuhan yang lain disampingNya, Allah sahajalah yang bertanggung jawab terhadap mereka; kamu bukanlah penyokong mereka.

[42:7] Lantas kami turunkan kepadamu Quran yang berbahasa Arab untuk memberikan amaran kepada komuniti yang utama dan semua yang disekelilingnya, dan untuk memberikan amaran berkenaan Hari Penghimpunan yang tidak boleh dielakkan lagi. Ada yang berakhir diSyurga dan ada yang keNeraka.

[42:8] Kalaulah Allah menghendaki, Dia boleh menjadikan mereka semua satu komuniti.Tetapi Dia selamatkan dengan belas kasihNya sesiapa saja yang dikehendakiNya. Bagi orang orang yang melampaui batas, mereka tidak mempunyai tuan, dan tidak juga mendapatkan penolong.

[42:9] Adakah mereka mendapati tuhan tuhan yang lain disampingNya? Hanya Allah sahajalah Tuhan dan Tuan. Dia Sahajalah yang membangkitkan yang mati, dan sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Kuat yang Esa.

[42:10] Jika kamu bertikaian dengan sebarang bahagian dari mesej ini, pengadilan kerana melakukan ini terpulanglah kepada Allah. Demikian itulah Allah Tuhanku. KepadaNya aku meletakkan kepercayaan, dan kepadaNya sahajalah aku serahkan diriku dengan sepenuhnya.

Tidak Ada Suatu Pun Yang Sama Dengan Allah

[42:11] Yang meinisiasikan sekelian cekrawala dan bumi. Dia menciptakan kamu dari antara kamu sendiri pasangan pasangan - dan juga binatang binatang. Lantas, Dia mengadakan untuk kamu cara usaha supaya dapat kamu menggandakan. Tidak ada suatu apa pun boleh disamakan denganNya. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

[42:12] KepunyaanNya segala kekuasaan bagi sekelian cekrawala dan bumi. Dia Sahajalah yang menambahkan peruntukkan untuk sesiapa jua mengikut kehendakNya, ataupun mengurangkannya. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang amat menyedari akan segala sesuatu.

Hanya Satu Agama

[42:13] Dia mendekrikan untuk kamu agama yang sama sebagaimana yang telah didekrikan kepada Nuh, dan apa yang telah kami meinspirasikan kepadamu, dan apa yang telah kami mendekrikan kepada Ibrahim, Musa dan Isa: "Kamu mestilah mendukung agama yang satu ini, dan janganlah berpecah belah dengannya."

Monoteis Dan Penyembah Pujaan

[42:14] Ironiknya, mereka berpecah belah menjadi sekta sekta hanyalah sesudah ilmu pengetahuan datang kepada mereka, oleh kerana cemburu dan kegeraman diantara mereka. Jika tidak kerana keputusan masanya yang telah tetapkan dari Tuhan kamu untuk memberikan penangguhan kepada mereka dengan masa yang telah dipastikan, tentu sekali mereka akan diadilkan dengan segera. Sesungguhnya, generasi generasi terkemudian yang telah mewarisi kitab itulah yang sedang berada dalam keadaan yang penuh keraguan.

Mesej Untuk Orang Orang Kristian Dan Yahudi

[42:15] Ini adalah apa yang kamu mesti berdakwah, dan bersabarlah dengan apa yang kamu telah diperintahkan untuk melakukan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka. Dan umumkanlah: "Aku percaya kepada semua kitab kitab yang diturunkan oleh Allah. Aku telah diperintahkan supaya mengadili diantara kamu dengan seksama. Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Kami mempunyai perbuatan kami dan kamu mempunyai perbuatan kamu. Sepatutnya tidak ada pertikaian diantara kami dan kamu. Allah akan menghimpunkan kita semua bersama sama; KepadaNya sahajalah destini yang terakhir."

[42:16] Orang orang yang bertikaian berkenaan Allah, sesudah menerima mesejNya, pertikaian mereka telah dinafikan disisi Tuhan mereka. Mereka telah mendapat kutukkan, dan sepatutnyalah menerima hukuman yang dahsyat.

[42:17] Allah Sahajalah yang menurunkan kitab, untuk menyampaikan kebenaran dan perundangan. Bagi segala apa yang kamu ketahui, Waktu (Hari Pengadilan) mungkin terlalu dekat.

Orang Orang Yang Percaya Sedar Akan Hari Pengadilan

[42:18] Mencabarnya adalah orang orang yang tidak percaya kepadanya. Bagi orang orang yang percaya, mereka amat mengambil berat tentangnya, dan mereka tahu yang itu adalah kebenaran. Sudah tentu, orang orang yang menafikan Waktu telah tersesat jauh.

