Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 43: Barang Barang Perhiasan (Al-Zukhruf)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[43:1] H. M. (Ha. Mim.)

[43:2] Dan kitab yang memberikan kesedaran.

[43:3] Kami telah menjadikannya sebuah Quran yang berbahasa Arab, supaya kamu dapat mengerti.

[43:4] Ianya tersimpan bersama kami didalam induk kitab yang asli, penuh kemulian dan juga penuh dengan hikmah (kebijaksanaan).

[43:5] Mestikah kami harus tidak memperdulikan bahwa sebenarnya kamu telah melampaui batasan?

Rancangan Untuk Keselamatan

[43:6] Kami telah menghantarkan lebih dari seorang nabi kepada generasi generasi yang terdahulu.

[43:7] Setiap kali seorang nabi datang kepada mereka, mereka mencemuhnya.

[43:8] Akibatnya, kami menghapuskan orang orang yang lebih lagi berkuasa dari yang ini. Lantas kami menjadikan contoh contoh dari komuniti komuniti yang terdahulu.

[43:9] Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi," mereka akan berkata, "Yang Maha Berkuasa lagi yang Maha Mengetahui telah menciptakan mereka."

[43:10] Dia Sahajalah yang menjadikan bumi yang boleh didiami oleh kamu, dan menciptakan untuk kamu lorong lorong didalamnya, supaya kamu dapat mengikuti jalan yang benar.

[43:11] Dia Sahajalah yang menurunkan air dari langit, dengan pengukuran yang tepat, untuk menghidupkan tanah tanah yang sudah mati dengannya. Serupa sebagaimana kamu akan dibangkitkan.

[43:12] Dia Sahajalah yang menciptakan semua jenis jenis yang berpasangan (lelaki dan perempuan), dan Dia menciptakan untuk kamu kapal kapal dan binatang binatang ternakan untuk ditunggang.

[43:13] Sementara kamu berehat diatas mereka, kamu mestilah bersyukur diatas rahmat yang sedemikian dari Tuhan kamu, dan katakanlah, "Maha Suci bagiNya yang telah menundukkan ini untuk kami. Kami tidak akan dapat menguasai mereka itu untuk diri diri kami sendiri.

[43:14] "Akhirnya kami akan dikembalikan kepada Tuhan kami."

Para Malaikat Sebagai Anak Anak Perempuan: Satu Kekufuran

[43:15] Malahan mereka menetapkan untukNya bahagian dari ciptaanNya sendiri! Sudah tentu, manusia itu adalah orang orang yang jelas sekali tidak tahu bersyukur.

[43:16] Sudahkah Dia memilih diantara ciptaan ciptaanNya anak anak perempuan untuk diriNya, sementara merahmati kamu dengan anak anak lelaki?

[43:17] Apabila salah seorang dari mereka telah diberitakan mendapat (anak perempuan) sebagaimana yang mereka telah mendakwa untuk yang Maha Pengasih, wajahnya menjadi kehitaman beserta kesedihan dan kemarahan!

[43:18] (Mereka berkata,) "Apalah baiknya tentang anak yang dibesarkan untuk menjadi cantik, tetapi tidak boleh membantu didalam peperangan?"

[43:19] Mereka mendakwa bahwa para malaikat, hamba hamba bagi yang Maha Pengasih, adalah perempuan perempuan! Adakah mereka menyaksikan ciptaan mereka? Dakwaan mereka itu telah direkodkan, dan mereka akan ditanya.

[43:20] Malahan mereka berkata, "Jika yang Maha Pengasih menghendaki, kami tentunya tidak akan menyembah mereka." Mereka tidak mempunyai asas dengan dakwaan yang sedemikian; mereka hanyalah meneka belaka.

[43:21] Adakah kami memberikan mereka sebuah buku sebelum ini, dan mereka sedang mendukungnya?

Mewarisi Tradisi Tradisi Di-Kutuk

[43:22] Sebenarnya: mereka berkata, "Kami dapati ibu bapa ibu bapa kami membawa beberapa amalan amalan, dan kami telah mengikuti jejak langkah mereka."

