Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 48:14 — Kemenangan (Al-Fatt-h)

Kepunyaan Allah kedaulatan bagi sekelian cekrawala dan bumi. Dia mengampunkan sesiapa saja yang Dia kehendaki, dan menghukum sesiapa saja yang Dia kehendaki. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[48:13] Sesiapa saja yang tidak mahu percaya kepada Allah dan rasulNya, kami telah sediakan untuk orang orang yang ingkar itu api neraka.

[48:15] Orang orang yang tinggal dibelakang akan berkata, apabila kamu berharap untuk mengambil harta peperangan, "Biarkanlah kami mengikut kamu untuk mendapatkan bahagian dari ini!" Lantas mereka berkeinginan untuk menukarkan perkataan perkataan Allah. Katakanlah, "Kamu tidak akan dapat mengikut kami. Ini adalah keputusan Allah." Lalu mereka pun berkata, "Kamu tentunya iri hati terhadap kami (kerana tinggal dibelakang)." Sesungguhnya, mereka jarang sekali memahamkan sesuatu.