[42:19] Allah amat sedar terhadap semua makhluk makhlukNya; Dia memberikan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Berkuasa.

[42:20] Sesiapa saja yang mencari anugerah anugerah diAkhirat, kami akan melipat gandakan anugerah anugerah baginya. Dan sesiapa saja yang mencari kebendaan didunia ini, kami akan memberikan dia darinya, lalu dia tidak akan mendapat bahagian diAkhirat kelak.

Pujaan Pujaan: Menginnovasikan Undang Undang Baru Untuk Agama

[42:21] Mereka mengikuti pujaan pujaan yang mendekrikan undang undang agama untuk mereka yang tidak pernah diberikan autoriti oleh Allah. Jika tidak kerana keputusan yang telah ditetapkan, mereka tentunya akan diadili dengan segera. Sesungguhnya, orang orang yang melampaui batas telah dikenakan hukuman yang amat menyakitkan.

[42:22] Kamu akan melihat orang orang yang melampaui batas bimbangkan segala apa yang mereka telah komitkan; segalanya akan kembali menghantui mereka. Bagi orang orang yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar, mereka akan berada ditaman taman Syurga. Mereka akan menerima apa saja yang diinginkan dari Tuhan mereka. Ini adalah rahmat yang besar.

[42:23] Ini adalah berita berita baik dari Allah kepada hamba hambaNya yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar. Katakanlah, "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran. Aku hanya meminta tiap tiap dari kamu supaya menjaga saudara mara kamu sendiri." Sesiapa yang melakukan kerja kerja yang benar, kami akan menggandakan anugerahnya.Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Bersyukur.

Allah Memadamkan Kepalsuan dan Menguatkan Kebenaran

[42:24] Adakah mereka mengatakan, "Dia (Rashad) telah membuat pembohongan Terhadap Allah!"? Jika Allah menghendaki, Dia boleh menutupkan minda kau, tetapi Allah memadamkan kepalsuan dan menguatkan kebenaran dengan perkataan perkataanNya. Dia amat mengetahui akan fikiran fikiran yang jauh terpendam.

[42:25] Dia Sahajalah yang menerima taubat dari hamba hambaNya, dan meringankan dosa dosa. Sesungguhnya, Dia amat sedar dengan sepenuhnya segala apa yang kamu lakukan.

[42:26] Yang merespons kepadaNya adalah orang orang yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar. Dia akan mencucuri rahmat keatas mereka. Bagi orang orang yang ingkar, mereka akan dikenakan hukuman yang amat dahsyat.

[42:27] Jika Allah menambahkan peruntukkan untuk hamba hambaNya, mereka akan menjadi keterlaluan dibumi. Inilah sebabnya mengapa Dia menurunkannya dengan ukuran yang tepat kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya, Dia amat Perihatin dan yang Maha Melihat akan hamba hambaNya.

[42:28] Dia Sahajalah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan merebakkan belas kasihNya. Dia sahajalah Tuan dan yang Maha Terpuji.

[42:29] Diantara bukti buktiNya adalah penciptaan sekelian cekrawala dan bumi, dan makhluk makhluk yang Dia membiakkan didalam mereka. Dia sememangnya boleh menghimpunkan mereka, apabila saja Dia kehendaki.

Hanya Akibatnya

[42:30] Segala ketidak baikan yang berlaku kepada kamu adalah akibat dari perbuatan kamu sendiri, dan Dia memaafkan banyak dari (dosa dosa kamu).

[42:31] Kamu tidak akan boleh terlepas, dan kamu tidak ada sesiapapun disamping Allah sebagai Tuhan dan Tuan.

[42:32] Diantara bukti buktiNya adalah kapal kapal yang belayar dilautan yang layarnya seperti bendera bendera.

[42:33] Jika Dia menghendaki, Dia boleh menjadikan angin tidak bergerak, membiarkan mereka berdiam diatas air. Ini adalah bukti bukti bagi orang orang yang sabar dan tahu bersyukur.

[42:34] Dia boleh menghapuskan mereka, akibat dari kerja kerja mereka sendiri. Sebaliknya, Dia memaafkan banyak dari (dosa dosa mereka).

[42:35] Orang orang yang bertikaian dengan bukti bukti kami akan mendapati yang mereka itu tidak mempunyai asas.

