Al-Quran 47:31 — Muhammad (Muhammad)
Pasti sekali kami akan mencuba kamu, supaya dapat membezakan orang orang diantara kamu yang berjuang, dan yang sabar serta tabah hati. Kerana kami mesti mendedahkan kualiti kualiti kamu yang sebenar.
[47:30] Jika kami kehendaki, kami boleh mendedahkan mereka untuk kamu, supaya kamu dapat mengenal mereka dengan melihat mereka. Bagaimana pun, kamu dapat mengenali mereka dengan cara perbualan mereka. Sesungguhnya, Allah amat sedar akan segala kerja kerja kamu.
[47:32] Orang orang yang ingkar dan berpaling dari jalan Allah, dan menentang rasul setelah petunjuk telah ditunjukkan kepada mereka, tidak akan melukakan Allah sedikit pun. Sebaliknya, Dia akan membatalkan kerja kerja mereka.