Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 46: Bukit Pasir (Al-Ahqaf)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[46:1] H. M. (Ha. Mim.)

[46:2] Revelasi bagi kitab ini adalah dari Allah, yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.

[46:3] Kami tidak menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, segala galanya diantara kedua duanya melainkan dengan tujuan yang tertentu, dan bagi masa yang berbatas. Orang orang yang ingkar itu amat tidak menyedari dengan amaran amaran yang telah diberikan kepada mereka.

[46:4] Katakanlah, "Renungkanlah pujaan pujaan yang kamu mengada adakan disamping Allah. Tunjukkanlah kepadaku apa yang telah mereka menciptakan dibumi. Adakah mereka mempunyai bahagian disekelian cekrawala? Tunjukkanlah kepadaku sebarang kitab yang lain sebelum yang satu ini, ataupun sebarang kenyataan yang telah dimantapkan ilmu pengetahuannya yang boleh menyokong penyekutuan (terhadap Allah) kamu, jika sememangnya kamu yang benar."

Pujaan Pujaan Benar Benar Tidak Mengetahui

[46:5] Siapakah yang lebih jauh tersesat dari orang orang yang memuja disamping Allah pujaan pujaan yang tidak boleh merespons kepada mereka sampai keHari Kebangkitan, dan tidak sedar langsung akan penyembahan mereka?

Pujaan Pujaan Menafikan Penyembah Penyembah Mereka

[46:6] Dan apabila manusia telah dihimpunkan (pada Hari Pengadilan), pujaan pujaan mereka akan menjadi musuh musuh mereka, dan akan mengutuk cara penyembahan mereka.

[46:7] Apabila revelasi revelasi kami dibacakan kepada mereka, dengan sempurna dan jelas, orang orang yang ingkar itu berkata berkenaan kebenaran yang datang kepada mereka, "Ini adalah magik yang terang terangan!"

[46:8] Apabila mereka berkata, "Dia yang mengada adakan ini," katakanlah, "Jika aku yang mengada adakan ini, maka kamu tidak akan dapat melindungiku dari Allah. Dia amat sedar akan segala perancangan kamu. Cukuplah Dia sebagai saksi diantara aku dan kamu. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

[46:9] Katakanlah, "Aku bukannya berlainan dari para rasul. Aku tidak mempunyai idea apa akan terjadi kepada diriku ataupun kamu. Aku hanya mengikuti apa yang telah diturunkan kepadaku. aku tidak lebih dari seorang pemberi amaran yang nyata."

Rabai Judah Yang Warak

[46:10] Katakanlah, "Bagaimanakah jika ianya adalah dari Allah dan kamu mengingkarinya? Seorang saksi dari Bani Israil telah menjadi saksi kepada fenomena yang serupa, dan dia telah percaya, sementara kamu telah menjadi sombong. Sudah tentu, Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim."

[46:11] Orang orang yang ingkar mengatakan tentang orang orang yang percaya, "Jika ada sebarang kebaikannya, tentunya mereka tidak akan menerimanya sebelum kami." Kerana mereka tidak dibimbing kepadanya, mereka berkata, "Ini adalah kepalsuan yang lama!"

[46:12] Sebelum ini, buku dari Musa mengandungi petunjuk dan belas kasih. Ini juga adalah sebuah kitab yang mengesahkan, didalam bahasa Arab, untuk memberikan amaran kepada orang orang yang melampaui batas, dan untuk memberikan berita berita baik kepada orang orang yang benar.

Berita Berita Baik

[46:13] Sudah tentu, orang orang yang berkata, "Tuhan kami adalah Allah," dan yang menjalani kehidupan yang benar, tidak akan merasa takut, dan tidak juga mereka itu akan bersedih.

[46:14] Mereka ini berhak mendapatkan Syurga, dimana mereka akan tinggal untuk selama lamanya; suatu anugerah bagi kerja kerja mereka.

40: Umur Untuk Penentuan

[46:15] Kami memerintahkan manusia supaya memuliakan ibu bapa ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan penuh kesukaran, dan melahirkannya dengan penuh kesukaran, dan memeliharanya dengan penuh kasih sayang sampai tiga puluh bulan. Apabila dia mencapai kemantangan dan sampai keumur empat puluh tahun, dia sepatutnya berkata, "Tuhanku, tujukkan aku supaya mensyukuri rahmat yang Engkau telah kurniakan keatasku dan keatas ibu bapa ibu bapaku, dan supaya melakukan kerja kerja yang benar yang diredhai olehMu. Jadikanlah anak anakku juga sebagai orang orang yang benar. Aku telah bertaubat kepadaMu; aku adalah seorang yang telah menyerahkan diriku sepenuhnya (kepadaMu)."

[46:16] Ianya dari ini maka kami menerima perkerjaan perkerjaan yang baik baik, dan memaafkan dosa dosa mereka. Mereka berhak mendapatkan Syurga. Ini adalah perjanjian yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka.

[46:17] Maka ada pula seseorang yang berkata kepada ibu bapa ibu bapanya, "Malang bagi kamu; adakah kamu mengatakan kepadaku yang (sesudah mati) aku akan dihidupkan kembali? Kenapa pula orang orang yang sudah mati sebelum kami tidak pernah kembali?" Ibu bapa ibu bapanya akan menangis sambil meminta pertolongan dari Allah dan berkata, "Malang sungguh bagimu; tolonglah percaya! Perjanjian Allah adalah benar." Dia akan berkata, "Dongeng masa lampau!"

