Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 46:34 — Bukit Pasir (Al-Ahqaf)

Pada hari apabila orang orang yang ingkar akan ditunjukkan kepada api Neraka, mereka akan ditanya, "Adakah ini tidak benar?' Mereka akan menjawab," Memang benar, dari Tuhan kami." Dia akan berkata, "Lalu terimalah azab hukuman oleh kerana keingkaran kamu."

[46:33] Tidakkah mereka sedar bahwasanya Allah, yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi tanpa kepayahan boleh menghidupkan yang mati? Ya! sesungguhnya; Dia sahajalah yang Maha Berkuasa.

[46:35] Dari itu, bersabarlah seperti para rasul yang sebelummu yang mempunyai kekuatan dan mengamalkan kesabaran. Janganlah terburu buru untuk menyaksikan hukuman yang sudah pasti akan datang kepada mereka. Dihari apabila mereka melihatnya, ianya akan dinampakkan seolah olah mereka itu tinggal hanya satu jam dalam sehari. Ini adalah satu pengumuman: Bukankah orang orang yang zalim selalunya dihapuskan?