Surah 47: Muhammad (Muhammad)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[47:1] Orang orang yang ingkar dan yang berpaling dari jalan Allah, Dia akan membatalkan kerja kerja mereka.
[47:2] Orang orang yang percaya dan mengerjakan kerja kerja yang benar, dan percaya kepada apa yang telah diturunkan kepada Muhammad - yang mana adalah kebenaran dari Tuhan mereka - Dia akan menghilangkan dosa dosa mereka, dan merahmati mereka dengan rasa puas hati.
[47:3] Ini adalah kerana orang orang yang ingkar telah mengikuti kepalsuan, sementara orang orang yang percaya telah mengikuti kebenaran dari Tuhan mereka. Lantas Allah menunjukkan kepada manusia, contoh tauladan melalui mereka.
[47:4] Jika kamu bertemu (didalam peperangan) dengan orang orang yang ingkar, kamu boleh memukul dileher leher. Jika kamu menawan mereka sebagai orang orang tawanan kamu bolehlah membebaskan mereka ataupun menahan mereka sebagai orang tebusan, sehinggakan peperangan tamat. Kalau Allah kehendaki, Dia tentunya dapat memberikan kamu kemenangan, dengan tidak payah berperang. Tetapi Dia lantas mencubakan kamu dengan satu sama lain. Bagi orang orang yang terbunuh dijalan Allah, Dia tidak akan pernah membiarkan pengorbanan mereka itu tersia sia.
[47:5] Dia akan membimbing mereka, dan merahmati mereka dengan rasa puas hati.
[47:6] Dia akan memasukkan mereka kedalam Syurga, yang telah Dia jelaskan kepada mereka.
[47:7] Wahai kamu yang percaya, jika kamu menyokong Allah, Dia akan membantu kamu, dan menguatkan kedudukan kamu.
[47:8] Orang orang yang inkgar telah menerima kesengsaraan; Dia sajalah yang menyebabkan kerja kerja mereka benar benar menjadi sia sia.
[47:9] Itu adalah kerana mereka membencikan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan akibatnya, Dia membatalkan segala kerja kerja mereka.
[47:10] Tidakkah mereka menjelajahi bumi dan melihat akan akibat akibat orang orang yang sebelum mereka? Allah memusnahkan kerja kerja mereka; semuanya orang orang yang ingkar akan menderita nasib yang sama.
[47:11] Ini adalah kerana Allah adalah Tuhan bagi orang orang yang percaya, sementara orang orang yang ingkar tidak mempunyai Tuhan.
[47:12] Allah memasukkan orang orang yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar kedalam taman taman yang air sungai sungainya mengalir . Bagi orang orang yang ingkar, mereka itu hidup dan makan seperti mana binatang binatang makan, dan berakhir dineraka.
[47:13] Banyak dari komuniti yang lebih kuat dari komuniti yang telah menghalaumu dari bandarmu; apabila kami menghapuskan mereka, tidak ada seorang pun yang dapat menolong mereka.
[47:14] Adakah orang orang yang telah diberikan cahaya oleh Tuhan mereka sama seperti orang orang yang kerja kerja jahat mereka telah dinampakkan baik dimata mata mereka, dan mereka itu mengikut pendapat pendapat mereka masing masing?
[47:15] Alegori bagi Syurga yang telah dijanjikan untuk orang orang yang benar adalah ini: Ianya mempunyai sungai sungai yang airnya tidak tercemar, dan sungai sungai dari susu yang segar, dan sungai sungai dari wain - enak bagi peminum peminum - dan sungai sungai dari madu yang telah ditapis. Mereka mendapatkan berbagai jenis jenis buah buahan didalamnya, dan pengampunan dari Tuhan mereka. (Adakah mereka itu lebih baik) ataupun orang orang yang berada didalam api neraka yang berkekalan, dan meminum air dari neraka yang akan merobekkan usus usus mereka?
[47:16] Ada diantara mereka yang mendengarkanmu, lalu apabila saja mereka pergi mereka pun menanyakan kepada orang orang yang telah mendapat kesedaran, "Apa yang dia baru cakapkan?" Lantas Allah menutup hati hati mereka dan, akibatnya, mereka hanya mengikut pendapat pendapat mereka sendiri.
[47:17] Bagi orang orang yang telah mendapat petunjuk, Dia menambahkan bimbingan mereka, dan memberikan ketakwahan kepada mereka.
Akhirnya Dunia
[47:18] Adakah mereka menunggukan sehingga Waktu datang kepada mereka dengan tiba tiba? Semua tanda tanda tentangnya telah pun datang. Apabila saja Waktu sampai kepada mereka, bagaimanakah dapat mereka memanfaatkan dari mesej mereka?