[42:36] Apa saja yang diberikan kepada kamu tidak lebih dari kebendaan yang sementara waktu saja bagi kehidupan ini. Apa yang Allah punyai lebih jauh lagi kebaikannya dan berkekalan, bagi orang orang yang percaya dan yang menyakini Tuhan mereka.

Sifat Sifat Orang Orang Yang Percaya

[42:37] Mereka menjauhi dosa dosa besar dan maksiat, dan apabila marah mereka memaafkan.

[42:38] Mereka merespons kepada Tuhan mereka dengan Mengerjakan Sembahyang (Salat). Urusan urusan mereka akan ditentukan sesudah mengadakan perbincangan diantara mereka, dan dari rezeki rezeki kami kepada mereka, mereka memberikan (derma).

[42:39] Apabila ketidak adilan yang besar menimpa mereka, mereka berdiri untuk menuntut hak hak mereka.

[42:40] Walaupun adil untuk membalas kejahatan dengan hukuman yang sama jahat, orang orang yang memaafkan dan mengamalkan amalan yang benar akan mendapat anugerah dari Allah. Dia tidak cinta kepada orang orang yang zalim.

[42:41] Sudah pasti, orang orang yang berdiri untuk menuntut hak hak mereka, apabila ketidak adilan menimpa mereka, tidaklah mengkomit sebarang kesilapan.

[42:42] Pesalah pesalah adalah mereka yang berlaku ketidak adilan terhadap manusia, dan yang melakukan kezaliman dengan tidak diprovokasikan. Mereka ini akan menerima hukuman yang amat menyakitkan.

[42:43] Mengamalkan kesabaran dan kemaafan menunjukkan kekuatan peribadi yang sebenar.

[42:44] Sesiapa saja yang telah dibiarkan sesat oleh Allah tidak akan mendapat tuhan yang lain, dan kamu akan melihat orang orang yang melampaui batas yang sedemikian itu, apabila mereka melihat siksaan, akan mengatakan, "Bolehkah kami mendapat peluang sekali lagi?"

[42:45] Kamu akan melihat mereka menghadapinya, dengan kehinaan dan terusir, dan memerhatikan, namun cuba untuk tidak melihatkan. Orang orang yang percaya akan mengumumkan: "Yang benar benar rugi adalah orang orang yang kehilangan roh roh mereka dan juga keluarga mereka pada Hari Kebangkitan kelak. Orang orang yang melampaui batas sepatutnyalah mendapatkan siksaan yang berkekalan."

[42:46] Tidak ada pihak berikatan yang akan dapat menolong mereka terhadap Allah. Sesiapa saja yang Allah biarkan sesat tidak akan dapat bimbingan.

[42:47] Kamu mestilah merespons kepada Tuhan kamu sebelum datangnya hari yang mana telah didekrikan oleh Allah dan juga tidak boleh dielakkan lagi. Pada hari itu tidak akan ada perlindungan dan tidak juga penyokong.

Satu Satunya Misi Bagi Rasul

[42:48] Jika mereka berpaling, kami tidak menghantarkan kau sebagai penjaga mereka. Satu satunya misi dikau hanyalah untuk menyampaikan mesej. Apabila kami cucuri manusia dengan belas kasih, mereka menjadi sombong, dan apabila kesukaran mengena mereka, akibat dari perbuatan perbuatan mereka sendiri, manusia itu menjadi pengingkar pengingkar.

[42:49] Kepunyaan Allah kedaulatan bagi sekelian cekrawala dan bumi. Dia mencipta apa saja yang Dia kehendaki, memberikan anak anak perempuan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki, dan memberikan anak anak lelaki kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki.

[42:50] Ataupun, Dia boleh memberikan lelaki dan perempuan berkahwin satu dengan lainnya, dan memberikan sesiapa saja yang Dia kehendaki menjadi mandul. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Bagaimana Allah Berkomunikasi Kepada Kita

[42:51] Tidak ada manusia yang boleh berkomunikasi dengan Allah melainkan melalui inspirasi, ataupun dari belakang penghalang, ataupun dengan menghantarkan rasul yang mana Dia menurunkan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana.

[42:52] Lantas, kami meinpirasikan revelasi revelasi kepadamu dengan mengumumkan perintah perintah kami. Kau tidak mempunyai idea tentang kitab, dan iman. Namun demikian, kami menjadikan ini sebagai petunjuk untuk membimbing sesiapa saja diantara hamba hamba kami. Sudah tentu, kau membimbing kejalan yang lurus.

[42:53] Kejalan Allah, yang mempunyai segala galanya disekelian cekrawala dan segala galanya dibumi. Sudah pasti, segala gala perkara adalah didalam kekuasaan Allah.