Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 48:27 — Kemenangan (Al-Fatt-h)

Allah telah memenuhi kebenaran visi rasulNya: "Kamu akan memasuki Masjid Suci, dengan kehendak Allah (Insha Allah), penuh keselamatan, dan kau akan memotong rambutmu ataupun memendekkannya (sementara kau menunaikan rukun haji) disana. Kamu tidak akan merasa sebarang ketakutan. Kerana Dia tahu apa yang kamu tidak ketahui, Dia telah gandakan ini dengan kemenangan yang disegerakan."

[48:26] Sedang orang orang yang ingkar didalam kemarahan, dan hati hati mereka telah dipenuhi dengan kesombongan dimasa masa kejahilan, Allah merahmati rasulNya dan orang orang yang percaya dengan rasa aman dan puas hati, dan mengarahkan mereka supaya mendukung perkataan yang benar. Ini adalah kebaikan yang mereka sepatutnya terima. Sesungguhnya, Allah amat sedar akan segala sesuatu.

[48:28] Dia Sahajalah yang telah menghantarkan rasulNya dengan petunjuk dan agama yang sebenar, untuk menjadikannya mengatasi semua agama agama lain. Cukuplah Allah sebagai saksi.