Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 49:11 — Dinding Dinding (Al-Hujurat)

Wahai kamu yang percaya, tidak boleh ada manusia yang mencemuh manusia yang lainnya, kerana mungkin mereka itu lebih baik dari mereka. Tidak boleh ada wanita wanita yang mencemuh wanita wanita yang lain nya, kerana mungkin mereka itu lebih baik dari mereka. Dan janganlah juga kamu mencemuh satu sama lain, ataupun mempermain mainkan nama nama kamu. Sungguh jahat apabila mengulangi kembali kejahatan setelah mendapatkan iman. Sesiapa yang tidak mahu bertaubat selepas ini, orang orang inilah yang melampaui batas.

[49:10] Orang orang yang percaya itu adalah sebuah anggota yang bersaudara; kamu mestilah menjaga kedamaian didalam keluarga kamu dan menghormati Allah, supaya kamu mendapatkan belas kasih.

[49:12] Wahai kamu yang percaya, kamu mestilah menjauhi sebarang rasa syak, kerana walau sedikit pun rasa syak adalah berdosa. Janganlah kamu merisik satu sama lain, dan janganlah juga kamu mengumpat satu sama lain; ini adalah kekejian seperti juga kamu memakan daging saudara kamu yang sudah mati. Sudah tentu kamu sangat membencikan ini. Kamu mestilah mematuhi Allah. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Penyelamat lagi Maha Penyayang.