Al-Quran 49:13 — Dinding Dinding (Al-Hujurat)
Wahai manusia, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan yang sama dan memberikan kamu berlainan orang orang dan puak puak, supaya kamu dapat kenal satu sama lain, yang terbaik dikalangan kamu pada sisi Allah adalah yang paling bertakwah. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Perihatin.
[49:12] Wahai kamu yang percaya, kamu mestilah menjauhi sebarang rasa syak, kerana walau sedikit pun rasa syak adalah berdosa. Janganlah kamu merisik satu sama lain, dan janganlah juga kamu mengumpat satu sama lain; ini adalah kekejian seperti juga kamu memakan daging saudara kamu yang sudah mati. Sudah tentu kamu sangat membencikan ini. Kamu mestilah mematuhi Allah. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Penyelamat lagi Maha Penyayang.
[49:14] Orang orang Arab berkata, "Kami adalah Mu'min (orang orang yang percaya)." Katakanlah, "Kamu belum lagi percaya; apa yang mesti kamu katakan adalah, ' Kami adalah Muslim (orang orang yang menyerah sepenuhnya kepada Allah),' sehingga kepercayaan telah mantap dihati hati kamu." Jika kamu menta'ati Allah dan rasulNya, Dia tidak akan meletakkan sebarang kerja kerja kamu itu menjadi sia sia. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.