Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 49: Dinding Dinding (Al-Hujurat)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[49:1] Wahai kamu yang percaya, janganlah meletakkan pendapat kamu melebihi Allah dan rasulNya. Kamu mestilah menghormati Allah. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

[49:2] Wahai kamu yang percaya, janganlah meninggikan suara suara kamu melebihi suara nabi, dan janganlah kamu berteriak kepadanya sebagai mana kamu meneriak satu sama lain, supaya kerja kerja kamu tidak menjadi batal sedangkan kamu tidak sedar.

[49:3] Sudah tentu, orang orang yang merendahkan suara suara mereka kepada rasul Allah adalah mereka itu orang orang yang hati hati mereka telah diaturkan oleh Allah untuk menjadi orang orang yang benar. Mereka berhak mendapat pengampunan dan ganjaran yang besar.

[49:4] Bagi orang orang yang memanggilmu dari luar dinding dinding, kebanyakan mereka itu tidak mengerti.

[49:5] Kalaulah mereka itu sabar sehingga kau keluar dan mendatangi mereka, itu adalah lebih baik lagi bagi mereka. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Siasat Dulu Khabar Khabar Angin Sebelum Mempercayai Mereka

[49:6] Wahai kamu yang percaya, jika orang jahat membawa sebarang berita berita kepada kamu, kamu mestilah siasat terlebih dahulu, supaya kamu tidak mengkomit ketidak adilan terhadap beberapa orang, kerana kejahilan, lalu merasa sedih dan menyesal diatas apa yang telah kamu lakukan.

[49:7] Dan ketahuilah yang rasul Allah itu telah datang diantara kamu. Kalaulah dia mendengarkan kamu dalam banyak perkara perkara, kamu hanya akan membuat perkara itu menyusahkan diri kamu sendiri. Tetapi Allah telah sediakan kasih dan iman yang dihiaskan didalam hati hati kamu, dan Dia telah menjadikan kamu membencikan keingkaran, kezaliman, dan ketidak keta'atan. Inilah orang orang yang telah mendapat petunjuk.

[49:8] Demikian itulah kurnia dari Allah dan rahmatNya. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Berdamai Dengan Orang Orang Yang Percaya

[49:9] Jika dua kumpulan orang orang yang percaya berkelahi dengan satu sama lain, kamu mestilah mendamaikan mereka. Jika satu kumpulan diantara keduanya itu cuba mengkasari yang lagi satu, kamu mestilah menentang kumpulan yang agresif sehinggakan mereka tunduk kepada perintah Allah. Setelah mereka menyerah, kamu mestilah mendamaikan kedua dua kumpulan itu dengan adil. Kamu mestilah memegang kepada keadilan; Sesungguhnya, Allah amat cinta kepada orang orang yang berlaku adil.

Saudara Yang Sebenar

[49:10] Orang orang yang percaya itu adalah sebuah anggota yang bersaudara; kamu mestilah menjaga kedamaian didalam keluarga kamu dan menghormati Allah, supaya kamu mendapatkan belas kasih.

Orang Orang Yang Percaya Menjadi Contoh Tauladan

[49:11] Wahai kamu yang percaya, tidak boleh ada manusia yang mencemuh manusia yang lainnya, kerana mungkin mereka itu lebih baik dari mereka. Tidak boleh ada wanita wanita yang mencemuh wanita wanita yang lain nya, kerana mungkin mereka itu lebih baik dari mereka. Dan janganlah juga kamu mencemuh satu sama lain, ataupun mempermain mainkan nama nama kamu. Sungguh jahat apabila mengulangi kembali kejahatan setelah mendapatkan iman. Sesiapa yang tidak mahu bertaubat selepas ini, orang orang inilah yang melampaui batas.

Rasa Syak Adalah Berdosa

[49:12] Wahai kamu yang percaya, kamu mestilah menjauhi sebarang rasa syak, kerana walau sedikit pun rasa syak adalah berdosa. Janganlah kamu merisik satu sama lain, dan janganlah juga kamu mengumpat satu sama lain; ini adalah kekejian seperti juga kamu memakan daging saudara kamu yang sudah mati. Sudah tentu kamu sangat membencikan ini. Kamu mestilah mematuhi Allah. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Penyelamat lagi Maha Penyayang.

Hanya Satu Kriteria Untuk Membezakan Di-Antara Manusia

[49:13] Wahai manusia, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan yang sama dan memberikan kamu berlainan orang orang dan puak puak, supaya kamu dapat kenal satu sama lain, yang terbaik dikalangan kamu pada sisi Allah adalah yang paling bertakwah. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Perihatin.

Di-Antara Muslim Dan Mu'min

[49:14] Orang orang Arab berkata, "Kami adalah Mu'min (orang orang yang percaya)." Katakanlah, "Kamu belum lagi percaya; apa yang mesti kamu katakan adalah, ' Kami adalah Muslim (orang orang yang menyerah sepenuhnya kepada Allah),' sehingga kepercayaan telah mantap dihati hati kamu." Jika kamu menta'ati Allah dan rasulNya, Dia tidak akan meletakkan sebarang kerja kerja kamu itu menjadi sia sia. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[49:15] Mu'min (orang orang yang percaya) adalah orang orang yang percaya kepada Allah dan rasulNya, dan mempunyai status yang tidak ada keraguan dalam apa saja, dan berjuang dengan wang mereka juga nyawa mereka kerana Allah. Inilah yang orang orang yang benar.

[49:16] Katakanlah, "Adakah kamu hendak memberitahukan Allah berkenaan agama kamu? Allah mengetahui segala galanya disekelian cekrawala dan dibumi. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui."

Siapakah Yang Memberikan Siapa Peluang ?

[49:17] Mereka itu berlagak seolah olah mereka itulah yang memberikan kamu pertolongan dengan memeluk kepada penyerahan diri kepada (Allah - Islam)! Katakanlah, "Kamu tidaklah memberikan aku sebarang pertolongan kerana memeluk kepada penyerahan diri (kepada Allah - Islam). Allah sahajalah yang memberikan kamu pertolongan yang besar dengan membimbing kamu kepada iman, jika kamu itu jujur."

[49:18] Allah sahajalah yang ketahui segala rahsia disekelian cekrawala dan bumi; Sesungguhnya Allah yang Maha Melihat akan segala apa yang kamu lakukan.