Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 48: Kemenangan (Al-Fatt-h)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[48:1] Kami telah mengurniakan keatasmu (Wahai rasul) satu kemenangan yang besar.

[48:2] Yang dengannya Allah mengampuni dosa dosamu yang lalu, dan juga dosa dosa yang akan datang, dan menyempurnakan rahmatNya keatasmu, dan membimbingmu kejalan yang lurus.

[48:3] Disamping itu, Allah akan menyokongmu dengan sokongan yang tidak teragak agak.

[48:4] Dia Sahajalah yang meletakkan rasa puas hati dihati orang orang yang percaya supaya ditambahkan lebih lagi keimanan, keatas keimanan mereka yang sudah ada. Kepunyaan Allah segala kekuatan bagi disekelian cekrawala dan dibumi. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

[48:5] Sudah tentu Dia akan memasukkan orang orang yang percaya lelaki dan perempuan kedalam taman taman dengan air sungai sungai yang mengalir, dimana mereka akan tinggal untuk selama lamanya. Dia akan menghilangkan dosa dosa mereka. Ini adalah, disisi Allah, satu kejayaan yang besar.

[48:6] Dan Dia akan membalas orang orang hypokrit lelaki dan perempuan dan penyembah pujaan lelaki dan perempuan, kerana mereka telah menyimpankan fikiran yang jahat terhadap Allah. Kejahatan mereka akan berkesudahan dengan berbalik kepada mereka. Kerana Allah amat memurkai mereka, mengutuk mereka, dan telah sediakan untuk mereka itu Gehenna. Betapa azabnya destini!

[48:7] Kepunyaan Allah segala kekuatan bagi disekelian cekrawala dan dibumi. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.

[48:8] Kami telah menghantarkanmu sebagai saksi, seorang pembawa berita berita baik, dan juga sebagai pemberi amaran.

[48:9] Supaya kamu manusia boleh mempercayakan Allah dan rasulNya, dan menghormatiNya, bertakwahlah kepadaNya, dan mengagungkanNya, siang dan malam.

Kamu Mestilah Menyokong Rasul Allah

[48:10] Sudah tentu, orang orang yang mengangkat sumpah ta'at setia kepadamu, telah membuat perjanjian kesetiaan kepada Allah. Allah menerima kesetiaan mereka; Dia letakkan tanganNya diatas tangan tangan mereka. Orang orang yang mencabuli kesetian yang sedemikian, telah mengkomit pencabulan yang akan menjejaskan mereka sendiri. Bagi orang orang yang memenuhi sumpah setia mereka kepada Allah, Dia akan memberikan mereka ganjaran yang besar.

[48:11] Orang orang Arab yang tinggal dibelakang akan berkata, "Kami telah menjadi sibuk dengan wang dan keluarga keluarga kami, maka mintakanlah pengampunan untuk kami!" Mereka telah mengatakan dengan lidah lidah mereka dan apa yang tiada didalam hati hati mereka. Katakanlah, "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari Allah, jikalau Dia berkehendak sebarang kesukaran mengenai kamu, ataupun jika Dia berkehendakkan sebarang rahmat untuk kamu?" Sesungguhnya, Allah amat perihatin akan segala apa yang kamu lakukan.

[48:12] Kamu secara rahsia berkepercayaan yang rasul dan orang orang yang percaya akan dikalahkan dan tidak akan kembali kepada keluarga keluarga mereka, dan inilah keyakinan yang kuat tertanam didalam hati hati kamu. Kamu telah menyimpan fikiran fikiran yang jahat dan berpaling menjadi orang orang yang jahat.

[48:13] Sesiapa saja yang tidak mahu percaya kepada Allah dan rasulNya, kami telah sediakan untuk orang orang yang ingkar itu api neraka.

[48:14] Kepunyaan Allah kedaulatan bagi sekelian cekrawala dan bumi. Dia mengampunkan sesiapa saja yang Dia kehendaki, dan menghukum sesiapa saja yang Dia kehendaki. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[48:15] Orang orang yang tinggal dibelakang akan berkata, apabila kamu berharap untuk mengambil harta peperangan, "Biarkanlah kami mengikut kamu untuk mendapatkan bahagian dari ini!" Lantas mereka berkeinginan untuk menukarkan perkataan perkataan Allah. Katakanlah, "Kamu tidak akan dapat mengikut kami. Ini adalah keputusan Allah." Lalu mereka pun berkata, "Kamu tentunya iri hati terhadap kami (kerana tinggal dibelakang)." Sesungguhnya, mereka jarang sekali memahamkan sesuatu.

Pencubaan Bagi Generasi Generasi Yang Terdahulu

[48:16] Katakanlah kepada orang orang Arab yang tinggal dibelakang, "Kamu akan diundang untuk bertemu muka dengan orang orang yang kuat dan melawan mereka, melainkan jika mereka menyerahkan diri diri mereka kepada (Allah). Jika kamu ta'at, Allah akan menganugerahkan kamu dengan ganjaran yang mewah. Tetapi jika kamu berpaling semula, sebagaimana yang telah kamu lakukan dimasa yang lampau, Dia akan membalas kamu dengan hukuman yang menyakitkan."

