Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 51: Penggerak Penggerak Angin (Al-Dhareyat)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[51:1] Angin angin yang bertiupan.

[51:2] Mengandungi hujan.

[51:3] Membawa peruntukkan peruntukkan.

[51:4] Membahagi bahagikan mereka sebagaimana yang diperintahkan.

[51:5] Apa yang telah dijanjikan kepada kamu tentunya akan berlaku.

[51:6] Hari Pengadilan tidak akan boleh dielakkan.

[51:7] Walaupun ciptaan langit yang cukup sempurna.

[51:8] Kamu berterusan mempertikaikan berkenaan kebenaran.

[51:9] Yang menyeleweng darinya adalah penyeleweng penyeleweng.

[51:10] Malang sungguh bagi pemalsu pemalsu.

[51:11] Yang meneruskan kesalahan mereka, mereka tidak menyedari langsung.

[51:12] Mereka menyoalkan tentang Hari Pengadilan.

[51:13] Hari yang mana mereka akan dihadirkan keapi.

[51:14] Rasakan siksaan; ini adalah apa yang kamu pernah mencabarkan.

[51:15] Orang orang yang benar telah berhak menerima taman taman dan pancuran pancuran air.

[51:16] Mereka menerima anugerah anugerah dari Tuhan mereka, kerana mereka pernah menjadi orang orang yang berbuat baik.

[51:17] Jarang sekali mereka tidur sepanjang malam.

[51:18] Diwaktu subuh, mereka berdoa' untuk memintakan pengampunan.

[51:19] Sebahagian dari wang mereka diketepikan untuk pengemis dan orang orang yang memerlukan.

[51:20] Bumi ini penuh dengan tanda tanda bagi orang orang yang yakin.

[51:21] Dan didalam diri kamu; boleh kamu melihat?

[51:22] Didalam cekrawala adalah peruntukkan peruntukkan kamu, dan segala galanya yang telah dijanjikan kepada kamu.

[51:23] Demi Tuhan bagi cekrawala dan bumi, ini adalah kebenaran sebagai fakta yang kamu bicarakan.

[51:24] Sudahkah kamu mengambil perhatian sejarah tentang tetamu Ibrahim yang mulia?

[51:25] Mereka menziarahinya, dengan berkata, "Sejahtera." Dia berkata, "Sejahtera untuk kamu, orang orang yang tidak dikenali!"

[51:26] Dia menyuruh keluarganya untuk menyediakan anak lembu yang gemuk.

[51:27] Apabila dia mempelawakannya kepada mereka, dia menegur, "Tidakkah kamu makan?"

[51:28] Dia menyimpankan rasa takut terhadap mereka. Mereka berkata, "Janganlah takut," dan mereka menyampaikan berita baik tentang seorang anak lelaki yang berilmu pengetahuan.

[51:29] Isterinya kehairanan. Menyedari yang wajahnya sudah berkedut: "Aku adalah seorang perempuan tua yang mandul."

[51:30] Mereka berkata, "Begitulah kata Tuhan kamu. Dia sahajalah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui."

[51:31] Dia berkata, "Apakah urusan kamu, wahai para rasul?"

[51:32] Mereka berkata, "Kami telah dihantarkan kepada manusia yang melakukan jenayah.

[51:33] "Kami akan hujani mereka dengan batu batu dari tanah liat.

[51:34] "Tanda dari Tuhan kamu untuk orang orang yang melampaui batas."

[51:35] Maka kami menyelamatkan semua orang orang yang percaya.

[51:36] Kami tidak mendapati didalamnya melainkan sebuah rumah yang orang orangnya menyerahkan diri diri mereka sepenuhnya (kepada Allah).

[51:37] Kami menjadikannya sebagai pengajaran bagi orang orang yang takut kepada hukuman yang menyakitkan.

[51:38] Didalam sejarah Musa (adalah pengajaran). Kami menghantarkannya kepada Fir'aun dengan bukti bukti yang jelas.

[51:39] Tetapi dia berpaling jauh, dengan sombongnya, dan berkata, "Ahli magik, ataupun orang gila."

[51:40] Akibatnya, kami menghukumnya dan askar askarnya. Kami campakkan mereka kedalam laut, dan dia sajalah yang patut dipersalahkan.

[51:41] Didalam sejarah 'Ad (adalah pengajaran). Kami menghantarkan keatas mereka angin yang dahsyat.

[51:42] Segala apa yang didatangi keatasnya sudah pasti musnah.

[51:43] Didalam sejarah Thamud (adalah pengajaran). Mereka telah dikatakan, "Bergembiralah untuk sementara waktu."

[51:44] Mereka menentang perintah dari Tuhan mereka. Akibatnya, kilat petir menimpa mereka sedang mereka melihat.

[51:45] Mereka tidak dapat lagi bangun kembali, dan tidak juga mereka mendapatkan pertolongan.

[51:46] Dan kaum Nuh sebelum itu; mereka adalah orang orang yang jahat.

Teori Pengembangan Alam Semesta "Di-Sahkan

[51:47] Kami membina langit dengan tangan tangan kami, dan kami akan teruskan untuk mengembangkannya.

[51:48] Dan kami menjadikan bumi untuk didiami; dengan reka bentuk yang sempurna.

[51:49] Kami menciptakan sepasang (lelaki dan perempuan) bagi segala galanya, supaya kamu dapat merenungkan.

[51:50] Kamu mestilah menuju kepada Allah. Aku telah dihantar olehNya kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata.

[51:51] Janganlah mengada adakan disamping Allah sebarang tuhan yang lain. Aku telah dihantar olehNya kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata.

[51:52] Konsistennya, apabila seorang rasul datang kepada generasi generasi yang terdahulu, mereka berkata, "Ahli magik," ataupun, "Gila."

[51:53] Adakah mereka membuat perjanjian dengan satu sama lain? Sesungguhnya, mereka adalah orang orang yang melampaui batas.

[51:54] Kamu bolehlah tidak mempedulikan mereka; kamu tidak akan disalahkan.

[51:55] Dan ingatkanlah, kerana mengingatkan itu akan memanfaatkan orang orang yang percaya.

Sebabnya Kewujudan Kami

[51:56] Aku tidaklah menciptakan para jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku sahaja.

[51:57] Aku tidak memerlukan peruntukkan peruntukkan dari mereka, dan tidak juga aku memerlukan mereka untuk memberikan Aku makanan.

[51:58] Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pemberi, yang Maha Pemilik bagi segala kekuasaan lagi yang Maha Kukuh.

[51:59] Orang orang yang melampaui batas telah dikenakan nasib yang sama seperti rakan seperjuangan mereka yang terdahulu; tidak sepatutnya mereka mencabar.

[51:60] Malang sungguh bagi orang orang yang mengingkarkan akan hari yang sedang menunggukan mereka.