Surah 45: Berlutut (Al-Jatheyah)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[45:1] H. M. (Ha. Mim.)
[45:2] Revelasi bagi kitab ini adalah dari Allah, yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.
[45:3] Sekelian cekrawala dan bumi adalah penuh dengan bukti bukti untuk orang orang yang percaya.
[45:4] Begitu juga dalam menciptakan kamu, dan juga ciptaan bagi segala binatang binatang, itu adalah bukti bukti bagi orang orang yang yakin.
[45:5] Dan juga, pertukaran malam dan siang, dan peruntukkan peruntukkan yang Allah turunkan dari langit untuk menghidupkan tanah tanah yang sudah mati, dan memanipulasikan angin angin; semuanya ini adalah bukti bukti bagi orang orang yang mengerti.
Hadis Yang Manakah?
[45:6] Ini adalah revelasi revelasi dari Allah yang kami bacakan kepada kamu dengan kebenaran. Hadis yang manakah selain dari Allah dan revelasi revelasiNya yang kamu dapat mempercayakan?
[45:7] Malang sungguh bagi setiap pemalsu dan pesalah.
[45:8] Orang yang mendengarkan revelasi revelasi Allah yang dibacakan kepadanya, dan berkeras dengan sombongnya untuk mengikut jalannya sendiri, seolah olah dia tidak pernah mendengarkan mereka itu. Janjikan kepadanya hukuman yang menyakitkan.
[45:9] Apabila dia mengetahui sesuatu berkenaan revelasi revelasi kami, dia mengejek ejekkan mereka. Mereka ini akan menerima hukuman yang amat memalukan.
[45:10] Menunggu mereka adalah Gehenna. Segala usaha mereka tidak dapat menolong mereka, dan tidak juga pujaan pujaan yang mereka ada adakan disamping Allah. Mereka akan dikenakan siksaan yang amat dahsyat.
[45:11] Ini adalah satu bimbingan, dan orang orang yang mengingkari revelasi revelasi ini dari Tuhan mereka akan menerima kutukkan dan hukuman yang menyakitkan.
[45:12] Allah Sahajalah yang komitkan lautan supaya menjalankan servisnya untuk kamu, lalu kapal kapal boleh belayar didalamnya mengikuti undang undangNya. Lantas, kamu mencari rezeki rezekiNya , supaya dapat kamu menjadi orang orang yang tahu bersyukur.
[45:13] Dia telah komitkan servis untuk kamu semuanya disekelian cekrawala dan bumi; semuanya dari Dia. Ini adalah bukti bukti bagi orang orang yang dapat merenungkan.
[45:14] Katakanlah kepada orang orang yang percaya supaya mengampuni orang orang yang tidak mengharapkan hari hari dari Allah. Sesungguhnya, Dia akan membayarkan kepada semuanya dengan sepenuhnya bagi segala apa saja yang mereka telah usahakan.
[45:15] Sesiapa saja yang membuat kerja kerja yang benar melakukan hanya untuk kebaikan dirinya sendiri, dan sesiapa jua yang mengerjakan kerja kerja jahat hanyalah menjejaskan dirinya sendiri. Kepada Tuhan kamu sahajalah kamu akan dikembalikan.
[45:16] Kami telah memberikan kepada Bani Israil kitab, hikmah (kebijaksanaan), dan kenabian, dan mengadakan untuk mereka peruntukkan peruntukkan yang baik baik; kami kurniakan mereka rahmat yang berlebihan dari manusia yang lain.
[45:17] Kami telah berikan didalam ini perintah perintah yang jelas. Ironiknya, mereka tidak bertikaian dengan ini sehingga sesudah ilmu pengetahuan telah datang kepada mereka. Ini adalah oleh kerana cemburu dipihak mereka. Sudah tentu, Tuhan kamu akan mengadili mereka pada Hari Kebangkitan berkenaan segala apa yang mereka pertikaikan.
[45:18] Lalu kami melantikkanmu untuk memantapkan undang undang yang betul; kau mestilah mengikuti ini, dan janganlah mengikuti keinginan orang orang yang tidak tahu.
[45:19] Mereka tidak akan dapat menolongmu walau sedikit pun terhadap Allah. Itu adalah orang orang yang melampaui batas sajalah yang berpihak berikatan dengan satu sama lain, sementara Allah adalah Tuhan bagi orang orang yang benar.