[48:17] Yang buta tidak boleh disalahkan, dan juga yang cacat tidak boleh disalahkan. Orang orang yang menta'ati Allah dan rasulNya, Dia akan memasukkan mereka kedalam taman taman dengan air sungai sungai yang mengalir. Bagi orang orang yang berpaling, Dia akan membalas mereka itu dengan hukuman yang menyakitkan.

[48:18] Allah amat meredhai orang orang yang percaya yang bersumpah dibawah pokok untuk ta'at setia kepadamu. Dia tahu apa yang ada didalam hati hati mereka dan, akibatnya, Dia telah merahmati mereka dengan rasa puas hati, dan menganugerahkan mereka dengan kemenangan yang disegerakan.

[48:19] Disamping itu, mereka mendapat banyak harta. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.

[48:20] Allah telah menjanjikan kamu banyak harta yang mereka akan terima. Lantas Dia mendahulukan beberapa manfaat bagi kamu dikehidupan ini, dan Dia telah menahan tangan tangan manusia dari mengkasari kamu, dan telah memberikan tanda ini kepada orang orang yang percaya. Lantas Dia membimbing kamu kejalan yang lurus.

[48:21] Bagi pasukan yang tidak boleh kamu kalahkan, Allah sudah menguruskan mereka; sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Berkuasa.

Kemenangan Yang Telah Di-Jaminkan Untuk Orang Orang Yang Percaya

[48:22] Jika orang orang yang ingkar ingin menyerang kamu, mereka akan berpusing balik dan lari. Mereka tidak mempunyai Tuhan dan Tuan; mereka tidak punyai penolong.

[48:23] Demikian itulah sistem Allah sepanjang sejarah, dan kamu akan dapati yang sistem Allah itu tidak pernah berubah.

[48:24] Dia Sahajalah yang menahan tangan tangan mereka dari mengkasari kamu dan menahankan tangan tangan kamu dari mengkasari mereka dilembah Mekkah, setelah Dia memberikan kamu kemenangan keatas mereka. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Melihat akan segala apa yang telah kamu lakukan.

[48:25] Mereka itulah yang mengingkarkan dan menyekat kamu dari Masjid Suci, dan juga menghalang persembahan dari kamu untuk sampai kedestinasi mereka. Disana ada orang orang yang percaya lelaki dan perempuan (didalam kem musuh) dimana kamu tidak mengetahui, dan kamu hampir melukakan mereka, tanpa disedari. Lantas Allah memasukkan belas kasihNya kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Jika mereka berterusan, Dia akan membalas orang orang diantara mereka yang ingkar dengan hukuman yang menyakitkan.

[48:26] Sedang orang orang yang ingkar didalam kemarahan, dan hati hati mereka telah dipenuhi dengan kesombongan dimasa masa kejahilan, Allah merahmati rasulNya dan orang orang yang percaya dengan rasa aman dan puas hati, dan mengarahkan mereka supaya mendukung perkataan yang benar. Ini adalah kebaikan yang mereka sepatutnya terima. Sesungguhnya, Allah amat sedar akan segala sesuatu.

[48:27] Allah telah memenuhi kebenaran visi rasulNya: "Kamu akan memasuki Masjid Suci, dengan kehendak Allah (Insha Allah), penuh keselamatan, dan kau akan memotong rambutmu ataupun memendekkannya (sementara kau menunaikan rukun haji) disana. Kamu tidak akan merasa sebarang ketakutan. Kerana Dia tahu apa yang kamu tidak ketahui, Dia telah gandakan ini dengan kemenangan yang disegerakan."

Ramalan Yang Besar

[48:28] Dia Sahajalah yang telah menghantarkan rasulNya dengan petunjuk dan agama yang sebenar, untuk menjadikannya mengatasi semua agama agama lain. Cukuplah Allah sebagai saksi.

Kualiti Bagi Orang Orang Yang Percaya

[48:29] Muhammad - rasul Allah - dan orang orang yang bersama samanya adalah garang dan tegas terhadap orang orang yang ingkar, tetapi lembut dan belas kasih sesama mereka sendiri. Kamu melihat yang mereka itu ruku' dan sujud, untuk mencari rahmat dan keredhaan Allah. Tanda tanda mereka terdapat pada wajah wajah mereka, kerana bersujud. Ini adalah contoh yang sama didalam Taurat. Contoh mereka didalam Injil adalah seperti tumbuh tumbuhan yang tumbuh lebih tinggi dan lebih kuat, yang mengembirakan peladang peladang. Lantas Dia memberangkan orang orang yang ingkar. Allah menjanjikan orang orang diantara mereka yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar, pengampunan dan ganjaran yang besar.