Al-Quran 48:15 — Kemenangan (Al-Fatt-h)
Orang orang yang tinggal dibelakang akan berkata, apabila kamu berharap untuk mengambil harta peperangan, "Biarkanlah kami mengikut kamu untuk mendapatkan bahagian dari ini!" Lantas mereka berkeinginan untuk menukarkan perkataan perkataan Allah. Katakanlah, "Kamu tidak akan dapat mengikut kami. Ini adalah keputusan Allah." Lalu mereka pun berkata, "Kamu tentunya iri hati terhadap kami (kerana tinggal dibelakang)." Sesungguhnya, mereka jarang sekali memahamkan sesuatu.
[48:14] Kepunyaan Allah kedaulatan bagi sekelian cekrawala dan bumi. Dia mengampunkan sesiapa saja yang Dia kehendaki, dan menghukum sesiapa saja yang Dia kehendaki. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[48:16] Katakanlah kepada orang orang Arab yang tinggal dibelakang, "Kamu akan diundang untuk bertemu muka dengan orang orang yang kuat dan melawan mereka, melainkan jika mereka menyerahkan diri diri mereka kepada (Allah). Jika kamu ta'at, Allah akan menganugerahkan kamu dengan ganjaran yang mewah. Tetapi jika kamu berpaling semula, sebagaimana yang telah kamu lakukan dimasa yang lampau, Dia akan membalas kamu dengan hukuman yang menyakitkan."