Surah 44: Asap (Al-Dukhan)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[44:1] H. M. (Ha. Mim.)
[44:2] Dan kitab ini yang memberikan kesedaran.
[44:3] Kami telah turunkannya dimalam yang telah dirahmati, kerana kami mesti memberikan amaran.
[44:4] Didalamnya, (kitab), setiap perkara bagi kebijaksanaan (hikmah) telah diterangkan.
[44:5] Ianya adalah satu ketetapkan perintah dari kami yang kami pasti menghantarkan para rasul.
[44:6] Ini adalah belas kasih dari Tuhanmu. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[44:7] Tuhan bagi sekelian cekrawala dan bumi, dan segala galanya diantara kedua duanya. Hanyalah jika kamu dapat menyakinkan!
[44:8] Tidak ada tuhan yang lain disampingNya. Dia sahajalah yang menguasai kehidupan dan kematian; Tuhan kamu dan Tuhan bagi keturunan keturunan kamu.
[44:9] Sesungguhnya, mereka sedang meragui, dan tidak memperdulikan.
Asap: Ramalan Yang Terutama
[44:10] Dari itu, lihatlah pada hari apabila langit membawa suatu asap yang nyata.
[44:11] Ianya akan menyelubungi manusia; ini adalah hukuman yang menyakitkan.
[44:12] "Tuhan kami, hilangkanlah hukuman ini untuk kami; kami adalah orang orang yang percaya."
Rasul Allah Yang Di-Janjikan
[44:13] Sekarang ini sudah terlambat, mereka baru saja sedar! Rasul yang membawa kesedaran telah datang kepada mereka.
[44:14] Tetapi mereka berpaling darinya, dengan mengatakan, "Terpelajar, tetapi gila!"
[44:15] Kami akan meredakan hukuman buat seketika; sekejap lagi tentunya kamu akan berbalik semula.
[44:16] Dihari yang kami akan memukul dengan pukulan yang besar, kami akan menuntut bela.
[44:17] Kami telah mencuba sebelum mereka orang orang dari Fir'aun; seorang rasul yang mulia datang kepada mereka.
[44:18] Mengumumkan: "Dengarkanlah aku, hamba hamba Allah. Aku adalah rasul yang jujur kepada kamu."
[44:19] Dan, "Jangan berketerlaluan terhadap Allah. Aku membawa kepada kamu bukti bukti yang kuat.
[44:20] "Aku mencari perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, jika kamu menentangku.
[44:21] "Jika kamu tidak ingin untuk mempercayakan, maka tinggalkanlah aku bersendirian."
[44:22] Kemudiannya, dia bermohon kepada Tuhannya: "Ini adalah orang orang yang zalim."
[44:23] (Allah bersabda,) "Berjalanlah dengan hamba hambaKu diwaktu malam; kamu akan dikejar.
[44:24] "Menyeberangi lautan dengan segera; bala tentera mereka akan ditenggelamkan."
[44:25] Lantas, mereka meninggalkan kebelakang banyak taman taman dan pancuran pancuran air.
[44:26] Tumbuh tumbuhan dan kehidupan yang mewah.
[44:27] Rahmat rahmat yang mereka menikmatinya.
[44:28] Semuanya ini kami menyebabkan diwarisi oleh orang orang lain.
[44:29] Tidak akan cekrawala, dan tidak juga bumi menangisi untuk mereka, dan mereka tidak dapat penangguhan.
[44:30] Sementara itu, kami selamatkan Bani Israil dari penderitaan yang menghinakan.
[44:31] Dari Fir'aun; dia seorang yang zalim.
[44:32] Dengan pengetahuan kami, kami telah memilih mereka dari kalangan semua manusia, yang mengetahui.
[44:33] Kami telah tunjukkan kepada mereka banyak bukti bukti, mengandungi satu percubaan yang besar.
Akibat Akibat Yang Sama Di-Jangkakan
[44:34] Generasi generasi sekarang berkata,
[44:35] "Kami hanya mati dengan kematian yang pertama; kami tidak akan dibangkitkan semula!
[44:36] "Bawa kembali nenek moyang nenek moyang kami, jika sememangnya kau yang benar."
[44:37] Adakah mereka itu lebih baik dari kaum Tuba' dan yang lain lain sebelum mereka? Kami telah menghapuskan mereka kerana jenayah jenaya mereka.
[44:38] Kami tidak menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, dan segala galanya diantara mereka itu, hanya untuk bersuka ria.
[44:39] Kami menciptakan mereka kerana tujuan yang tertentu, tetapi kebanyakan dari mereka itu tidak mengetahui.
[44:40] Hari Ketentuan menunggukan mereka semua.
[44:41] Itulah harinya apabila tidak ada rakan dapat menolong rakannya dengan apa cara sekali pun; tidak ada sesiapa pun dapat ditolong.
[44:42] Hanyalah orang orang yang mendapatkan belas kasih dari Allah. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Penyayang.
Orang Orang Yang Ingkar
[44:43] Sudah tentu, pokok yang sangat pahit -
[44:44] Akan menjadi makanan bagi pendosa.
[44:45] Seperti batu bara panas, ianya akan mendidih didalam perut perut.
[44:46] Seperti mendidihnya minuman dari neraka.
[44:47] Ambillah dia dan lemparkannya ketengah tengah Neraka.
[44:48] Dan tuangkan dikepalanya siksaan dari api yang menjulang.
[44:49] "Rasakan ini; kau telah menjadi sangat berkuasa, dan sangat mulia."
[44:50] Inilah apa yang kamu selalu meragukan.
Orang Orang Yang Benar
[44:51] Orang orang yang benar akan berada ditempat yang terjamin.
[44:52] Menikmati taman taman dan pancuran pancuran air.
[44:53] Memakai pakaian baldu dan satin; berdekatan dengan satu sama lain.
[44:54] Kami memberikan mereka pasangan pasangan yang seronok.
[44:55] Mereka menikmati didalamnya berbagai jenis buah buahan, didalam kesejahteraan yang sempurna.
Orang Orang Yang Benar Sebenarnya Tidak Mati
[44:56] Mereka tidak merasakan mati didalamnya - selepas kematian yang pertama - dan Dia telah menyelamatkan mereka dari siksaan Neraka.
[44:57] Demikian itulah rahmat dari Allah. Demikian itulah kemenangan yang besar.
[44:58] Lantas, kami telah menerangkannya kebahasa kau, supaya mereka dapat merenungkan
[44:59] Dari itu, tunggulah; mereka juga akan menunggu.