Al-Quran 42:14 — Perundingan (Al-Shoora)
Ironiknya, mereka berpecah belah menjadi sekta sekta hanyalah sesudah ilmu pengetahuan datang kepada mereka, oleh kerana cemburu dan kegeraman diantara mereka. Jika tidak kerana keputusan masanya yang telah tetapkan dari Tuhan kamu untuk memberikan penangguhan kepada mereka dengan masa yang telah dipastikan, tentu sekali mereka akan diadilkan dengan segera. Sesungguhnya, generasi generasi terkemudian yang telah mewarisi kitab itulah yang sedang berada dalam keadaan yang penuh keraguan.
[42:13] Dia mendekrikan untuk kamu agama yang sama sebagaimana yang telah didekrikan kepada Nuh, dan apa yang telah kami meinspirasikan kepadamu, dan apa yang telah kami mendekrikan kepada Ibrahim, Musa dan Isa: "Kamu mestilah mendukung agama yang satu ini, dan janganlah berpecah belah dengannya."
[42:15] Ini adalah apa yang kamu mesti berdakwah, dan bersabarlah dengan apa yang kamu telah diperintahkan untuk melakukan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka. Dan umumkanlah: "Aku percaya kepada semua kitab kitab yang diturunkan oleh Allah. Aku telah diperintahkan supaya mengadili diantara kamu dengan seksama. Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Kami mempunyai perbuatan kami dan kamu mempunyai perbuatan kamu. Sepatutnya tidak ada pertikaian diantara kami dan kamu. Allah akan menghimpunkan kita semua bersama sama; KepadaNya sahajalah destini yang terakhir."