Surah 50: Qaf (Q)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[50:1] Q., (Qaf) dan kegemilangan Quran.
[50:2] Mereka mendapati amat aneh sekali yang datang kepada mereka adalah seorang pemberi amaran itu dari kalangan mereka! Orang orang yang ingkar berkata, "Ini sungguh aneh sekali.
[50:3] "Sesudah kami mati dan menjadi debu; ini adalah mustahil."
[50:4] Kami amat sedar sesiapakah diantara mereka yang telah ditelan oleh bumi; kami mempunyai rekod yang terperinci.
[50:5] Mereka telah menolak kebenaran apabila ianya datang kepada mereka; mereka itu benar benar keliru.
[50:6] Tidakkah mereka melihat langit diatas mereka, bagaimana kami membinanya dan menghiasinya, dengan tidak ada kecacatan?
[50:7] Dan kami menciptakan bumi,dan meletakkan berselerak diatasnya gunung gunung, dan tumbuh tumbuhkan didalamnya berbagai jenis tumbuh tumbuhan yang cantik cantik.
[50:8] Ini adalah satu kesedaran, dan juga peringatan bagi setiap penyembah yang salih.
[50:9] Dan kami turunkan dari langit air yang dirahmati, untuk menumbuhkan dengannya taman taman dan biji bijian untuk dituai.
[50:10] Pokok pokok kurma yang tinggi, dengan buah yang berumpun.
[50:11] Peruntukkan peruntukkan bagi manusia. Dan kami menghidupkan dengannya tanah tanah yang sudah mati; kamu adalah serupa dalam kebangkitan.
[50:12] Orang orang yang ingkar sebelum mereka adalah kaum Nuh, penduduk penduduk Rass dan Thamud.
[50:13] Dan 'Ad, Fir'aun, dan saudara saudara bagi Lut.
[50:14] Dan penduduk penduduk bagi hutan hutan, dan kaum Tuba'. Semuanya mereka itu mengingkari para rasul dan akibatnya, hukumanKu jatuh kepada mereka.
[50:15] Adakah kami dibebankan dengan ciptaan yang pertama? Adakah ini yang menyebabkan mereka meragukan tentang kebangkitan?
[50:16] Kami menciptakan manusia, dan kami tahu apa yang dia bisikkan kepada dirinya. Kamilah yang lebih dekat kepadanya dari urat jugulumnya.
[50:17] Dua merekodkan (para malaikat), dikanan dan dikiri, telah sentiasa merekodkan.
[50:18] Tidak ada satu ucapan yang dia mengatakan dengan tidak disaksikan oleh saksi yang berjaga jaga.
[50:19] Akhirnya, kematian yang tidak boleh dielakkan itu tiba; inilah apa yang kamu cuba untuk mengelakkan diri.
[50:20] Terumpit akan ditiupkan; ini adalah hari yang telah dijanjikan.
[50:21] Setiap tiap roh datang dengan seorang pengawal dan seorang saksi.
[50:22] Kamu telah dilalaikan tentang hal ini. Sekarang kami telah membuka tudung kamu; hari ini, penglihatan kamu adalah (sekuat) besi.
[50:23] Temannya berkata, "Ini adalah testimoniku yang menggerunkan."
[50:24] Campakkan kedalam Gehenna semua pengingkar pengingkar yang degil.
[50:25] Yang melarang dari memberi derma, agresif, penuh dengan keraguan.
[50:26] Dia mengadakan disamping Allah tuhan yang lain. Campakkannya kedalam siksaan yang dahsyat.
[50:27] Pasangannya berkata, "Tuhan kami, bukanlah aku yang menyesatkannya; dialah yang telah tersesat jauh."
[50:28] Dia berkata, "Janganlah bertengkar didepanKu; Aku telah memberi kamu amaran yang cukup.
[50:29] "Tidak ada apa yang boleh diubahkan sekarang. Aku tidak pernah berlaku ketidak adilan terhadap manusia."
[50:30] Itulah harinya apabila kami tanyakan Neraka, "Adakah sudah cukup bagimu?" Ianya akan berkata, "Berikan aku lagi."
[50:31] Syurga akan ditawarkan kepada orang orang yang benar, telah tersedia.
[50:32] Inilah apa yang dijanjikan kepada setiap yang bertaubat dan yang sabar.
[50:33] Mereka menghormati yang Maha Pengasih, bila mereka bersendirian, dan datang dengan hati yang penuh kerelaan.
[50:34] Masuklah didalamnya dengan aman; ini adalah Hari yang Kekal Abadi.
[50:35] Mereka akan mendapatkan didalamnya apa saja yang mereka inginkan, bahkan kami adakan lebih dari itu.
[50:36] Kebanyakan generasi sebelum mereka, yang lebih lagi berkuasa, telah kami hapuskan. Mereka mencari cari negeri; dapatkah mereka menyelamatkan diri?
[50:37] Ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua yang mempunyai minda, ataupun boleh mendengarkan dan menyaksikan.
[50:38] Kami telah menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, dan segala galanya diantara kedua duanya selama enam hari, dan tidak ada kepayahan yang telah menyentuh kami.
[50:39] Dari itu, bersabarlah dengan kata kata mereka, dan pujilah dan agungkanlah Tuhan kamu sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam.
[50:40] Diwaktu malam kamu mestilah bertaffakkur dengan namaNya, dan selepas bersujud.
[50:41] Bersiaplah untuk harinya apabila pemanggil akan memanggil dari tempat yang dekat.
[50:42] Apabila mereka mendengar tangisan yang tidak dapat dielakkan; itulah harinya kamu akan dikeluarkan.
[50:43] Kami sahajalah yang menguasai kehidupan dan kematian; kepada kami sahajalah destini yang terakhir.
[50:44] Harinya akan tiba apabila bumi merekah dengan pantasnya, dan membangkitkan mereka. Perhimpunan yang sedemikian itu adalah mudah untuk kami melakukan.
[50:45] Kami amat mengetahui segala apa yang mereka ucapkan, sedangkan kamu tidak ada kuasa terhadap mereka. Dari itu, ingatkanlah dengan Quran ini, kepada orang orang yang menghormati amaran amaranKu.