Al-Quran 46:25 — Bukit Pasir (Al-Ahqaf)
Ianya memusnahkan segala galanya, sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Tuhannya. Dipagi hari, tidak ada suatu apa pun yang berdiri melainkan rumah rumah mereka. Lantas kami membalas orang orang yang bersalah.
[46:24] Apabila mereka melihat angin ribut yang menuju kearah mereka, mereka berkata, "Angin ribut ini akan membawakan kita hujan lebat yang diperlukan." Sebaliknya, ini adalah apa yang kamu cabarkan (Hud) untuk membawanya; angin ribut dimana didalamnya adalah hukuman yang menyakitkan.
[46:26] Kami telah memantapkan mereka dengan cara yang sama sebagaimana kami telah memantapkan kamu, dan mengadakan untuk mereka pendengaran, mata mata, dan minda minda. Tetapi pendengaran mereka, mata mata dan minda minda tidak akan dapat menolong mereka sedikit pun. Ini adalah kerana mereka mengambil keputusan untuk tidak memperdulikan revelasi revelasi dari Allah. Lantas, ramalan ramalan dan amaran amaran yang mereka mencemuhkan itu telah menyebabkan kemusnahan mereka.