Al-Quran 48:16 — Kemenangan (Al-Fatt-h)
Katakanlah kepada orang orang Arab yang tinggal dibelakang, "Kamu akan diundang untuk bertemu muka dengan orang orang yang kuat dan melawan mereka, melainkan jika mereka menyerahkan diri diri mereka kepada (Allah). Jika kamu ta'at, Allah akan menganugerahkan kamu dengan ganjaran yang mewah. Tetapi jika kamu berpaling semula, sebagaimana yang telah kamu lakukan dimasa yang lampau, Dia akan membalas kamu dengan hukuman yang menyakitkan."
[48:15] Orang orang yang tinggal dibelakang akan berkata, apabila kamu berharap untuk mengambil harta peperangan, "Biarkanlah kami mengikut kamu untuk mendapatkan bahagian dari ini!" Lantas mereka berkeinginan untuk menukarkan perkataan perkataan Allah. Katakanlah, "Kamu tidak akan dapat mengikut kami. Ini adalah keputusan Allah." Lalu mereka pun berkata, "Kamu tentunya iri hati terhadap kami (kerana tinggal dibelakang)." Sesungguhnya, mereka jarang sekali memahamkan sesuatu.
[48:17] Yang buta tidak boleh disalahkan, dan juga yang cacat tidak boleh disalahkan. Orang orang yang menta'ati Allah dan rasulNya, Dia akan memasukkan mereka kedalam taman taman dengan air sungai sungai yang mengalir. Bagi orang orang yang berpaling, Dia akan membalas mereka itu dengan hukuman yang menyakitkan.