La Ilaha Illa Allah: Kalimah Yang Pertama
[47:19] Kamu mestilah ketahui: "Tidak ada tuhan yang lain disamping Allah," dan mintakan ampun bagi dosa dosa kamu dan dosa dosa bagi orang orang yang percaya lelaki dan perempuan. Sesungguhnya Allah amat sedar akan keputusan keputusan kamu dan destini kamu yang terakhir.
Mendedahkan Hypokrit
[47:20] Orang orang yang percaya berkata: "Bilakah surah yang baru akan diturunkan?" Tetapi apabila sebuah surah yang berterus terang diturunkan, dimana pertempuran disebutkan, kamu akan melihat orang orang yang menyimpan keraguan didalam hati hati mereka memandangmu, seolah olah kematian telah pun datang kepada mereka. Lantas mereka telah didedahkan.
Bukti Bagi keimanan Semasa Era Muhammad
[47:21] Keta'atan dan perkataan perkataan yang benar adalah diharapkan dari mereka. Hanya kalaulah mereka menunjukkan keyakinan kepada Allah, apabila kerahan telah diistiharkan, itu adalah lebih baik lagi buat mereka.
[47:22] Adakah niat kamu yang apabila saja kamu beredar kamu akan mengkomitkan kejahatan dan menganiayai saudara mara kamu?
[47:23] Itu adalah orang orang yang menerima kutukan dari Allah, dimana Dia akan menjadikan mereka itu pekak dan buta.
Mengkaji Quran
[47:24] Kenapa tidak mereka mengkajikan Quran ini dengan sebaik baiknya? Adakah tutupan pada minda minda mereka?
[47:25] Sudah tentu, orang orang yang berpaling balik, sesudah petunjuk telah ditunjukkan kepada mereka, syaitan telah menarik mereka dan memimpin mereka seterusnya.
[47:26] Ini adalah kerana mereka berkata kepada orang orang yang membencikan apa yang Allah telah turunkan, "Kami akan menta'atimu didalam beberapa perkara tertentu saja." Sesungguhnya, Allah amat mengetahui akan pakatan pakatan rahsia mereka.
[47:27] Apa akan jadi kepada mereka apabila para malaikat mematikan mereka? Mereka akan memukul mereka itu pada wajah wajah mereka dan juga dibelakang punggung mereka.
[47:28] Ini adalah kerana mereka mengikuti apa yang menjadi kemurkaan Allah dan membenci perkara perkara yang diredhaiNya. Akibatnya, Dia telah membatalkan segala kerja kerja mereka.
[47:29] Adakah orang orang yang menyimpan keraguan didalam hati hati mereka berfikir yang Allah tidak akan mengeluarkan fikiran fikiran jahat mereka?
[47:30] Jika kami kehendaki, kami boleh mendedahkan mereka untuk kamu, supaya kamu dapat mengenal mereka dengan melihat mereka. Bagaimana pun, kamu dapat mengenali mereka dengan cara perbualan mereka. Sesungguhnya, Allah amat sedar akan segala kerja kerja kamu.
[47:31] Pasti sekali kami akan mencuba kamu, supaya dapat membezakan orang orang diantara kamu yang berjuang, dan yang sabar serta tabah hati. Kerana kami mesti mendedahkan kualiti kualiti kamu yang sebenar.
[47:32] Orang orang yang ingkar dan berpaling dari jalan Allah, dan menentang rasul setelah petunjuk telah ditunjukkan kepada mereka, tidak akan melukakan Allah sedikit pun. Sebaliknya, Dia akan membatalkan kerja kerja mereka.
[47:33] Wahai kamu yang percaya, kamu mestilah ta'at kepada Allah, dan ta'atilah rasul. Jika tidak, segala kerja kerja kamu akan menjadi sia sia.
Mala Petaka Yang Besar
[47:34] Orang orang yang ingkar dan yang berpaling dari jalan Allah, dan mati sebagai pengingkar, Allah tidak akan mengampuni mereka.
[47:35] Dari itu, kamu janganlah teragak agak dan menyerah dalam menganjurkan kedamaian, kerana kamu telah dijamin kemenangan, dan Allah ada bersama sama kamu. Dia tidak akan pernah mensia siakan daya usaha kamu.
[47:36] Kahidupan didunia ini tidak lebih dari berleka dan bermegah megah. Tetapi jika kamu percaya dan menjalani kehidupan yang benar, Dia akan menganugerahkan kamu, dengan tidak meminta kamu sebarang bayaran.
[47:37] Jika Dia memintakan kamu bayaran, ketahap yang menyusahkan kamu, kamu mungkin akan menjadi kikir, dan kejahatan yang kamu sembunyikan itu mungkin akan terdedah.
Amaran kepada Orang Arab*
[47:38] Kamu telah diundang untuk berbelanja kejalan Allah, tetapi ada dari kamu yang menjadi kikir. Yang kikir itu adalah kikir terhadap roh roh mereka sendiri. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Kaya, sementara kamu itulah yang miskin.