Al-Quran 48:26 — Kemenangan (Al-Fatt-h)
Sedang orang orang yang ingkar didalam kemarahan, dan hati hati mereka telah dipenuhi dengan kesombongan dimasa masa kejahilan, Allah merahmati rasulNya dan orang orang yang percaya dengan rasa aman dan puas hati, dan mengarahkan mereka supaya mendukung perkataan yang benar. Ini adalah kebaikan yang mereka sepatutnya terima. Sesungguhnya, Allah amat sedar akan segala sesuatu.
[48:25] Mereka itulah yang mengingkarkan dan menyekat kamu dari Masjid Suci, dan juga menghalang persembahan dari kamu untuk sampai kedestinasi mereka. Disana ada orang orang yang percaya lelaki dan perempuan (didalam kem musuh) dimana kamu tidak mengetahui, dan kamu hampir melukakan mereka, tanpa disedari. Lantas Allah memasukkan belas kasihNya kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Jika mereka berterusan, Dia akan membalas orang orang diantara mereka yang ingkar dengan hukuman yang menyakitkan.
[48:27] Allah telah memenuhi kebenaran visi rasulNya: "Kamu akan memasuki Masjid Suci, dengan kehendak Allah (Insha Allah), penuh keselamatan, dan kau akan memotong rambutmu ataupun memendekkannya (sementara kau menunaikan rukun haji) disana. Kamu tidak akan merasa sebarang ketakutan. Kerana Dia tahu apa yang kamu tidak ketahui, Dia telah gandakan ini dengan kemenangan yang disegerakan."