Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 46:10 — Bukit Pasir (Al-Ahqaf)

Katakanlah, "Bagaimanakah jika ianya adalah dari Allah dan kamu mengingkarinya? Seorang saksi dari Bani Israil telah menjadi saksi kepada fenomena yang serupa, dan dia telah percaya, sementara kamu telah menjadi sombong. Sudah tentu, Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim."

[46:9] Katakanlah, "Aku bukannya berlainan dari para rasul. Aku tidak mempunyai idea apa akan terjadi kepada diriku ataupun kamu. Aku hanya mengikuti apa yang telah diturunkan kepadaku. aku tidak lebih dari seorang pemberi amaran yang nyata."

[46:11] Orang orang yang ingkar mengatakan tentang orang orang yang percaya, "Jika ada sebarang kebaikannya, tentunya mereka tidak akan menerimanya sebelum kami." Kerana mereka tidak dibimbing kepadanya, mereka berkata, "Ini adalah kepalsuan yang lama!"