Al-Quran 42:13 — Perundingan (Al-Shoora)
Dia mendekrikan untuk kamu agama yang sama sebagaimana yang telah didekrikan kepada Nuh, dan apa yang telah kami meinspirasikan kepadamu, dan apa yang telah kami mendekrikan kepada Ibrahim, Musa dan Isa: "Kamu mestilah mendukung agama yang satu ini, dan janganlah berpecah belah dengannya."
[42:12] KepunyaanNya segala kekuasaan bagi sekelian cekrawala dan bumi. Dia Sahajalah yang menambahkan peruntukkan untuk sesiapa jua mengikut kehendakNya, ataupun mengurangkannya. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang amat menyedari akan segala sesuatu.
[42:14] Ironiknya, mereka berpecah belah menjadi sekta sekta hanyalah sesudah ilmu pengetahuan datang kepada mereka, oleh kerana cemburu dan kegeraman diantara mereka. Jika tidak kerana keputusan masanya yang telah tetapkan dari Tuhan kamu untuk memberikan penangguhan kepada mereka dengan masa yang telah dipastikan, tentu sekali mereka akan diadilkan dengan segera. Sesungguhnya, generasi generasi terkemudian yang telah mewarisi kitab itulah yang sedang berada dalam keadaan yang penuh keraguan.