[43:23] Setiap kali, apabila kami menghantarkan seorang pemberi amaran kepada sesuatu komuniti, pemimpin pemimpin bagi komuniti itu akan berkata, "Kami dapati ibu bapa ibu bapa kami mengikuti sesuatu amalan, dan kami akan terus mengikuti jejak langkah mereka."

[43:24] (Rasul) akan berkata, "Bagaimana jika aku membawa petunjuk yang lebih baik kepada kamu dari apa yang kamu mewarisi dari ibu bapa ibu bapa kamu?" Mereka akan berkata, "Kami mengingkari mesej yang kau bawakan."

[43:25] Akibatnya, kami membalas mereka. Perhatikanlah akibatnya bagi pengingkar pengingkar.

Contoh Dari Ibrahim

[43:26] Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya, "Aku mengingkari apa yang kau sembah.

[43:27] "Hanyalah yang Maha Esa yang meinisiasikan aku dapat membimbingku."

[43:28] Contoh ini (dari Ibrahim) dapat memberikan pengajaran yang berkekalan bagi generasi generasi yang kemudian; boleh jadi mereka dapat menebuskan roh roh mereka.

[43:29] Sesungguhnya, Aku telah memberikan orang orang ini dan keturunan keturunan mereka kesempatan kesempatan yang cukup, lalu kebenaran datang kepada mereka, dan seorang rasul yang telah menjelaskannya.

[43:30] Apabila kebenaran datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini adalah magik, dan kami telah mengingkarinya."

Muhammad Di-Cemuh

[43:31] Mereka berkata, "Jika hanya Quran ini telah diturunkan melalui lelaki yang lain dari dua komuniti (Mekkah ataupun Yathrib) yang lebih terkenal!"

[43:32] Adakah mereka yang menetapkan siapakah mendapat belas kasih dari Tuhan kamu? Kami yang telah menetapkan bahagian bahagian mereka dikehidupan ini, dengan menaikkan kedudukkan beberapa dari mereka mengatasi yang lainnya, supaya mereka dapat berhidmat satu sama lain. Belas kasih dari Tuhan kamu itu jauh lebih baik dari sebarang kebendaan yang mereka boleh kumpulkan.

Kebendaan Bagi Dunia Ini: Hanya Itu Saja Orang Orang Yang Ingkar Mendapatkan

[43:33] Jikalau bukan kerana semua manusia mungkin menjadi satu perhimpunan (yang ingkar), mungkin kami akan memberikan setiap orang yang mengingkari yang Maha Pengasih rumah rumah besar yang beratapkan perak, dan tangga tangga dimana mereka dapat memanjat.

[43:34] Rumah rumah besar mereka akan mempunyai pintu pintu yang hebat, dan kelengkapan perkakas perkakas yang sungguh mewah.

[43:35] Juga banyak barang barang perhiasan. Semuanya ini adalah kebendaan yang sementara bagi kehidupan yang rendah ini. Akhirat - disisi Tuhan kamu - jauh lebih baik lagi untuk orang orang yang benar.

Teman Teman Ghaib Yang Jahat

[43:36] Sesiapa saja yang tidak memperdulikan mesej dari yang Maha Pengasih, kami akan melantik seorang syaitan menjadi teman yang tetap untuknya.

[43:37] Teman teman yang sedemikian, akan memalingkan mereka dari jalan (kebenaran), dan membuatkan mereka percaya yang mereka itu telah dibimbing.

[43:38] Apabila dia datang kepada kami dia akan berkata, "Oh! aku berharap supaya engkau berjauhan dariku sejauh dua timur. Betapa azabnya seorang teman!"

[43:39] Ianya tidak dapat mententeramkan kamu dihari itu, sebagai orang yang melampaui batas, yang mana kedua duanya kamu akan berkongsi sama siksaan.

Rasul Allah Yang Di-Janjikan

[43:40] Bolehkah kau membuatkan sipekak mendengarkan; bolehkah kau membuatkan sibuta melihat, ataupun orang orang yang telah tersesat jauh?

[43:41] Sama ada kami membiarkan kau mati sebelumnya ataupun tidak, sudah tentu kami akan membalas mereka.

[43:42] Ataupun, mungkin kami tunjukkan kau (hukuman itu) yang telah kami janjikan kepada mereka. Sesungguhnya, kami yang menguasai mereka dengan sepenuhnya.