[45:20] Ini memberikan kesedaran kepada manusia, dan petunjuk, dan belas kasih bagi orang orang yang yakin.
[45:21] Adakah orang orang yang membuat kerja kerja jahat berharap yang kami akan memperlakukan mereka sama seperti mana kami perlakukan kepada orang orang yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar? Bolehkah kehidupan mereka dan kematian mereka itu sama? Salah sungguh pengadilan mereka.
[45:22] Allah menciptakan sekelian cekrawala dan bumi dengan tujuan yang tertentu, demi untuk membayar tiap tiap roh diatas apa saja yang telah diusahakan, dengan tidak sedikit pun ketidak adilan.
Penyekutuan Yang Biasa : Ego Sebagai Tuhan.
[45:23] Dapatkah kamu perhatikan seseorang yang egonya adalah tuhannya? Akibatnya, Allah membiarkannya sesat, meskipun dia mempunyai ilmu pengetahuan, tutupkan pendengarannya dan juga mindanya, dan diletakkan penudung dimata matanya. Siapakah yang boleh membimbingnya, selepas keputusan yang sedemikian dari Allah? Tidakkah kamu mahu mengambil perhatian?
[45:24] Mereka berkata, "Kami hanya hidup dikehidupan ini saja ; kami hidup dan kami mati dan hanyalah masa yang menentukan kematian kami!" Mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang tepat berkenaan ini; mereka hanya meneka saja.
[45:25] Apabila revelasi revelasi kami dibacakan kepada mereka, dengan jelasnya, pertikaian mereka hanyalah dengan berkata, "Pulangkan kembali nenek moyang nenek moyang kami, jika sememangnya kamu yang benar."
[45:26] Katakanlah, "Allah telah memberikan kamu kehidupan, kemudian Dia mematikan kamu, dan Dia akan menghimpunkan kamu diHari Kebangkitan kelak, dimana ianya tidak boleh dielakkan lagi. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
[45:27] Kepunyaan Allah segala kedaulatan disekelian cekrawala dan dibumi. Pada hari yang Waktu (Pengadilan) itu berlaku, pada masa itulah pemalsu pemalsu menjadi rugi.
Berlutut
[45:28] Kamu akan melihat setiap komuniti berlutut. Setiap komuniti akan dipanggil untuk memeriksakan rekod mereka. Hari ini, kamu akan dibayar diatas segala apa yang telah kamu lakukan.
[45:29] Ini adalah rekod kami; ianya mengatakan yang benar tentang kamu. Kami telah merekodkan segala apa yang kamu telah lakukan.
[45:30] Bagi orang orang yang percaya dan yang melakukan kerja yang benar, Tuhan mereka akan memasukkan mereka didalam belas kasihNya. Ini adalah kemenangan yang besar.
[45:31] Bagi orang orang yang ingkar: "Tidakkah revelasi revelasiKu dibacakan kepada kamu, tetapi kamu berlagak sombong dan menjadi orang orang yang zalim?"
[45:32] Apabila diumumkan yang perjanjian Allah adalah benar dan bahawa Waktu (Pengadilan) itu tidak dapat dielakkan lagi, kamu berkata, "Kami tidak tahu apakah Waktu itu! Kami penuh dengan prasangka saja tentangnya; kami tidak meyakininya."
[45:33] Kerja kerja jahat mereka itu akan jadi bukti untuk mereka, dan segala apa saja yang mereka mencemuhkan itu akan datang kembali menghantui mereka.
[45:34] Ianya akan diumumkan: "Hari ini kami lupakan kamu, sama seperti mana yang kamu telah melupakan pertemuan dihari ini. Tempat tinggal kamu adalah api neraka, dan kamu tidak akan mendapat penolong penolong.
[45:35] "Ini adalah kerana kamu mengambil revelasi revelasi Allah hanya untuk disia siakan, dan terlalu sibuk dengan kehidupan yang pertama." Akibatnya, mereka tidak akan pernah keluar darinya, dan tidak juga mereka itu diberikan kelepasan.
[45:36] Kepunyaan Allah segala kepujian; Tuhan bagi sekelian cekrawala, Tuhan bagi bumi, dan Tuhan semesta alam.
[45:37] KepunyaanNya segala kebesaran disekelian cekrawala dan bumi. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.