Al-Quran 49:12 — Dinding Dinding (Al-Hujurat)
Wahai kamu yang percaya, kamu mestilah menjauhi sebarang rasa syak, kerana walau sedikit pun rasa syak adalah berdosa. Janganlah kamu merisik satu sama lain, dan janganlah juga kamu mengumpat satu sama lain; ini adalah kekejian seperti juga kamu memakan daging saudara kamu yang sudah mati. Sudah tentu kamu sangat membencikan ini. Kamu mestilah mematuhi Allah. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Penyelamat lagi Maha Penyayang.
[49:11] Wahai kamu yang percaya, tidak boleh ada manusia yang mencemuh manusia yang lainnya, kerana mungkin mereka itu lebih baik dari mereka. Tidak boleh ada wanita wanita yang mencemuh wanita wanita yang lain nya, kerana mungkin mereka itu lebih baik dari mereka. Dan janganlah juga kamu mencemuh satu sama lain, ataupun mempermain mainkan nama nama kamu. Sungguh jahat apabila mengulangi kembali kejahatan setelah mendapatkan iman. Sesiapa yang tidak mahu bertaubat selepas ini, orang orang inilah yang melampaui batas.
[49:13] Wahai manusia, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan yang sama dan memberikan kamu berlainan orang orang dan puak puak, supaya kamu dapat kenal satu sama lain, yang terbaik dikalangan kamu pada sisi Allah adalah yang paling bertakwah. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Perihatin.