[43:43] Kau mestilah berdakwah dengan sabar apa yang telah diturunkan kepadamu; sesungguhnya, kau adalah dijalan yang benar.

[43:44] Ini adalah mesej untukmu dan orang orangmu; semuanya kamu akan disoal.

[43:45] Periksakanlah para rasul yang kami telah menghantar sebelummu; "Adakah kami melantik sebarang tuhan tuhan yang lain - disamping yang Maha Pengasih ? untuk disembah?"

[43:46] Sebagai contoh, kami menghantarkan Musa dengan bukti bukti dari kami kepada Fir'aun dan pengetua pengetuanya, dengan mengumumkan: "Aku adalah rasul dari Tuhan semesta alam."

[43:47] Apabila kami menunjukkan mereka bukti bukti kami, mereka mentertawakan mereka.

Musa Dan Fir'aun

[43:48] Tiap tiap tanda yang kami tunjukkan mereka adalah lebih besar dari yang sebelumnya. Kami mengenakan mereka dengan wabak wabak, supaya mereka dapat bertaubat.

[43:49] Mereka berkata, "Wahai engkau ahli magik, bermohonlah kepada Tuhanmu bagi pihak kami, kerana kau telah membuat persetujuan dengan Dia (untuk meringankan wabak ini); maka barulah kami akan dibimbing."

[43:50] Tetapi sebaik saja kami meringankan penderitaan mereka, mereka berbalik semula.

[43:51] Fir'aun mengumumkan kepada orang orangnya, "Wahai orang orangku, tidakkah aku yang mempunyai kerajaan diseluruh Mesir, dan sungai sungai yang mengalir ini kepunyaanku? Tidakkah kamu melihatkan?

[43:52] "Mana satukah yang lebih baik; aku ataupun yang satu itu yang sungguh rendah dan yang sukar sekali untuk berkata kata?

[43:53] "Kenapa pula dia tidak mempunyai harta dari emas; kenapa pula para malaikat tidak mengiringinya?"

[43:54] Lantas dia memperbodohkan orang orangnya, dan mereka menta'atinya; mereka adalah orang orang yang zalim.

[43:55] Apabila mereka berterusan menentang kami, kami menghukum mereka dan menenggelamkan mereka semua.

[43:56] Kami menjadikan mereka itu duluan dan sebagai contoh bagi yang lain lainnya.

Isa: Satu lagi Contoh

[43:57] Apabila anak Maryam dijadikan sebagai contoh, orang orangmu tidak memperdulikannya.

[43:58] Mereka berkata, "Adakah lebih baik untuk menyembah tuhan tuhan kita, ataupun untuk menyembah dia?" Mereka mengatakan ini hanyalah untuk bertengkar dengan kau. Sesungguhnya, mereka itulah orang orangnya yang telah berpihak kepada para penentang.

[43:59] Dia adalah tidak lebih dari seorang hamba yang kami telah rahmati, dan kami menghantarnya sebagai contoh untuk Bani Israil.

[43:60] Jika kami kehendaki, kami tentunya boleh menjadikan kamu sebagai para malaikat yang menjajah dan membiakkan diatas bumi.

Isa Dan Akhirnya Dunia

[43:61] Dia telah ditugaskan sebagai suatu tanda untuk mengetahui akhirnya dunia, supaya kamu tidak lagi boleh menyimpankan sebarang keraguan berkenaannya. Kamu mestilah mengikutiKu; ini adalah jalan yang benar.

[43:62] Jangan biarkan syaitan memalingkan kamu; sesungguhnya, dia adalah musuh kamu yang nyata.

[43:63] Apabila Isa datang dengan membawa bukti bukti, dia berkata, "Aku membawa hikmah (kebijaksanaan) kepada kamu, dan untuk menerangkan beberapa perkara perkara yang mana kamu telah mempertikaikan. Kamu mestilah menghormati Allah dan menta'atiku.

[43:64] "Allah adalah Tuhanku dan Tuhan kamu, kamu mestilah sembahNya sahaja. Ini adalah jalan yang benar."

[43:65] Penentang penentang bertikaian diantara mereka sendiri. Malang sungguh bagi orang orang yang melampaui hukuman pada hari yang menyakitkan.