[46:18] Demikian itulah orang orang yang telah dicapkan sebagai orang orang yang ingkar diantara tiap tiap generasi dari kalangan para jin dan manusia; mereka itulah yang mengalami kerugian.

[46:19] Mereka semua mendapat hak kedudukkan kedudukkan mereka, mengikut kerja kerja mereka. Dia akan membayar mereka diatas kerja kerja mereka, dengan tidak sedikit pun ketidak adilan.

[46:20] Harinya akan datang apabila orang orang yang ingkar akan diperkenalkan kepada api neraka: "Kamu telah melepaskan peluang baik yang telah diberikan kepada kamu semasa dikehidupan dunia, dan kamu bergembira dengannya. Akibatnya, sekarang kamu telah menerima hukuman yang memalukan sebagai balasan diatas kesombongan yang kamu komitkan diatas bumi dengan tidak mempunyai asas, dan juga kerja kerja jahat yang kamu telah lakukan."

Hud

[46:21] Ingatlah bahwa saudara dari 'Ad memberi amaran kepada kaumnya dibukit bukit berpasir - bermacam macam amaran telah juga disampaikan sebelumnya dan sesudahnya: "Kamu janganlah sekali sembah melainkan Allah. Aku takut bagi kamu akan hukuman pada hari yang besar."

[46:22] Mereka berkata, "Adakah kamu datang untuk memalingkan kami dari tuhan tuhan kami?" Kami mencabar kau supaya membawa (hukuman) yang kau ugutkan, jika kau adalah orang orang yang benar."

[46:23] Dia berkata, "Ilmu pengetahuan tentang ini adalah dengan Allah; Aku hanya sampaikan kepada kamu apa yang telah ditugaskan kepadaku supaya menyampaikan. Bagaimana pun, aku melihat yang kamu ini adalah orang orang yang jahil."

[46:24] Apabila mereka melihat angin ribut yang menuju kearah mereka, mereka berkata, "Angin ribut ini akan membawakan kita hujan lebat yang diperlukan." Sebaliknya, ini adalah apa yang kamu cabarkan (Hud) untuk membawanya; angin ribut dimana didalamnya adalah hukuman yang menyakitkan.

[46:25] Ianya memusnahkan segala galanya, sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Tuhannya. Dipagi hari, tidak ada suatu apa pun yang berdiri melainkan rumah rumah mereka. Lantas kami membalas orang orang yang bersalah.

Mereka Mencemuhkan Amaran Amaran Rasul

[46:26] Kami telah memantapkan mereka dengan cara yang sama sebagaimana kami telah memantapkan kamu, dan mengadakan untuk mereka pendengaran, mata mata, dan minda minda. Tetapi pendengaran mereka, mata mata dan minda minda tidak akan dapat menolong mereka sedikit pun. Ini adalah kerana mereka mengambil keputusan untuk tidak memperdulikan revelasi revelasi dari Allah. Lantas, ramalan ramalan dan amaran amaran yang mereka mencemuhkan itu telah menyebabkan kemusnahan mereka.

[46:27] Kami telah hapuskan banyak komuniti komuniti disekeliling kamu, setelah kami menjelaskan bukti bukti, supaya mereka dapat bertaubat.

[46:28] Kenapa pula pujaan pujaan yang mereka ada adakan untuk membawa mereka dekat kepada Allah gagal untuk menolong mereka? Sebaliknya, mereka meninggalkan mereka. Demikian itulah tuhan tuhan palsu yang mereka puja: demikian itulah innovasi innovasi yang mereka mengada mengadakan.

Yang Percaya Di-Kalangan Para Jin

[46:29] Ingatlah apabila kami mengarahkan beberapa jin kepadamu, untuk membiarkan mereka mendengarkan Quran. Apabila mereka sampai disana, mereka berkata, "Dengar." Sesudah saja ianya selasai, mereka bersegera kepada kaum mereka, memberi amaran.

[46:30] Mereka berkata, "Wahai kaum kami, kami telah mendengar sebuah buku yang telah diturunkan selepas Musa, dan mengesahkan kitab kitab yang terdahulu. Ianya membimbing kepada kebenaran; kejalan yang benar.

[46:31] "Wahai kaum kami, responlah kepada panggilan Allah, dan percayalah kepadaNya. Barulah Dia akan mengampunkan dosa dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari hukuman yang menyakitkan."

[46:32] Orang orang yang gagal untuk merespon panggilan dari Allah tidak akan dapat melepaskan diri, dan tidak akan dapat Tuhan yang lain selain Dia; mereka telah tersesat jauh.

[46:33] Tidakkah mereka sedar bahwasanya Allah, yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi tanpa kepayahan boleh menghidupkan yang mati? Ya! sesungguhnya; Dia sahajalah yang Maha Berkuasa.

[46:34] Pada hari apabila orang orang yang ingkar akan ditunjukkan kepada api Neraka, mereka akan ditanya, "Adakah ini tidak benar?' Mereka akan menjawab," Memang benar, dari Tuhan kami." Dia akan berkata, "Lalu terimalah azab hukuman oleh kerana keingkaran kamu."

Rasul Allah Yang Di-Janjikan

[46:35] Dari itu, bersabarlah seperti para rasul yang sebelummu yang mempunyai kekuatan dan mengamalkan kesabaran. Janganlah terburu buru untuk menyaksikan hukuman yang sudah pasti akan datang kepada mereka. Dihari apabila mereka melihatnya, ianya akan dinampakkan seolah olah mereka itu tinggal hanya satu jam dalam sehari. Ini adalah satu pengumuman: Bukankah orang orang yang zalim selalunya dihapuskan?