Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 47:14 — Muhammad (Muhammad)

Adakah orang orang yang telah diberikan cahaya oleh Tuhan mereka sama seperti orang orang yang kerja kerja jahat mereka telah dinampakkan baik dimata mata mereka, dan mereka itu mengikut pendapat pendapat mereka masing masing?

[47:13] Banyak dari komuniti yang lebih kuat dari komuniti yang telah menghalaumu dari bandarmu; apabila kami menghapuskan mereka, tidak ada seorang pun yang dapat menolong mereka.

[47:15] Alegori bagi Syurga yang telah dijanjikan untuk orang orang yang benar adalah ini: Ianya mempunyai sungai sungai yang airnya tidak tercemar, dan sungai sungai dari susu yang segar, dan sungai sungai dari wain - enak bagi peminum peminum - dan sungai sungai dari madu yang telah ditapis. Mereka mendapatkan berbagai jenis jenis buah buahan didalamnya, dan pengampunan dari Tuhan mereka. (Adakah mereka itu lebih baik) ataupun orang orang yang berada didalam api neraka yang berkekalan, dan meminum air dari neraka yang akan merobekkan usus usus mereka?