[43:66] Adakah mereka sedang menunggu ketibaan Waktu itu (Hari Pengadilan) yang akan mendatangi mereka dengan tiba tiba apabila mereka tidak sedikitpun menjangkakannya?

[43:67] Kawan kawan rapat pada hari itu akan menjadi musuh musuh satu sama lain, melainkan bagi orang orang yang benar.

Orang Orang Yang Benar

[43:68] Wahai hamba hambaKu, kamu tidak akan mempunyai ketakutan dihari itu, dan tidak juga kamu akan bersedih.

[43:69] Mereka adalah orang orangnya yang percayakan revelasi revelasi kami, dan menyerahkan diri diri mereka dengan sepenuhnya (kepada Allah).

[43:70] Masuklah kedalam Syurga, bersama sama dengan pasangan pasangan kamu, dan bergembiralah.

[43:71] Mereka akan dipelawakan dengan dulang dulang dan cawan cawan dari emas, dan mereka akan mendapati segala galanya dari apa yang diidamkan oleh hati hati dan apa yang diingini oleh mata mata. Kamu akan hidup didalamnya untuk selama lamanya.

[43:72] Demikian itulah Syurga yang kamu akan mewarisi, sebagai balasan bagi kerja kerja kamu.

[43:73] Kamu akan mempunyai didalamnya berbagai bagai jenis buah buahan dimana kamu akan makan.

[43:74] Sudah tentu, para pesalah akan tinggal didalam siksaan Gehenaa untuk selama lamanya.

[43:75] Siksaan tidak akan diringankan untuk mereka; mereka akan dikurungkan didalam ini.

[43:76] Bukannya kami yang menzalimi mereka; tetapi merekalah yang telah menzalimi roh roh mereka sendiri.

[43:77] Mereka akan bermohon: "Wahai Malik, suruhkanlah Tuhan kamu habiskan kami langsung." Dia akan berkata, "Kamu akan tinggal didalamnya untuk selama lamanya.

Mereka Bencikan Kebenaran

[43:78] "Kami telah berikan kepada kamu kebenaran, tetapi kebanyakan dari mereka membenci kebenaran."

[43:79] Adakah mereka merancangkan beberapa rancangan? Kami juga ada merancangkan.

[43:80] Adakah mereka berfikir yang kami tidak dapat mendengarkan rahsia rahsia mereka dan pakatan sulit mereka? Ya sesungguhnya; para rasul kami ada bersama sama mereka, merekodkan.

[43:81] Umumkanlah: "Jika sebenarnya yang Maha Pengasih mempunyai seorang anak lelaki, akulah yang terutama sekali menjadi penyembah."

[43:82] Maha Suci bagiNya; Dia adalah Tuhan bagi sekelian cekrawala dan bumi, Tuhan yang mempunyai kerajaan yang terbesar, jauh keatas dari apa yang mereka mendakwakan.

[43:83] Biarkanlah mereka membuat kesalahan dan berleka sehingga mereka akan bertemu dengan hari yang telah menunggukan mereka.

[43:84] Dia Sahajalah yang menjadi kedewaan dicekrawala dan kedewaan diatas bumi. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

[43:85] Yang Maha Tinggi adalah yang Maha Esa yang mempunyai semua kedaulatan bagi sekelian cekrawala dan bumi, dan segala galanya diantara kedua duanya. DenganNya adalah ilmu pengetahuan berkenaan Waktu (akhirnya dunia), dan kepadaNya sahajalah kamu akan dikembalikan.

[43:86] Tidak ada suatu apapun yang mereka puja pujakan disampingNya mempunyai sebarang kuasa untuk menjadi perantara, melainkan perantaraan perantaraan mereka itu bersesuaian dengan kebenaran, dan mereka ketahui dengan sepenuhnya.

[43:87] Jika kamu tanyakan mereka siapakah yang menciptakan mereka, mereka akan berkata, "Allah." Kenapa pula mereka melencong?

[43:88] Ianya akan diumumkan: "Wahai Tuhanku, orang orang ini telah mengingkarkan ."

[43:89] Kau mestilah biarkan mereka dan katakanlah, "Sejahtera;" sudah tentu mereka akan ketahui.