Al-Quran 42:9 — Perundingan (Al-Shoora)
Adakah mereka mendapati tuhan tuhan yang lain disampingNya? Hanya Allah sahajalah Tuhan dan Tuan. Dia Sahajalah yang membangkitkan yang mati, dan sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Kuat yang Esa.
[42:8] Kalaulah Allah menghendaki, Dia boleh menjadikan mereka semua satu komuniti.Tetapi Dia selamatkan dengan belas kasihNya sesiapa saja yang dikehendakiNya. Bagi orang orang yang melampaui batas, mereka tidak mempunyai tuan, dan tidak juga mendapatkan penolong.
[42:10] Jika kamu bertikaian dengan sebarang bahagian dari mesej ini, pengadilan kerana melakukan ini terpulanglah kepada Allah. Demikian itulah Allah Tuhanku. KepadaNya aku meletakkan kepercayaan, dan kepadaNya sahajalah aku serahkan diriku dengan sepenuhnya.