Al-Quran 45:17 — Berlutut (Al-Jatheyah)
Kami telah berikan didalam ini perintah perintah yang jelas. Ironiknya, mereka tidak bertikaian dengan ini sehingga sesudah ilmu pengetahuan telah datang kepada mereka. Ini adalah oleh kerana cemburu dipihak mereka. Sudah tentu, Tuhan kamu akan mengadili mereka pada Hari Kebangkitan berkenaan segala apa yang mereka pertikaikan.
[45:16] Kami telah memberikan kepada Bani Israil kitab, hikmah (kebijaksanaan), dan kenabian, dan mengadakan untuk mereka peruntukkan peruntukkan yang baik baik; kami kurniakan mereka rahmat yang berlebihan dari manusia yang lain.
[45:18] Lalu kami melantikkanmu untuk memantapkan undang undang yang betul; kau mestilah mengikuti ini, dan janganlah mengikuti keinginan orang orang yang tidak tahu.